December 15, 2011

Elak Tidur Selepas Subuh


Bismillahirrahmaanirrahiim...


Waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang diperintahkan untuk dimanfaatkan sebaiknya. Mengisi waktu tersebut adalah satu keutamaan yang besar menurut para ulama berdasarkan hadis-hadis sahih. 

Namun apa yang dilihat, banyak di kalangan kita yang melalaikan waktu yang mulia ini. Ruang dan kesempatan yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata lebih gemar digunakan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).”
(Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

Ibnul Qayyim (ulama hadis dan fiqh) ketika menjelaskan masalah banyak tidur menyatakan bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang waktu. 

Beliau menyatakan antara sebab bahaya tidur pada awal pagi ialah:
- Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah.
- Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
- Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
- Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
- Menghambat datangnya rezeki.

Kemudian, beliau menambah, “Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah;
[1] tidur di waktu pagi,
[2] sedikit solat,
[3] malas-malasan dan
[4] berkhianat.”
(Zaadul Ma’ad, 4/378)

Selain itu, Ibnu Qayyim juga berkata bahawa:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

“Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” 
(Miftah Daris Sa’adah, 2/216). 

Sementara Ibnu Qayyim sendiri apabila selepas Solat Subuh beliau akan duduk ditempatnya dan berzikir sehingga matahari terbit lalu berkata: 

“Inilah pagiku, jika aku tidak duduk maka hilanglah kekuatanku.” 
(Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Durar al-Kaminah 4/401).
**

Rasulullah saw sendiri tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 

"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." 
(Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya)

Sabda Nabi saw juga pernah bersabda:

"Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan."
(Riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath)

Di dalam riwayat lain pula, sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.a. yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari."
(Riwayat al-Baihaqi)

Anas bin Malik dia berkata:Rasulullah saw bersabda: 

"Sesungguhnya keluar pada pagi hari di jalan Allah atau pada siang hari adalah lebih baik dari dunia serta isinya." 
(Riwayat Muslim)

Hazrat Ata bin Abi Rabah rah. berkata, "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 

"Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan." 
(Hadith rawayat Darimi)




Maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

"Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal."
(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Adapun yang dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam atau belum tidur sepanjang malam dsb. 


Sumber:
http://cecomel-akidah.blogspot.com/2010/02/tazkirah-4-tidur-selepas-subuh-n-asar_15.html
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=2915491304877034692
http://theunutterablebeautyofphrases.wordpress.com/2010/02/05/bahaya-tidur-selepas-subuh/
http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/tidur-selepas-subuh.html
http://assabiel.com/?p=1661
http://drmaza.com/home/?p=1395




Ya Allah ya Tuhanku, jauhkan kami dari tergolong dalam golongan yang rugi.
~menuju CintaNya~

December 4, 2011

Indahnya Keluarga Ini


Indahnya keluarga ini
Penuh tarbiyyah Islamiyyah

Indahnya keluarga ini
Solat 5 waktunya sentiasa berjemaah

Indahnya keluarga ini
Riuh rendah rumah dek suara mengaji 

Indahnya keluarga ini
Siulan anak kecilnya adalah nasyid haraki 

Indahnya keluarga ini
Hiburannya adalah tazkirah dan ceramah islami

Indahnya keluarga ini
 Masalah ummah difikir bagaikan masalah sendiri

Indahnya keluarga ini
Ahli keluarga dan saudara sangat rapat dan mesra
 
Indahnya keluarga ini
Segala teguran diberi penuh hikmah dan berhati-hati

Indahnya keluarga ini
Sederhana sahaja
Namun kurasakan cukup sempurna.

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!!


menuju cintaNya

November 30, 2011

Lagu: Fikirkanlah




Pernahkah ada dalam fikiran
Apa jua segala pengorbanan 
Dan juga yang telah dilakukan 
Bukan untuk meminta balasan 

Namun bila semua telah berlalu 
Kerana itu bukanlah dayamu 
Apa jua yang telah berlaku 
Semuanya patut menyedarkanmu 

Walau betapa tinggi kasihmu 
Pasti hanya tuk sementara waktu 

Kasih Tuhan tidak bertepian 
Kasih insan pastinya bersempadan 
Apa lagi yang kita harapkan 
Kerna itulah kebenarannya 

Namun semuanya tak bermakna 
Jika hanya dipandang sebelah mata 
Pengajaran yang perlu diterima 
Bila sering mengalpakanNya 

Bersyukurlah jika diingatkan 
Sebelum tak punya kesempatan


~menuju CintaNya~

November 21, 2011

F.R.I.E.N.D.S.




"You will see the believers in their mutual kindness, love and sympathy just like one body. When a limb complains, the whole body responds to it with wakefulness and fever"
(Muslim and Bukhari)

November 16, 2011

Bila Diganggu Makhluk Halus..



Bismillahirrahmaanirrahiim...

