June 29, 2011

Israk Mikraj: Untuk Wanita


Bismillahir rahmaanir rahiim...

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ BERKENAAN WANITA

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Riwayat Bukhari) 

Sayidina Ali ra berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”


Saidatina Fatimah ra pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi junub.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkuknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa yang mencontohkan sesuatu (supaya diikuti oleh orang lain) yang baik dalam Islam, maka ia mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya setelahnya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Barangsiapa yang mencontohkan sesuatu tidak baik dalam Islam, maka ia mendapat dosanya dan dosa orang yang mengamalkan setelahnya, tanpa mengurangi dosa-dosa mereka." (Riwayat Muslim)

KEUTAMAAN MENUTUP AIB (KESALAHAN)

Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla.
(Sahih al-Hakim, hadis no: 7615)

Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka. (Sahih Abu Daud, hadis no: 4889) 

Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Sahih Ibn Majah, hadis 2078)

Sumber:

KESIMPULAN

# Menutup aurat yakni aurat zahir (pada tubuh badan) dan aib (aib org lain dan aib sendiri)
# Menjaga lidah daripada berkata-kata dusta, fitnah dan menyakiti hati orang khususnya suami sendiri.
#Tutuplah aib orang lain, maka Allah akan menutup aibmu
# Yang menutup aibmu bukan orang lain, tetapi Allah
#Sesiapa yang Allah tutup aibnya, tetapi dia dengan sendiri membuka aibnya kepada orang lain, maka taubatnya tidak akan diterima (murka Allah terhadapnya sangat besar)

Wallahu'alam

Marilah bersama menjadi lebih baik. 
~menuju cintaNya~

June 25, 2011

Do Your Prayer



From Abu Hurairah ra, the Prophet saw says: “Verily, the first practice of a man brought to account on the Judgement Day is his prayer (solah).” 
(Narrated by Abu Daud and al-Thirmidzi)

“And for every nation is a [specified] term. So when their time has come, they will not remain behind an hour, nor will they precede [it]. (Al-A'raf:34)




~towards His love~

June 22, 2011

Bagaimana Mencapai Ikhlas?



Bismillahir rahmaanir rahiim...

Ikhlas adalah melakukan sesuatu perbuatan semata-mata kerana Allah swt. Ikhlas amat sukar dicapai kecuali bagi orang-orang yang bersih hatinya. Maka beruntunglah bagi siapa yang mensucikan hatinya =). 

Terdapat banyak nas yang menceritakan perihal ikhlas, antaranya:

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan apapun dalam beribadat kepada Tuhannya." (Al-Kahfi: 110);

"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (Huud: 15-16);

"Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan bernikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya." (Riwayat Abu Daud);

"Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya maka Allah akan memperbaiki apa yang dizahirkannya (terang-terangan)." (Riwayat Al Hakim).


Dalam satu hadis nabi saw, baginda ada menerangkan kepada sahabat, Muaz bin Jabal ra tentang cara mencapai ikhlas. Kesimpulan daripada kisah tersebut, langkah yang perlu diambil ialah:

1. Berterusan mengamalkan amal sunnah walaupun sedikit. 
2. Pertanggungkan dosamu ke atas dirimu, jangan menyalahkan orang lain. 
3. Jagalah lidahmu, jangan mengutuk saudaramu 
4. Jangan menganggap dirimu suci daripada dosa. 
5. Jangan mencela orang lain dan jangan memuji dirimu. 
6. Jangan campur adukkan urusan dunia dengan urusan Akhirat. 
7. Jangan menyombong diri terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW serta mereka yang menyambung perjuangan Rasulullah SAW. 
8. Jangan berbisik dengan orang lain ketika dalam satu majlis yang ramai. 
9. Jangan membesarkan diri kerana orang yang membesarkan diri akan terputus daripada kebaikkan di dunia dan Akhirat.


Sumber:

~menuju cintaNya~

June 20, 2011

Kenali Syiah Bhgn 7: Persamaan Syiah Imamiyah dengan Agama Yahudi

Bismillahir rahmaanir rahiim...

Semacam tidak boleh menerima tajuk di atas bukan? Tetapi PM mohon baca dahulu fakta-fakta di bawah, kemudian sama-sama kita buat kesimpulan.



