June 3, 2011

Kenali Syiah Bhgn. 6: Mashaf Fatimah


Bismillahir rahmaanir rahiim...

Syiah Imamiyah percaya adanya Mashaf Fatimah yakni wahyu Allah yang berupa Ilham yang dipercayai telah ditulis oleh Ali r.a. Menurut cerita, kononnya Jibrail a.s. telah menyampaikan wahyu melalui Fatimah r.a selepas Rasulullah saw wafat. Menurut penganut Syiah, Mashaf Fatimah ini setanding malah pelengkap kepada kitab Al-Quran.

Surah Wilaayah (salah satu surah rekaan Syiah)

1) DAKWAAN KHOMEINI DAN ULAMA SYIAH YANG LAIN BERKENAAN MASHAF FATIMAH R.A. 

"Dalam hadis disebut bahawa selepas baginda Rasulullah saw wafat, malaikat Jibril a.s datang kepada Fatimah r.a membawa beberapa berita ghaib dan Amirul Mukminin (Ali r.a) menjalankan tugas menulis berita ghaib itu dan itulah dia Mashaf Fatimah." (Kasyf al-Asrar, hal: 143)

Muhammad bi Ya'qub bin Ishaq Al-Kulaini dalam kitabnya Al-Kafi fi Ushul , Kitab Fadhail-Quran 2 : 634 meriwayatkan dari Hisyam bin Salim dari Abu Abdillah as, dia berkata : Sesungguhnya al-Quran yang dibawa oleh Jibril as kepada Nabi Muhammad saw adalah 17.000 ayat. Padahal Al-Quran yang berada ditangan kita berjumlah 6236 ayat, bererti 2/3 daripadanya telah hilang.

Kemudian dalam Bab Al-Hujjah 1 : 239, Abu Basyir berkata: “Aku berada di sisi Imam Shadiq as dan aku berkata: “Apa Mashaf Fathimah itu?”. Beliau menjawab: “Mashaf yang tebalnya tiga kali al-Quran yang ada di tanganmu. Namun, demi Allah, tidak satu kata pun dari al-Quran ada di dalamnya.

Hajj Mirza Husin bin Muhammad Taqi al-Nuri al-Tabarsi – seorang ulama agung Syiah -telah berpendapat demikian dan pendapatnya itu disokong olah ulama-ulama Syiah lain. Kerana itu pada tahun 1292H beliau menulis kitab berjudul :- 

“Kata Putus Untuk Membuktikan Berlakunya Penyelewengan Kitab Suci Tuhan” 

Dalam kitab ini beliau menyebut bahawa beratus-ratus pendapat ulama Syiah yang lain daripada pelbagai zaman mengatakan bahawa al-Quran sekarang telah berlaku penambahan dan pengurangan”. (A-Sayyid Muhibuddin al-Khatib, “Al-Khututal-Aridhah”, hal:9)

Selepas itu Al-Tabarsi telah mengarang sebuah lagi kitab yang merupakan kesinambungan kepada kitab yang terdahulu; dengan mengemukakan surah al-wilaayah yakni sebuah surah yang (menurut Syiah) menceritakan perihal kepimpinan saidina Ali ra.

Ulasan 1

Adakah seseorang selain daripada Nabi dan Rasul menerima wahyu Allah? Mengikut aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, orang yang menerima wahyu Allah hanya Nabi dan Rasul sahaja. Anak-anak para Rasul tidak pernah menerima wahyu kecuali jika dia juga menjadi nabi, seperti Nabi Sulaiman anak Nabi Daud a.s. 

Apakah yang dimaksudkan oleh Khomeini bahawa wahyu tersebut adalah ‘Mashaf Fatimah’? Adakah ia memberi maksud, “Al-Quran lain yang diturunkan kepada Fatimah sebagai tambahan kepada al-Quran mashaf Uthman? Kalau inilah maksudnya, adakah ia berbeza dengan al-Quran mashaf ‘Uthman itu? Jika “Ya!”, maka sikap Khomeini itu sama dengan sikap ulama-ulama Syiah lain yang mengatakan al-Quran mashaf Uthman yang ada sekarang telah diubah dan dikurangkan beberapa ayat oleh Saidina Uthman. Manakala mashaf yang tidak diubah ialah “Mashaf Fatimah”. 