Syaitan@ jin@ iblis semuanya adalah makhluk Allah. Ia adalah makhluk yang wujud dalam alam ghaib di atas muka bumi ini, dan hal ini telah disahihkan oleh Al-Quran, hadis dan sepakat ulamak.

Allah S.W.T ada berfirman dalam surah Sad ayat 81 yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (wahai iblis), diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat." Dijelaskan bahawa kerja-kerja jin dan syaitan dalam tempoh penangguhan itu termasuklah:
* Menimbulkan permusuhan antara manusia.
* Menghilangkan pertimbangan akal manusia yang waras.
* Menimbulkan perasaan tamak dan hasad dengki.
* Menimbulkan situasi perpecahan antara umat Islam.
* Memesongkan akidah umat Islam.
* Menyeru manusia berbuat kejahatan di atas muka bumi.
* Menjauhkan manusia daripada beribadat dan mengingati Allah.


Sekiranya seseorang itu mengalami gangguan yang berasal dari perbuatan jin dan syaitan, tanda-tanda seperti ini akan dapat dilihat pada orang tersebut:
# Sering sukar untuk tidur malam
# Sering bermimpikan binatang berbisa
# Sering berubah sikap tak tentu pasal
# Sering terjaga dari tidur dan berjalan tanpa sedar
# Menjadi tidak tenteram apabila mendengar bacaan Al-Quran
# Menghidap penyakit yang tidak dapat disahkan oleh seorang doktor


Antara ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengelak dan melindungi diri dari gangguan makhluk halus ialah:
- Al-Fatihah: 1-7
- Al-Baqarah: 1-5, 257, 256, 257, 282, 283, 284 
- At-Taubah: 14
- Asy-Syu'araa': 80
- Yunus: 57
- An-Nahlu: 69
- Al-Israa':82
- Fussilat: 44
- Mukminuun: 115-118
- Al-Hasyri: 21, 22, 23, 24
- Qaaf: 22
- Al-Mulk: 23
- Huud: 44
- Al-Waqi'ah: 19
- Yaasin:36
- Ar-Ra'du: 31

Sumber:
http://www.makhlukhalus.com/
Makhluk Halus & Penyakit. Satu Penjelasan oleh: Y. Bhg. Dato' Dr. Haron Din. [ppt] 

"Ya Allah, lindungi kami dari gangguan syaitan yang direjam."
~menuju CintaNya~

November 4, 2011

Menyambut Hari Raya Aidiladha


Bismillahirrahmaanirrahiim...

.:Bagaimanakah meraikan Hari Raya AidilAdha mengikut adab yang digariskan syariat Islam?:.


1) MENGHIDUPKAN MALAM HARI RAYA

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati.” 
(Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.) 

**Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat-fadhilat amalan. 

Menurut Ibnu ‘Abbas r.a.;  yang dinamakan menghidupkan malam ialah 
sekurang-kurangnya mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. 

Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; 
“Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam Jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban.”


2) MANDI SUNAT HARI RAYA

“Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya.”
 (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’)


3) MAKAN

Diriwayatkan dari Ibnu Buraidah dari bapanya r.a. (seorang sahabat) yang menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan dan baginda tidak makan pada hari raya korban melainkan setelah beliau pulang.” (Riwayat Imam Ibnu Majah dan at-Tirmizi. Hadis ini adalah hasan menurut Imam Nawawi)


4) BERWANGI-WANGIAN DAN MEMAKAI PAKAIAN BARU

Berdalilkan hadis dari Hasan bin Ali r.a. –cucu Rasulullah- yang menceritakan; 
“Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pada dua hari raya supaya memakai pakaian sehabis elok yang kami perolehi, berwangi dengan wangian paling harum yang kami perolehi dan supaya kami menyembelih korban dengan binatang paling gemuk yang kami miliki.” 
(Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani). 

Namun Rasulullah saw berpesan khas kepada wanita melalui sabda baginda yakni; 

“Janganlah kamu menegah hamba-hamba Allah yang perempuan (yakni kaum muslimat) dari mendatangi rumah-rumah Allah. Namun hendaklah mereka keluar dalam keadaan tidak berwangian.” 
(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)


5) KELUAR BERJALAN KAKI DAN MELALUI JALAN BERBEZA KETIKA PULANG

Imam Bukhari meriwayatkan dari Jabir r.a.; “Adalah Nabi s.a.w. pada hari raya baginda melalui jalan yang berbeza (yakni ketika pergi melalui satu jalan dan ketika pulang melalui jalan yang lain).” 
Dari Ibnu ‘Umar r.a.; “Sesungguhnya Rasulullah pada hari raya melalui satu jalan (ketika keluar menunaikan solat hari raya), kemudian baginda pulang dengan melalui jalan yang lain.” 
(Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim)


6) MENGHADIRI SOLAT SUNAT HARI RAYA

Firman Allah;

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ، فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ، إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).” 
(Al-Kauthar: 1-3).

Berkata para ulamak; “Yang dimaksudkan dengan solat di dalam ayat di atas ialah solat ‘aidil-adhha (hari raya korban).”

Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; 

كَانَ النَّبِيُّ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إلَى الْمُصَلَّى، وَأَوَّلُ شَيْء يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاةَ، ثُمّ يَنْصَرِفُ فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ ـ وَالنَّاسُ عَلَى صُفُوفِهِمْ ـ فَيَعِظُهُمْ وَيَأْمُرُهُمْ
“Adalah Nabi s.a.w. keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah menunaikan solat. Kemudian baginda akan berdiri mengadap orang ramai yang masih berada dalam saf-saf mereka lalu ia memberi peringatan dan arahan kepada mereka.” 
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).


7) MENGUCAPKAN TAHNIAH, MENZAHIRKAN KEGEMBIRAAN & BERSALAMAN

Al-Hafidz ibnu Hajar berkata; kami meriwayatkan dengan sanad yang baik (hasan) dari Jubair bin Nufair yang menceritakan; 
“Adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. apabila saling bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain; ‘Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu.”
(Fathul-Bari ‘ala Soheh al-Bukhari)


Salam AidilAdha



~menuju CintaNya~

November 3, 2011

Focus, come to me!


Focus, where are you?
I'm hiding.

Focus, why are you away from me?
Because you didn't care about your achievement.

Focus, how I am going to do without you?
You can do nothing perfectly without me.

Focus, what must I do to get you?
You must be clear with your short-term goals.

Focus, can you come back to me now?
I will, only if you manage to put aside less important things that bothering you.




..."Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves." ...
(Ar-Ra'ad:11)


~towards His Love~

October 24, 2011

Bermusafirlah...


Bismillahirrahmaanirrahiim...


Bermusafir bermaksud melakukan perjalanan jauh ke suatu tempat lebih dari dua marhalah dengan tujuan baik.

Islam menggalakkan umatnya bermusafir (melancong) bagi tujuan melihat tanda-tanda kekuasaan allah SWT dan bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan pengalaman dan pengajaran yang diperolehi daripada pengembaraan tersebut.

Allah SWT berfirman dalam Surah ar-Rum, ayat 42:
“Katakanlah: mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.”

dan Surah Ibrahim, ayat 34:
“Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.”




Dalam amalan masyarakat masa kini, tujuan bermusafir adalah pelbagai. Antaranya ialah untuk mencari pengalaman dan kematangan hidup, menunaikan haji, berjihad di jalan Allah, mencari rezeki, menjalankan urusan perniagaan, menuntut ilmu dan menambahkan thaqafah, menziarahi sahabat dan keluarga dan seumpanya.

Selain itu, bermusafir antara lainnya juga adalah untuk:

1- Menghilangkan kesedihan.
2- Membina kehidupan baru. 
3- Memperolehi Ilmu. 
4- Menguatkan jiwa. 
5- Membina keputusan. 
6- Bergaul dan berkenalan dengan pelbagai genre manusia dan bangsa. 

Bermusafir dapat memberikan ketenangan dan kedamaian. Malah doa orang yang bermusafir adalah di antara salah satu doa yang dimakbulkan Allah. Semua ini diharuskan selagimana ia tidak dibuat dengan tujuan maksiat dan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Dan katakanlah wahai Muhammad: “Beramallah / bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan ) maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara –perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” 
(At-Taubah ayat 10)

Teringat pepatah "jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam". Mengambil keputusan untuk bermusafir bererti mengambil langkah untuk maju (dalam segala aspek). Jadikanlah kemajuan itu sebagai matlamat, mudah-mudahan setiap hari dan setiap waktu, diri kita sendiri akan berusaha menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. InsyaAllah.



Sumber:
http://www.pumselangor.org/index.phpoption=com_content&view=article&id=415:abdul-muhaimin-mahmood&catid=132:ibadah&Itemid=513
http://khairulidham.blogspot.com/2010/07/bermusafir-adalah-pengalaman.html
http://www.sharemotivasi.com/2011/01/cerita-motivasi-more-or-better.html


~menuju cintaNya~

October 14, 2011

Still Doubt?


Why doubt?
I am feeling guilty
Don't.
Because this is the best from Allah
And things will only happen with His permission.

Why doubt?
I am lack of sincerity
Don't.
Because being sincere will keeps you in peace
And peace is heaven of the earth.

Why doubt?
I am not trusting anybody
Don't. 
Because prejudice kills relationship
And trust grows love and loyalty.

Why doubt?
I am afraid of losing
Don't.
Because when you really lost, you will lose
And nothing will last except the End Day.

Why doubt?
I am not ready to share 
Don't.
Because Allah wants us to share what we have with others 
And everything we have is His.



“...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.”
(Al-Baqarah:216)

The Prophet (pbuh) said that Allah, the Exalted and Glorious, thus stated: 
“I am near to the thought of My servant as he thinks about Me, and I am with him as he remembers Me...”
(Muslim, Book 035, Number 6471)



~towards His love~

October 11, 2011

Haji & Umrah


Bismillahir rahmaanir rahiim..