PERSAMAAN AGAMA SYIAH IMAMIYAH/AL-RAFIDHAH DENGAN AGAMA YAHUDI

1. Yahudi telah mengubah isi kandungan Taurat, begitu juga Syiah yang mempunyai Al-Quran tersendiri selain Mashaf Uthmani iaitu “Mashaf Fatimah”. (Kasyf al-Asrar, hal: 143)

2. Yahudi menuduh Maryam puteri Imran berzina (Maryam:28), manakala Syiah pula melakukan perkara yang sama terhadap isteri Rasulullah saw iaitu ‘Aisyah ra (Tafsir Al-Qummi, II/34).

3. Yahudi mengatakan, “Kami tidak akan disentuh oleh api neraka melainkan hanya beberapa hari saja.” (Al-Baqarah: 80), Syiah pula dengan lebih dahsyat lagi telah mengatakan, “Api neraka telah diharamkan membakar setiap orang Syiah” (Fashl Kitab, hal.157- Kitab Syiah).

4. Yahudi meyakini bahawa Allah (padahal Dia Maha Mengetahui!) mengetahui sesuatu hanya setelah terjadinya sesuatu itu. Orang-orang Syiah menyebutnya sebagai akidah al bada’. Abu Abdillah berkata, “Seseorang belum dianggap beribadah kepada Allah sedikit pun, hingga ia mengakui adanya sifat bada’ bagi Allah.” (Ushulul Kafi fi Kitabit Tauhid: 1/331). 

5. Yahudi berkata “Tidak layak (tidak sah) kerajaan itu melainkan di tangan keluarga Daud.”    (Yehz 37; Amos 9). Syiah berkata, "Tidak layak Imamah itu melainkan pada Ali dan keturunannya.” (Ibid,hlm.120).

6. Yahudi menghalalkan darah setiap muslim (Talmud, hal. 21) . Demikian pula Syiah, mereka menghalalkan darah Ahlussunnah/Sunni (`Ilal al-Syara’i` hal.601, cetakan Najaf dan al-Anwar al-Nu`maniyyah 2/307).

7. Yahudi tidak menetapkan adanya jihad hingga Allah mengutus Dajjal (Jeneral Fuad Rif’at Atlakhan, Islam dan kaum Bani Israel). Syiah Rafidhah mengatakan,”Tidak ada jihad hingga Allah mengutus Imam Mahdi datang.” (Fajr al-Islam, m/s 270)

8. Orang-orang Yahudi memberikan kepemimpinan kepada anak keturunan Nabi Harun as, bukan keturunan Nabi Musa as. Demikian pula orang-orang Syiah, mereka memberikan kepemimpinan kepada keturunan Al-Husein ra, bukan Al-Hasan ra (Bihar al-Anwar, Jil. 25:249).

9. Syiah Imamiyah menetapkan 12 imam mereka untuk menyerupai jumlah pemimpin dari kalangan Bani Israil (Al-Maidah: 12).

10. Orang-orang Yahudi membenci Jibril as (Al-Baqarah:97). Adapun Syiah menuduh Jibril as berkhianat (Ibn Qayyim Al Jauzi dalam kitabnya Talbisu Iblis).

11. Yahudi sangat keras memusuhi kaum Muslimin (Al Maidah: 82). Demikian pula dengan orang-orang Syiah, sangat memusuhi ahlus sunnah waljamaah, bahkan menganggap mereka sebagai najis (al-Anwar al-Nu`maniyyah 2/306).

12. Yahudi dan Syiah, keduanya tidak bersifat adil dalam memberikan kecintaan dan kebencian. Di satu sisi, Yahudi bersikap berlebih-lebihan (ghuluw) terhadap sebagian nabi dan orang-orang soleh mereka. 

Mereka menempatkannya sebagai sembahan yang diagungkan. Seperti perkataan Yahudi yang dikutip dalam al Quran, “’Uzair anak Allah.” (At-Taubah: 30). Namun di sisi lain, mereka mencela sebahagian nabi dan menuduh mereka sebagai penjahat. Demikian pula dengan Syiah, yang berlebih-lebihan mengagungkan Ali ra dan sebahagian keturunan beliau. Namun di sisi lain, mereka mencela sahabat dan kaum Muslimin dengan menuduh mereka munafik dan kafir. 

Juga beberapa lagi persamaan seperti yang dipapar dalam video di bawah:


Firman Allah swt yang bermaksud: "Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada yang disembah selain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w. Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya." (An-Nisaa’: 51-52). 

Kesimpulannya:  Syiah Imamiyah= Yahudi a.k.a. senjata Yahudi untuk menindas dan menghapuskan umat Islam.