Kalau inilah pandangan Khomeini, alangkah beraninya dia membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap al-Quran itu sendiri dan juga terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., khususnya Saidina Uthman r.a.

Umat Islam (ahli sunnah wal jamaah) sepakat bahawa seluruh kandungan Al-Quran adalah benar dan asli serta tidak terjejas atau terpinda sedikit pun. Isi kandungan kitab suci ini adalah terpelihara daripada sebarang perubahan dan tidak dapat didatangi oleh sebarang kepalsuan dari arah atau segi manapun. Hal ini dijamin sendiri oleh Allah swt dalam firmanNya dalam surah al-Hijr, ayat 9 iaitu: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

2) ISI PENTING DALAM MASHAF FATIMAH R.A. (MENURUT SYIAH)

Muhammad Baqir ( Imam ke-5) menjelaskan kandungannya: 

1. Tentang khabar-khabar sekarang dan kabar yang akan datang sampai hari kiamat. 
2. Tentang khabar langit dan nama-nama malaikat langit. 
3. Jumlah dan nama orang-orang yang diciptakan Allah swt. 
4. Nama-nama utusan Allah dan nama-nama orang yang mendustakan Allah. 
5. Nama-nama seluruh orang mukmin dan orang kafir dari awal sampai akhir penciptaan. 
6. Nama-nama kota dari barat sampai timur dunia. 
7. Jumlah orang-orang mukmin dan kafir setiap kota. 
8. Ciri-ciri orang-orang pendusta. 
9. Ciri-ciri umat terdahulu dan sejarah kehidupan mereka. 
10. Jumlah orang-orang zalim yang berkuasa dan masa kekuasaannya. 
11. Nama-nama pemimpin dan sifat-sifat mereka, satu persatu yang berkuasa di bumi, dan keterangan pembesar-pembesar mereka, serta siapa saja yang akan muncul di masa yang akan datang. 
12. Ciri-ciri penghuni syurga dan jumlah orang yang akan masuk syurga. 
13. Ciri-ciri penghuni neraka dan nama-nama mereka. 
14. Pengetahuan al-Quran, Taurat, Injil, Zabur sebagaimana yang diturunkan dan jumlah pohon-pohon di seluruh daerah.

Ulasan 2

Golongan Syiah berkeyakinan bahawa para imam mereka mengetahui segala ilmu pengetahuan dan tidak ada sedikit pun yang samar baginya. Hal ini sekaligus menafikan firman Allah swt dalam surah An- Naml, ayat 65 iaitu: "Katakanlah, "Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah." 

Allah swt menegaskan dalam surah Al-An'am ayat 59: "Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)."

Rasulullah saw juga ada bersabda berkenaan hakikat ini iaitu dari Ibnu Umar, lafaznya Ahmad: "Kunci-kunci ghaib ada lima, tidak ada yang mengetahuinya selain Allah. Sesungguhnya di sisi Allah terdapat ilmu tentang kiamat, Dia menurunkan hujan, dan Dia mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Tidak ada jiwa (manusia) yang mengetahui apa yang bakal ia peroleh (alami) besok. Dan tidak ada jiwa yang mengetahui di negeri mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Teliti." 
(Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Golongan Syiah juga sanggup menidakkan perkhabaran ghaib yang sah datangnya daripada Rasulullah saw yang dianggap sebagai dalil muktamad dari segi hukum agama, sedangkan di dalam semua perkara itu baginda saw tidak menuturkannya menurut hawa nafsu melainkan berdasarkan wahyu dari Allah swt.

"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya." (Surah An-Najm: 3-4)

Sumber:

Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah) :Penipuan Teragung Masih ad-Dajjal Akhir Zaman oleh Syeikh Muhibuddin Al-Khatib.

Inilah hakikat golongan Syiah. Sesungguhnya umat Islam benar-benar dalam bahaya! Selamatkan diri, keluarga dan masyarakat daripada dakyah Syiah. Berwaspadalah.

~menuju cintaNya~

No comments:

Post a Comment