Tahukah anda bahawa terdapat tempoh dalam tahun Hijrah yang dinamakan musim haji iaitu bermula 1 Syawal, Zulkaedah sehingga 10 Zulhijjah. Pada bulan-bulan ini, adalah dituntut untuk kita mengerjakan ibadat haji sepertimana yang disebut dalam dalil nas yang bermaksud:

"...Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk." ('Ali-'Imran:97)

Ibadat haji adalah rukun Islam yang kelima. Jom kita refresh balik maklumat asas berkenaan ibadah haji dan umrah.

1. Pengertian

Ibadah Haji
Berkunjung ke Baitullah demi mencapai redha Allah untuk melaksanakan ibadah tertentu dan wukuf di Arafah pada waktu tertentu.

Ibadah Umrah
Berkunjung ke Baitullah demi mencapai redha Allah untuk melaksanakan tawaf, sa'i dan cukur/tahalul.





2. Hukum

Hukum ibadah haji dan umrah adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang mampu.


3. Jenis-jenis Haji

Haji tamattuk
Haji tamattuk ialah melakukan umrah terlebih dahulu pada musim haji, kemudian melaksanakan ibadah haji dalam tahun Hijrah yang sama. Pelaksana haji jenis ini diwajibkan membayar dam (berupa menyembelih seekor kambing, jika tidak mampu berpuasa 10 hari, yaitu 3 hari di Makkah atau Mina dan 7 hari di Tanah Air). Apabila puasa 3 hari di tidak dapat dilaksanakan disebabkan sesuatu hal, maka harus diqadha setelah sampai di kampung halaman dengan ketentuan puasa yang tiga hari dengan yang tujuh hari dipisahkan 4 hari.

Haji ifrad
Yang di maksudkan oleh haji ifrad ialah melaksanakan haji dalam bulan haji dan umrah di luar bulan haji. Adapun bagi yang akan umrah wajib atau sunnah, maka setelah menyelesaikan hajinya, dapat melaksanakan umrah dengan miqat dari Tan'im, Ji'ranah atau daerah tanah halal lainnya. Cara ini tidak dikenakan dam.

Haji qiran

Haji qiran ialah mengerjakan haji dan umrah dalam satu niat dan dan dilaksanakan secara serentak. Cara ini juga wajib membayar dam. Pelaksanaan dam adalah sama seperti haji Tamattuk.


4. Syarat Haji dan Umrah.

Syarat wajib haji/ umrah ada 5 (lima):
- Islam
- Baligh(dewasa)
- Waras
- Merdeka (bukan hamba)
- Istita'ah

Maksud Istita'ah (mampu) dalam ibadah haji adalah:
- Sihat jasmani dan rohani
- Memiliki cukup perbelanjaan untuk dirinya dan untuk keluarga yang ditinggalkannya.
- Situasi dan keadaan yang mengizinkan: aman bagi dirinya dan keluarga yang ditinggalkannya tidak terhalang untuk perjalanan haji .


5. Rukun Haji.

Rukun haji ada 6:
- Ihram
- Wukuf di Arafah
- Tawaf ifadah
- Sa'i
- Bercukur
- Tertib sesuai dengan tuntutan ibadat haji


6. Wajib Haji

Wajib haji ada 6:
- Ihram dari miqat (sempadan yang mengelilingi Tanah Haram)
- Bermalam di Muzdalifah
- Bermalam di Mina
- Melontar jamrah
- Menghindarkan diri perbuatan yang terlarang dalam keadaan berihram
- Tawaf wada' bagi yang akan meninggalkan Makkah


7. Rukun Umrah dan hal hal yang berkaitan dengan umrah.

Rukun umrah ada 5 :
- Ihram
- Tawaf
- Sa'i
- Bercukur
- Tertib


8. Apakah yang dimaksud dengan wajib umrah ?

Wajib umrah adalah ihram umrah dari miqat dan tidak melakukan perbuatan/hal-hal yang diharamkan pada waktu melaksanakan umrah. Apabila meninggalkan wajib umrah maka wajib membayar dam.


9. Apa yang dimaksud dengan umrah wajib?
Umrah wajib ialah umrah yang baru pertama kali dilaksanakan (disebut umratul Islam), atau umrah yang dilakukan kerana nazar.


10. Apakah yang dimaksud dengan umrah sunat ?
Umrah sunat ialah umrah yang dilaksanakan untuk kali kedua dan seterusnya dan bukan kerana nazar.


11. Benarkah melaksanakan umrah 7 kali sama pahalanya dengan melaksanakan ibadah haji sekali?
Tidak benar, kerana tidak ada dalil yang mengatakan demikian.


12. Bolehkah melakukan umrah berkali-kali sebelum wukuf ?
Sebaiknya tidak melakukan umrah berkali-kali sebelum wukuf. Rasulullah saw melakukan umrah 4 kali dalam 4 tahun yang berbeza, di samping demi menjaga kesihatan tubuh badan agar tetap sihat dan kuat untuk melaksanakan ibadah haji.