Sumber:
http://ilike-concept.blogspot.com/2011/04/persamaan-syiah-dengan-yahudi-dan.html
http://abuthalhah.wordpress.com/2009/07/20/antara-yahudi-dan-syiah/
http://rafidhah.wordpress.com/2007/02/24/syiah-yahudi/
http://ikhwan85.blogspot.com/2011/01/awas-syiah-rafidhah-hampir-menakluk.html
http://www.albakriah.com.my/index.phpoption=com_content&view=article&id=300:talmud-cetuskan-keganasan-yahudi&catid=14:artikel-pilihan&Itemid=37 

Terima kenyataan ini dan marilah kita perangi Syiah Imamiyah!
~menuju cintaNya~

June 18, 2011

Selamat dengan Al-Ma'thurat (4) - Penutup

17. MEMBACA SAYYIDUL ISTIGHFAR: 
"Allahumma anta Rabbiy, laa ilaha illa anta, khalaqtaniy wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu, a’udzubika min syarri maa shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abu’u bidzambiy, faghfirliy fa innahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta"

Dari Syaddad bin Aus ra, dari Nabi saw bersabda:
“Sayyidul Istighfar adalah kau mengatakan: Allahumma anta Rabbiy, laa ilaha illa anta, khalaqtaniy wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu, a’udzubika min syarri maa shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abu’u bidzambiy, faghfirliy fa innahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta (Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau ciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di atas janjiMu, semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui banyaknya nikmat (yang Engkau anugerahkan) kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau.) Baginda bersabda: “Barangsiapa membacanya ketika petang hari dan meyakini kandungannya, kemudian meninggal pada malam itu, maka ia akan masuk syurga. Dan, barangsiapa membacanya pada pagi hari serta meyakini kandungannya, kemudian meninggal pada hari itu, maka ia akan masuk syurga.”
(Riwayat Imam Al Bukhari dalam Shahihnya No. 5947, 5964).

18. MEMBACA : “Astaghfirullah Al ‘Azhim alladzi laa ilaha illa huwa Al Hayyul Qayyum wa Atuubu ilaihi.” 

Dari Ibnu Mas’ud ra, bahawa Rasulullah saw bersabda: 
“Barang siapa yang berkata: Astaghfirullahal ‘Azhim alladzi laa ilaha illa huwa al hayyu al qayyum wa atuubu ilaih, sebanyak tiga kali, nescaya diampuni dosa-dosanya walaupun dosanya semerbak merata.” 
(Riwayat Al Hakim dalam Al Mustadrak No. 2550) 

19. MEMBACA SELAWAT IBRAHIMIYAH: 
“Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala aali Sayyidina Muhammad, kama shallaita ‘ala sayyidina Ibrahim wa ‘ala aali sayyidina Ibrahim, wa baarik ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala Aali sayyidina Muhammad, kama baarakta ‘ala sayyidina Ibrahim wa ‘ala aali sayyidina Ibrahim il ‘aalamiina innaka hamiidum majiid.” 

Dari Abu Humaid As Sa’idi ra, bahawa mereka (para sahabat) bertanya: 
“Ya Rasulullah, bagaimana berselawat kepadamu?”, Nabi menjawab: “Katakanlah: Allahumma shalli ‘Ala Muhammad wa azwajihi wa dzurriyatihi kama shalaita ‘ala Ali Ibrahim wa baarik ‘ala Muhammadin wa azwajihi wa dzurriyatihi kama baarakta ‘ala Ali Ibrahim innaka hamiidum majid.” 
(Riwayat Bukhari No. 3189, 5999, Muslim No. 407. Abu Daud No. 979. An Nasa’i No. 1294. Ibnu Majah No. 905. Malik dalam Al Muwaththa’ No. 395).

20. MEMBACA:
“Subhanallah wal hamdulillah wa laa Ilaha Illallah wallahu akbar.” (100 kali)

Bercerita kepada kami Muhammad bin Abdurrahman bin Asy’ats, bercerita kepada kami Abu Mashar, bercerita kepada kami Hiql bin Ziyad, bercerita kepadaku Al Auza’i, dari Amru bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, dia berkata: bersabda Rasulullah saw: “Barang siapa yang mengucapkan Subhanallah (100 X) sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya, itu lebih utama dibanding seratus unta. Barang siapa yang mengucapkan Alhamdulillah (100X) sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya, itu lebih utama dibanding kuda perang yang dia bawa. Barang siapa yang mengucapkan Allahu Akbar (100X) sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya, itu lebih utama dibanding memerdekakan seratus budak. Barang siapa yang mengucapkan Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai’in qadiir (100X) sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya, maka tidak seorang pun yang mampu mendatangkan amal yang lebih utama darinya pada hari kiamat nanti kecuali orang yang mengucapkan seperti yang diucapkannya atau lebih.” 
(Riwayat An Nasa’i dalam As Sunan Al Kubra No. 10657).

