June 22, 2011

Bagaimana Mencapai Ikhlas?



Bismillahir rahmaanir rahiim...

Ikhlas adalah melakukan sesuatu perbuatan semata-mata kerana Allah swt. Ikhlas amat sukar dicapai kecuali bagi orang-orang yang bersih hatinya. Maka beruntunglah bagi siapa yang mensucikan hatinya =). 

Terdapat banyak nas yang menceritakan perihal ikhlas, antaranya:

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan apapun dalam beribadat kepada Tuhannya." (Al-Kahfi: 110);

"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (Huud: 15-16);

"Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan bernikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya." (Riwayat Abu Daud);

"Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya maka Allah akan memperbaiki apa yang dizahirkannya (terang-terangan)." (Riwayat Al Hakim).


Dalam satu hadis nabi saw, baginda ada menerangkan kepada sahabat, Muaz bin Jabal ra tentang cara mencapai ikhlas. Kesimpulan daripada kisah tersebut, langkah yang perlu diambil ialah:

1. Berterusan mengamalkan amal sunnah walaupun sedikit. 
2. Pertanggungkan dosamu ke atas dirimu, jangan menyalahkan orang lain. 
3. Jagalah lidahmu, jangan mengutuk saudaramu 
4. Jangan menganggap dirimu suci daripada dosa. 
5. Jangan mencela orang lain dan jangan memuji dirimu. 
6. Jangan campur adukkan urusan dunia dengan urusan Akhirat. 
7. Jangan menyombong diri terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW serta mereka yang menyambung perjuangan Rasulullah SAW. 
8. Jangan berbisik dengan orang lain ketika dalam satu majlis yang ramai. 
9. Jangan membesarkan diri kerana orang yang membesarkan diri akan terputus daripada kebaikkan di dunia dan Akhirat.


Sumber:

~menuju cintaNya~

No comments:

Post a Comment