Sumber:

http://en-gb.facebook.com/note.php?note_id=80376594230

Selamat melaksanakan ibadah Haji/Umrah. Semoga beroleh nilaian besar disisiNya, insyaAllah...
~menuju cintaNya~

October 3, 2011

~Persahabatan~


[Bismillahir rahmaanir rahiim...]

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Persahabatan yang begitu erat mempunyai makna yang dalam buat yang menghargainya.

Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat itu pemurah melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah dari Tuhan untuk menjaga kita.

Sumber: 
http://cintadearhaniey.wordpress.com/2008/03/05/madah-persahabatan/

Khas buatmu sahabatku...
~menuju cintaNya~

September 29, 2011

Lagu: Hitam Putih Kehidupan



Ya Allah, ampuni dosaku. Hamba berasa sungguh lemah. Hanya mampu berdoa kepadaMu. Ya Allah, lindungi aku dari putus asa. Beri aku kekuatan..

September 22, 2011

Can I Give Up?



Can I give up?
I didn't feel like to proceed.
No, you can't
Move on and never look back (tq dear sis..=)

Can I give up?
Everything turns to be so hard. 
No, you can't
Allah is testing you. Be patient.

Can I give up?
My time is almost run out.
No, you can't
Do your work now. Don't delay.

Can I give up?
My head begin to stuck!
No, you can't
Be calm, and try again slowly.

Can I give up?
I feel so useless...
No, you can't
Positive thinking will carry you forward.


So, can I give up??? =(
Of course no! =)


..."When is the help of Allah ?" Unquestionably, the help of Allah is near."
(Al-Baqarah:214)






~towards His love~

September 20, 2011

Law Kaana Baynana



p/s: Jangan lupa saksikan rancangan Law Kaana Baynana (Andai Rasulullah saw bersama kita), setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV Al-Hijrah =)

~menuju cintaNya~

September 12, 2011

DenganMu...




"Ya Allah, ampunkan kami atas kelalaian melaksanakan amanahMu. Jauhkan kami dari sering melupakanMu. Kuatkan iman kami. Teguhkan hati kami. Ingatkan kami bahawa hidup dan mati kami hanya untukMu. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih." Ameen.

~menuju cintaNya~

September 11, 2011

Zina Hati (3)


[...sambungan...]

CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN 

1) "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa" 

Komen saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa??? 

2) Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan. 

Komen saya: Masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya??? 

Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagho dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan. 

3) Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dgn konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kite tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yg berdosa atau pun keduanya? 

Komen saya: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Heheh… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak…hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan. 

Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati. 

4) Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ini sudah berniat untuk berkahwin, adakah rindu antara mreka juga dikatakan zina hati? 

Maka menjawablah seorang ustazah: “Yap!! selagi belum berkahwin”. 

Komen saya: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yang diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah? 

5) Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yang kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala'zim. Kita sekarang terlalu terdedah dengan benda-benda yang lagho. Lupa mengingati Allah. 

Komen saya: Dosa besar??? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dalam dosa besar??? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dalam kategori dosa kecil yang disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dengan melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus. 

Soal lagho dan lupa mengingati Allah itu soal lain. Kalau nak bercerita tentang lupa mengingati Allah ni, semua manusia tidak terlepas termasuklah para sahabat Nabi terdahulu kerana kita adalah manusia bukan malaikat. Cubalah menjadi manusia yang baik, jangan cuba menjadi malaikat. 

Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: (Apa maksudmu?). Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: (Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa masanya). Riwayat Imam Muslim (8/95, no 4937) 


6) Jika kita rindu seseorang ajnabi kerana kita memang couple dengan dia, tak kiralah berjumpa atau tidak, itu dikira zina hati. Kalau tak couple, tapi mungkin minat, dan lama-lama jadi rindu jika tak berjumpa, pada mulanya fitrah, tetapi apabila tak dikawal, dielak, tak mujahadah, itu boleh menjadi zina hati. 

Komen saya: Pulak dah, ada beza pula ya antara yang bercouple dengan tak bercouple. Jawapan yang langsung tiada asas ilmu, sekadar mengagak-agak. 

7) Saya selalu digosip kawan-kawan dengan seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ini menyebabkan saya terpalit dengan dosa zina hati kerana mengingati seseorang yang bukan mahram dengan saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya. 

Komen saya: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yang bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, pak guard sekolah anda, perdana menteri Negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu… Hai, mudah-mudah saja membuat hukum ya. 

8) Nak tanya sekejap. Zina hati tu dikira apabila kita teringat seseorang yg berlainan jantina untuk seketika atau teringat selalu hingga termenung? 

Menjawablah seorang rakannya: “Teringat seketika atau selalu tetap salah. Sebab kita ni kena selalu ingat kepada ALLAH”. 

Komen saya: Hohohoho…I’m speechless. Tak sangka, ada juga jawapan sebegini. Teringat seketika pun tak boleh ya, kena selalu ingat Allah sepanjang masa 100 peratus ya. Macam tu sahabat Nabi pun kalah dengan awak. Hebat betul awak ya, sama taraf dengan malaikat. 