21. MEMBACA: 
“Laa ilaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul Mulku wa lahul hamdu, wa huwa kulli syai’in qadiir.” (Tidak ada Ilah kecuali Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, Dialah pemilik kerajaan dan bagiNya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu). 

Berkata kepada kami Makkiy bin Ibrahim, berkata kepada kami Abdullah yakni Ibnu Sa’id, dari Sumayyin, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah, dia berkata: Bersabda Rasulullah saw: “Barang siapa yang mengatakan: Laa ilaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul Mulku wa lahul hamdu, wa huwa kulli syai’in qadiir. Bagi siapa yang membacanya sepuluh kali ketika pagi, maka dicata baginya seratus kebaikan dan dihapuskannya seratus kejelekan. Dan baginya itu setara dengan membebaskan budak dan dia dijaga dengannya pada hari itu sampai petang hari. Dan, barang siapa yang membacanya ketika petang, maka halnya seperti itu juga.” 
(Riwayat Ahmad No. 8719, An Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah No. 26) 

22. MEMBACA: 
“Subhanaka Allahumma wa bihamdika, asyhadu alla ilaha illa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaika.” (Mahasuci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.” (3x) 

Dari Abu Barzah Al Aslami ra, katanya: 
Adalah Rasulullah saw mengucapkan pada akhir jika dia hendak bangun dari majlis: “Maha Suci Engkau, Ya Allah dengan memujiMu, Aku bersaksi Tiada Ilah Kecuali Engkau, aku memohon ampunanMu, dan aku bertaubat kepadaMu.” Ada seseorang yang bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau mengatakan perkataan yang tidak engkau katakan pada waktu yang lalu.” Beliau menjawab: “Itu sebagai kifaarah (penebus kesalahan) terhadap apa yang terjadi di majlis.” 
(Riwayat Abu Daud No. 4859, Ibnu Abi Syaibah, Al Mushannaf, 7/49) 

23. MEMBACA SELAWAT KEPADA NABI SAW, KELUARGA DAN SAHABAT

اَللّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ عَبْدِÙƒَ ÙˆَرَسُÙˆْÙ„ِÙƒَ النَّبِÙŠِّ اْلأُÙ…ِّÙŠِّ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ ÙˆَصَØ­ْبِÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ تَسْÙ„ِÙŠْÙ…ًا عَدَدَ Ù…َا Ø£َØ­َاطَ بِÙ‡ِ عِÙ„ْÙ…ُÙƒَ ÙˆَØ®َØ·َّ بِÙ‡ِ Ù‚َÙ„َÙ…ُÙƒَ ÙˆَØ£َØ­ْصَاهُ ÙƒِتَابُÙƒَ, Ùˆَارْضَ اللّÙ‡ُÙ…َّ عَÙ†ْ سَادَاتِÙ†َا Ø£َبِÙŠ بَÙƒْرٍ ÙˆَعُÙ…َرَ ÙˆَعُØ«ْÙ…َانَ ÙˆَعَÙ„ِÙŠٍّ, ÙˆَعَÙ†ِ الصَّØ­َابَØ©ِ Ø£َجْÙ…َعِÙŠْÙ†َ, ÙˆَعَÙ†ِ التَّابِعِÙŠْÙ†َ ÙˆَتَابِعِÙŠْÙ‡ِÙ…ْ بِØ¥ِØ­ْسَانٍ Ø¥ِÙ„َÙ‰ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّÙŠْÙ†ِ 
“Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad; hamba-Mu, dan Rasul-Mu, Nabi yang ummi. Juga kepada keluarga dan para sahabatnya, serta berilah keselamatan sebanyak yang terjangkau oleh ilmu-Mu; yang tergores oleh pena-Mu; dan yang terangkum oleh kitab-Mu. Ridhailah -ya Allah- para pemimpin kami: Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali, serta semua sahabat, semua tabi’in, dan orang-orang yang mengikuti mereka sampai hari Pembalasan.” 

Ini adalah susunan doa yang dibuat oleh Al Ustadz Asy Syaikh Hasan Al Banna Rahimahullah berupa selawat kepada Nabi Muhammad saw, keluarganya, para sahabat, khususnya khalifah yang empat, para tabi’in, dan para pengikut mereka. 

