Bismillahir rahmaanir rahiim...
Surah Al-Mulk wajar diamalkan terutamanya sebelum tidur, selepas ataupun sebelum menunaikan solat sunat Witir. Rasulullah saw menganjurkan surah Al-Mulk sebagai bacaan rutin setiap umat Islam kerana kelebihan utamanya sebagai pembenteng siksa kubur dan beroleh pengampunan dosa oleh Allah swt:
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.” Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.” (At-Tharmidzi);
Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.” (An-Nasa’i);
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.” (Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah);
Daripada Jabir r.a., "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk." (At-Tharmidzi);
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.” (At-Tabrani).
Selain itu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Antara kelebihan yang disebutkan oleh para sahabat dan ulama’ ialah:
1) Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
2) Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah swt di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaannya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."
3) Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
4) Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."
Mari kita sahut anjuran junjungan besar umat ini untuk mengamalkan bacaan Al-Mulk setiap hari, mudah-mudahan dengan rahmat Allah swt, kita semua terlepas daripada siksa kubur yang tidak terbayang rupa azabnya.
"Ya Allah, kami berlindung denganMu dari siksa kubur dan neraka Jahannam." Ameen.
Sumber:
http://nursyirah.wordpress.com/2008/10/11/fadhilat-membaca-surah-al-mulk/
http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/kelebihan-surah-al-mulk.html
~menuju cintaNya~
betul2. ana ingat masa di sek men dahulu, sewaktu itu, ada rombongan dr maahad muhammadi lelaki ke sek ana. ana masa 2 memegang jwtn timb BADAR. kusyuk melihat shbt2 maahad yg fsih membaca surah al mulk ni, ana sorg je xpandai. alhamdulillah, Allah mudahkan ana menghafal nya. insyaAllah jadi wirid sebelum tidur. besar fadhilatnya.
ReplyDelete