Dalam Al-Qur’an pun Allah tak suruh kita ingat kepadaNya sentiasa kerana itu adalah perkara yang mustahil dan ulama menyebut bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan manusia dengan perkara yang mustahil untuk dilakukan. 

Sebab itu, Allah hanya menyuruh kita supaya banyak ingat kepadaNya, bukan selalu ingat kepadaNya. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat ke-41: 

((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً)) 

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, ingatilah Allah dengan ingatan yang banyak"

9) Sekarang ni saya tengah buntu. Saya sekarang bercinta dengan seseorang. Tapi kami mahukan perhubungan kami diredhai Allah. Tetapi baru-baru ni saya ada baca nota yang mengatakan bercinta adalah haram dalam Islam. Betul ke? bercinta juga mendekatkan diri kepada zina iaitu zina hati. merindui dan mengingati antara satu sama lain. Jadi, apakah yg perlu saya buat? 

Maka berfatwalah seorang rakannya: “Bercinta tu memang haram. Bila dah bercinta kita selalu rindu, kadang-kadang ingat kat dia dan macam-macam lagi. Itulah yang dinamakan zina hati. Sebab itu, bercintalah selepas kawin. 

Komen saya: Sama juga masalah dengan mereka yang sebelum ni. Keliru dengan maksud bercinta, lepas tu tak memahami erti zina hati. 

Adapun soal bercinta sebelum atau selepas kahwin, kalau dimaksudkan dengan perasaan cinta, maka bagi saya perasaan cinta itu perlu ada sebelum kahwin bukan selepas kahwin, manakala aktiviti percintaan itulah yang dilakukan selepas kahwin. Sebab itu Nabi menyuruh sahabatnya kalau nak melamar perempuan tu tengok dulu, supaya timbul perasaan cinta dalam hati. Kalau setelah melihat tapi tidak timbul rasa cinta dan berkenan tu, maka cari yang lain. 

9) Bagi saya memang zina hati susah utk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dengan bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman? 

Komen saya: Astaghfirullah, pandangan yang penuh dengan ta’annut dan tasyaddud. Gagal dalam memahami maksud zina hati dan zina kecil yang lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa pun nak dilabelkan sebagai zina, maka anda tersasar jauh. 

Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah mengkategorikan hal itu dalam bab zina tangan tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagho tak berfaedah. 

Sudahlah gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yang melakukan zina kecil dengan mereka yang melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah. 

10) Zina hati sebenarnya apabila kita mengingati seseorang secara berlebih-lebihan. 

Komen saya: Fahaman yang juga tersasar. 

11) Macam mana kalau teringatkan lelaki yang kita hanya pernah berjumpa dengannya dalam mimpi, tapi kita tak kenal pun kat alam nyata ni, kira zina hati juga ke? 

Komen saya: Lihat bagaimana kegagalan memahami maksud zina hati menyebabkan timbulnya soalan-soalan yang tak sepatutnya timbul. 

12) Saya pun ada juga zina hati ni kerana teringatkan kawan lelaki. Nak buat macam mana nobody's perfect except our prophet. Tapi macam yang dah dinasihatkan oleh rakan supaya bila teringatkan seseorang (si dia) kita hendaklah membaca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah. 

Komen saya: Gagal dalam memahami zina hati dan mengenal pasti penyakit sebenar, kemudian cuba mereka-reka ubat sendiri. Baca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah??? Hehe…lucu juga dengan petua yang diberikan. 

13) Memang susah nak hindari zina hati. Susah sangat. Apabila teringatkan si dia, susah nak lupakan. Tapi nak tanya ni, apa dosanya kalau kita buat orang lain zina hati? Contohnya: Kita buat orang lain berkenan kat kita. 

Komen saya: Masih juga tak faham-faham dengan maksud zina hati. 

14) Zina hati yang paling ketara dalam jiwa remaja zaman sekarang adalah kamu merindui si dia, kamu sentiasa terbayang si dia, kamu tak dating, tak jumpa dgn si dia, tak keluar makan-makan, tapi kamu masih terbayang pada si dia. Bukti yang paling ketara, inbox kamu penuh dgn mesej si dia. Bayangkan sahaja, seorang remaja yg cukup komited dgn dakwah tetapi mereka bercinta. Bayangkan presiden BADAR kat sekolah bercinta. Ya Allah! tak dating, tak keluar makan-makan, tak berutus surat, tapi saling berbalas mesej dengan beralasankan "Eh takpe, aku hantar mesej pasal hadis la kat dia. Saling nasihat menasihati". Astaghfirullah, itulah contoh-contoh zina hati. Nama pun hati, mesti la dalam hati. Betul tak? 

