May 4, 2011

Kenali Syiah Bhgn. 4: Imam Khomeini


Bismillahir rahmaanir rahiim...

SIAPA KHOMEINI? 

Khomeini atau nama sebenarnya Mustafa Ahmad al-Musawi al-Khomeini, disebut oleh pengikutnya sebagai Ayatullah Ruhullah Khomeini (Khomeini Ayat dan Ruh Allah). 


Khomeini dilahirkan di bandar Khomein yang terletak di arah Barat Daya Tehran, ibu negara Republik Iran pada tahun 1902 M/ 1320 H. 

Khomeini merupakan pengasas Republik Iran yang berjaya menggulingkan Shah Muhammad Reza Pahlavi pada tahun 1979 M melalui Revolusi Iran lalu diangkat sebagai pemimpin agung Iran dikenali sebagai (Ruhbar).

Khomeini adalah pengikut setia ajaran Syiah Imam Dua Belas atau dikenali juga sebagai Syiah Imamiyah, Syiah Jaafariah, dan al-Rafidah. 

Dalam menjalankan pemerintahan, Khomeini menyatakan bahawa dia adalah wakil kepada Imam al-Hujjah al-Qaim al-Mahdi al-Muntazar, Muhammad bin Hasan al-Askari (imam Syiah ke-12) yang kononnya ghaib dan akan datang semula di akhir zaman. 

Khomeini meninggal dunia pada tahun 1989 M ketika berumur 89 tahun. 

Boleh baca selanjutnya di:
http://mashoori.wordpress.com/2008/12/22/khomeini-ayat-allah-atau-ayat-syaitan/


FATWA SESAT KHOMEINI 
*Amaran! Sila rujuk penjelasan berkenaan fatwa tersebut pada sumber-sumber yang diberi untuk mengelakkan kekeliruan.

Antara fatwa-fatwa melampau yang dikeluarkan oleh Khomeini ialah:

(dipetik dari http://ustazmoden.wordpress.com/2010/12/23/imam-khomeini-jelas-terkeluar-dari-sunnah-wal-jamaah-mengikut-kajian-ini/)

“Maka sesungguhnya bagi imam-imam (ketua negara) itu mempunyai maqam dan kedudukan yang terpuji, darjah yang tinggi dan mempunyai kuasa ‘Khalifah Takwiniyyah’ (kuasa yang dilantik oleh Allah), segala atom-atom di dunia tunduk dan patuh kepada kekuasaanNya.”  (Khomeini, Al-Hukumah al-Islamiyyah”, hal: 52)

Sesungguhnya ajaran para Imam (imam Syiah) sama seperti ajaran-ajaran al-Quran yang bukan untuk sesuatu generasi tertentu sahaja, bahkan ajaran itu untuk semua manusia di setiap tempat dan masa hingga ke Hari Kiamat. Ia wajib dilaksanakan dan wajib diikuti.” (Khomeini, Ibid, hal: 113)

“Sesungguhnya Allah telah memberi kuasa kepada tanah untuk menghidupkan roh, dan tidak harus seseorang berkata bahawa Allah tidak berkuasa -hendak menjadikan tanah yang tidak ada roh -boleh menghidupkan semua sesuatu”. (Khomeini, Ibid, hal: 62)

“Sayyidina Ali bertanya Rasulullah s.a.w., dan Baginda berkata kepadanya, “Sesungguhnya engkau (wahai Ali) akan berpindah ke Iraq dan akan dikebumikan di bumi Iraq”. Kemudian Ali bertanya lagi, Wahai Rasulullah, apakah balasan pahala bagi orang datang menziarahi kubur-kubur kami dan mendirikan bangunan qubbah di atasnya?”, Rasulullah menjawab, ‘Wahai Abu al-Hasan (Ali), sesungguhnya Allah menjadikan kubur engkau dan kubur anak-anak engkau sebagai satu kawasan syurga dan sebagai satu tanah lapang daripada tanah lapang syurga. Allah telah memilih beberapa orang daripada makhluk-Nya dan memasukkan rasa kasih sayang kepada kamu di dalam hati mereka, dan mereka sanggup menanggung bala bencana dan kehinaan kerana mempertahankan kamu. Mereka mengulangi membina kubur-kubur dan datang menziarahi kamu (di kubur) sebagai tanda taqarrub mereka kepada Allah dan Rasul-Nya Sesungguhnya sesiapa yang membina kubur-kubur kamu dan datang menziarahinya, maka pahalanya sama seperti dia bersama pengikut Nabi Sulaiman bin Daud membina al-Quds. Sesungguhnya sesiapa yang datang menziarahi kubur-kubur kamu, dia akan memperolehi pahala sebanyak 70 kali haji selain Haji Islam (haji wajib), dan dihapuskan dosanya serta jadilah dia (bersih daripada dosa) seperti kanak-kanak yang baru lahir daripada perut ibunya’. (Khomeini, Ibid, hal: 84)

“Dalam hadith disebut bahawa selepas baginda wafat, Malaikat Jibril datang kepada Fatimah membawa beberapa berita ghaib dan Amiral-mu’minin (Ali) menjalankan tugas menulis berita ghaib itu dan itulah dia Mashaf Fatimah”. (Khomeini, Kasyf al-Asrar, hal: 143) 

“Daripada himpunan dalil dan hadith jelas bahawa Nabi memang dan gerun kepada orang ramai bagi (menyampaikan) dakwah perlantikan imam. Sesiapa yang membaca sejarah dan hadith, dia akan tahu bahawa Nabi memang takut hendak menyampaikan (perintah itu), akan tetapi Allah memerintahkan Baginda supaya menyampaikan perintah tersebut dan menjanjikan mahu mengawalnya, dengan itu menyampaikan perintah Allah.” (Khomeini, Kasyf al-Asrar, hal: 150)

(dipetik dari Pembela-pembela Keluarga Nabi s.a.w. & Para Sahabat; Risalah Pemurnian Aqidah, Isu 2009) 

"Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lalai dan lupa." (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal.91)

"Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan." (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

Video untuk ditonton:
1) Azab Allah swt-Jenazah Khomeini diaibkan pengikut sendiri 
http://www.youtube.com/watch?v=pqx4k-vE_qw&feature=related

2) Lagi pendedahan berkenaan Syiah

3) Penyimpangan moral Khomeini

~menuju cintaNya~

2 comments:

  1. Syiah kini bukan Islam la (sejarah dulu memang asal puak Islam yg lama tapi terlalu berplotik sehingga lari akidah)..mana leh kata mazhab..kalau korang kata mazhab..then kristian pun mazhab...depa pun sesat, sama je cam Kristian yg putarkan segala kebenaran al-quran..Syiah pun begitu sama cam kristian sebab mereka berpendapat Jibrail salah bagi wahyu kepada nabi Muhammad dan sepatutnya ke Ali. Tanggapan mereka sama seperti kaum nasrani / kristian yg tidka percaya nabi Muhammad rasul / nabi yg terakhir..so renunglan lah...leh lak depa salahkan tentera ALLAH SWT salah bagi wahyu...ALLAH tidak akan salah pilih calonNYA. Itu fakta, kerana ALLAH SWT adalah tuhan. Mana leh tuhan buat kesilapan....itu satu benda ramai puak Syiah di Malaysia tak nampak...senang2 je kena tipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju kat statement yg kau buat ni....sah syit'ah ni sesat punya.....

      Delete