Komen saya: Tak betul langsung. Saudara, itu tidak termasuk dalam bab zina hati. Itu gedik dan mengada-ngada termasuk dalam bab buat perkara-perkara tak berfaedah atau lagha. Saya lebih suka mengistilahkan percintaan sebegitu sebagai percintaan yang “poyo”. Percintaan pra-matang remaja baru nak up. 

Sabda Nabi: "Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yang tak patut baginya" . Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya (1/466, no 229). 

14) Sebenarnya, saya ada satu soalan. Begini, seorang lelaki amat menyayangi seorang perempuan bukan mahram ini, tetapi dia tidak merinduinya. Adakah ini tergolong dalam zina hati juga? Sebab saya masih tak berapa jelas dengan maksud zina hati. 

Komen saya: Apabila gagal untuk memahami zina hati dengan baik, kemudian dimomokkan pula dengan fahaman-fahaman yang salah tentang zina hati, maka diri sendiri mencari jalan keluar dengan mereka-reka perkara yang tak masuk akal. Seorang kekasih menyintai kekasihnya, tetapi mereka tidak rindu, adakah ini juga termasuk dalam zina hati? Ahaha… 

Tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik, perasaan cinta antara kekasih dengan kekasihnya tidak dikira zina hati, juga perasaan rindu. Kalaupun perasaan cinta dan rindu itu melampaui batas, itu tidak termasuk dalam bab zina hati, itu termasuk dalam bab berlebih-lebih dalam perkara-perkara yang harus. Yang menjadi zina hati adalah perasaan atau keinginan hati untuk melakukan dosa zina iaitu bersetubuh dengan kekasih tersebut. Faham!!! 

15) Saya takut diri saya terjebak dengan “zina hati” apabila saya teringat pasal si dia. Biasanya, saya akan membayangkan saat-saat kami berjumpa, kata-kata dia dan kadang-kadang saya macam berangan-angan berumah tangga dengan dia. Selalu terbayang dalam fikiran saya, kehidupan kami sebagai suami isteri contohnya, saya masak untuk dia, bermesra dengan anak-anak dan sebagainya. Itu memang selalu saya fikirkan. Adakah itu salah satu dari “zina hati”? Saya juga tak boleh kawal perasaan rindu setelah kami berjauhan. Perasaan tu la yang buat saya lalai sedikit sebanyak. Saya cuba tenangkan fikiran saya dengan solat sunat, baca Al-Quran tapi tu tak kekal lama. 

Komen saya: Amboi-amboi, jauhnya akak berkhayal. Itu bukan zina hati tu kak, itu angau namanya. A N G A U: Angau. Parah benar nampaknya tu. Walaupun bukan termasuk dalam zina hati, tetapi eloklah dielakkan perkara-perkara lagho sebegitu, sibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah, jangan sampai terbuang masa kerana berkhayal. 

16) Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah dengan bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu melalui pernikahan secara Islamik. 

Komen saya: Astaghfirullah, bercinta dengan seorang gadis, kemudian merasakan perkara itu sebagai salah lalu memutuskan hubungan. Kemudian mengambil langkah penyelesaian dengan berkahwin dengan gadis lain? 

Mengapalah “terlampau cerdik” sampai ke tahap ini??? Kalaupun anda merasakan hubungan anda itu salah dan berdosa, apa yang anda perlu lakukan adalah bertaubat daripada dosa dan membaiki dosa tersebut. 

Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39. 
((فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ)) 

Maksudnya: "Sesiapa yang bertaubat selepas kezaliman yang dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya"

Seorang pencuri, apabila sedar dan insaf atas dosa yang dibuat, maka dia perlu bertaubat daripada dosa mencuri tersebut, dan membaiki dosa tersebut dengan memulangkan kembali segala barang-barang yang dicuri. 

Seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan sehingga terjebak ke dalam perkara-perkara dosa, apabila sedar dan insaf perlulah bertaubat daripada dosa yang dilakukan, dan membaiki dosa tersebut. Bagaimana untuk membaiki dosa tersebut? Iaitulah dengan mengahwini perempuan itu. 

Bukannya dengan memutuskan hubungan dan kemudian berkahwin dengan perempuan lain. Mengapa mahu berkahwin dengan perempuan lain sedangkan si dia ada dan masih menyimpan cintanya terhadap kamu? 

Adakah pada pandangan anda perempuan itu tidak layak diperisterikan kerana sudah ternoda? Ooo, kiranya kamu bersihlah tiada noda? Siapa yang menodainya? Kamu juga. Kononnya nak mencari yang suci bersih walhal diri sendiri terpalit dengan kekotoran. Jenis manusia yang tak sedar diri. 

17) Ana dulu pun couple gak. Sejak sekolah sampai dah masuk universiti, dekat nak gred. Tapi apabila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan walhal ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. 

Komen saya: Ke’tidak cerdikan’ yang sama berulang. Anda dah punya niat suci untuk memperisterikannya, kemudian memutuskan hubungan itu setelah merasakan hubungan itu salah pada pandangan anda. 

Sepatutnya, baikilah apa yang anda rasakan salah itu dan teruskan niat suci anda untuk memperisterikannya. Semudah itu pun masih tak faham? Mengapa masih juga mengambil tindakan yang tak cerdik? 

MANHAJ DALAM MEMAHAMI AGAMA 

Tidak dinafikan, adakalanya mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang dakwah atau mereka yang baru menemui jalan keinsafan, mereka mempunyai semangat yang meluap-luap berjuang untuk Islam. Tapi masalahanya semangat yang meluap-luap tanpa latar belakang ilmu yang kuat boleh menyebabkan perjuangan yang dibawa itu merosakkan lebih daripada membaiki. 

Semua tak boleh, itu zina, ini zina, itu haram, ini haram sehingga menyempitkan ajaran Islam yang luas dan membesar-besarkan perkara lebih daripada skop asalnya. 

Walhal manhaj dakwah yang sebenarnya adalah manhaj berasaskan وسطية /wasatiyyah (pertengahan). Tidak dinafikan, kalau orang itu dilihat mempermudah-mudahkan urusan agama maka kita perlu memberikan peringatan keras kepada mereka. Sebaliknya pula kalau orang itu dilihat terlalu memayah-mayahkan agama maka kita perlu memudahkannya bagi mereka. Namun, semua itu perlu dilakukan atas dasar ilmu. Bukan sewenang-wenangnya. 

Sebagai contoh, apabila wujud sebahagian daripada sahabat Nabi mempermudah-mudahkan urusan berwudhuk sehingga tidak meratakan air ke tempat-tempat yang sepatutnya, maka Nabi memberikan amaran keras kepada mereka berupa seksaan api neraka. 

Sebaliknya apabila ada pula sebahagian sahabat yang memayah-mayahkan urusan berwudhuk sehingga membasuh anggota wudhuk secara berlebihan, maka Nabi berkata bahawa basuhan wudhuk itu hanya tiga kali. Andainya masih wujud keraguan dalam hati tidak rata, maka usah dilayan, itu hanya was-was syaitan. 

Caranya adalah bersikap keras kepada mereka yang nampak mempermudah-mudahkan agama, dan bermudah-mudah bagi mereka yang nampak memayah-mayahkan agama. Tetapi perlu diletakkan dalam kepala bahawa tujuan akhirnya adalah supaya kedua-dua golongan tersebut kembali kepada kesederhanaan dalam beragama. 

Kata Imam Syatibi: Andai kamu melihat kepada keseluruhan syariat maka engkau akan dapati syariat itu cenderung kepada pertengahan. Andai kamu melihat ada kecenderungan kepada sisi terlampau memudahkan atau sisi terlampau menyusahkan maka itu bagi berhadapan dengan lawannya daripada sisi lain. 

Sisi memayahkan (kebanyakannya pada menakutkan, menggerunkan, melarang) didatangkan bagi berdepan dengan mereka yang cenderung mempermudahkan agama. 

Sisi memudahkan (kebanyakannya pada pengharapan, galakan, dan rukhsah kemudahan) didatangkan bagi mereka yang cenderung memayahkan agama. 

Kalau tiada masalah pada kedua-duanya maka aku melihat pertengahan itu lebih utama, dan jalan kesederhanaan itu jelas, dan itulah kaedah asal yang menjadi rujukan dan pusat yang menjadi tempat pergantungan”. (Rujuk Kitab Al-Muwafaqat oleh Imam Syatibi, jilid 2 , m/s 286, cetakan Dar Ibni Affan) 

Janganlah terlampau mempermudahkan dan jangan terlampau menyusahkan. Ambil jalan pertengahan. Untuk pesakit darah tinggi, berikan ubat yang menurunkan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan normal. Pesakit darah rendah pula, berikan ubat yang meninggikan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan tahap normal. Apa yang penting adalah memastikan kenormalan tekanan darahnya. 


Akhir kata, semoga segala penjelasan itu dapat dicerna dengan baik. Andai timbul sebarang persoalan tak faham lagi berkenaan zina hati, maka bak kata rakan saya: “Sila hantukkan kepala anda ke dinding”….hehe sekadar bergurau. Jangan lagi membesarkan isu lebih daripada skop yang sepatutnya. 

Sememangnya muhasabah diri sama ada terpalit dengan dosa atau tidak itu memang sesuatu yang bagus. Tapi men’dosa’kan diri dengan perkara yang bukan dosa itu bukan daripada ajaran agama, itu adalah ta’annut dan tasyaddud yang ditegah dalam beragama. 

Islam tidak datang untuk menjadi musuh kepada naluri dan perasaan manusia tetapi untuk memberikan pedoman dan tunjuk ajar supaya manusia dapat mengawal naluri dan perasaannya ke arah kebaikan. Dengan itu dapatlah kita menjadi manusia yang baik bukan menjadi malaikat yang baik. 

Sekian, wassalam. 

Ahmad Fathi Bin Muhammad 
Ahad, 9 Rabi’ul Awwal 1432 bersamaan 12 Februari 2011 

[TAMAT]

~menuju cintaNya~