Susunan seperti ini atau yang seumpamanya, yang dibuat pada akhir tulisan, buku, doa, dan ceramah, adalah biasa kita jumpa pada karya para ulama terdahulu dan sekarang. Para ulama, seperti Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, juga para ulama di Lajnah Daimah kerajaan Saudi Arabia, biasa menutup fatwa mereka dengan menulis selawat kepada nabi, keluarga, dan para sahabatnya. Berselawat kepada Nabi Muhammad saw dan keluarga adalah disyariatkan baik dalam Al Quran dan As Sunnah, sebagaimana penjelasan sebelum ini.  Mendoakan agar Allah Ta’ala meredhai para sahabat, tabi’in, dan orang-orang mulia, juga merupakan amal yang dibenarkan syariat dan ditunjukkan oleh para imam sejak dahulu. Sudah menjadi kebiasaan menyebut radhiallahu ‘anhu (ra) jika disebut nama sahabat nabi, bahkan sebahagian tabi’in, dan imam kaum muslimin juga didoakan demikian.

Tamat. Wallahualam~~

~menuju cintaNya~

June 16, 2011

Song: Freedom


Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, woman or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall ooh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall ooh

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom

This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call

And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall ooh

Calling for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
Calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall ooh
We know you’re here with us



Calling for my freedom
~towards His love~

June 14, 2011

Selamat dengan Al-Ma'thurat (3)


11. MEMBACA: “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi wa ridha nafsihi wazinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi.” 

Dari Juwairiyah Radhiallahu ‘Anha (isteri nabi), bahwa Nabi saw keluar darinya pagi-pagi sekali ketika solat subuh, saat itu dia sedang di tempat solatnya. Lalu ketika dhuha Nabi kembali dan dia masih duduk. Maka Nabi bersabda kepadanya: “Kau masih duduk saja sebagaimana tadi aku tinggalkan.” Juwairiyah menjawab: “Ya.” Lalu, Nabi saw bersabda: “Saya telah katakan setelahmu empat kalimat sebanyak tiga kali, yang seandainya kalimat itu ditimbang dengan apa yang kamu lakukan sejak tadi nescaya lebih berat. Yakni: 
“Maha Suci Allah dan Segala Puji bagiNya, sebanyak bilangan makhlukNya, seridha diriNya, setimbangan ‘arsyNya, dan sebanyak tinta dari kata-kataNya.” 
(Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Adz Dzikru wad Du’a wat Taubah wal Istighfar Bab At Tasbih Awwal An Nahar wa ‘Inda Naum, No. 2726)  

12. MEMBACA: “Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.” 

Dari Utsman bin ‘Affan ra, bahawa Rasulullah saw bersabda: 
“Tidaklah seorang hamba membaca pada pagi setiap hari dan petang tiap malam: Dengan nama Allah Yang bersama NamaNya sesuatu apa pun tidak akan celaka baik di bumi dan di langit. Dialah Maha Medengar lagi Maha Mengetahui. (3X), nescaya tidak ada sesuatu pun yang mencelakakannya."
(Riwayat Imam At Tirmdizi dalam Sunannya, Kitab Ad Da’awat ‘an Rasulillah Bab Maa Ja’a fi Ad Du’a Idza Ashbaha wa Idza Amsa, No. 3448)  

13. MEMBACA DOA: “Allahumma inna na’udzubika an nusyrika bika syai’an na’lamuh wa nastagfiruka lima laa na’lamuh.” 

Bercerita kepada kami Abdullah bin Numair, bercerita kepada kami Abdul Malik yakni Sulaiman Al ‘Arzami, dari Abu Ali, seorang lelaki dari Bani Kahil, dia berkata: Abu Musa Al Asy’ari berpidato kepada kami: “Wahai manusia takutlah kalian dengan syirik ini, sesungguhnya dia lebih tersembunyi dari semut yang merayap.” Maka berdirilah di hadapannya Abdullah bin Huzn dan Qais bin Al Mudhar, mereka berdua berkata: “Demi Allah, engkau telah menyampaikan kepada kami apa yang kau katakan atau kami akan mendatangi Umar baik kau izinkan atau tidak dizinkan.” Abu Musa berkata: “Justeru saya menyampaikan apa yang saya katakana ini, bahawa Rasulullah saw telah berpidato kepada kami pada suatu hari, lalu dia bersabda: “Wahai manusia, takutlah kalian dengan syirik ini, karena dia lebih samar dari semut yang merayap.” Lalu ada orang yang bertanya kepadanya: “Wahai Rasulullah, siapa yang dikehendaki Allah dia akan mengatakannya, lalu bagaimana menghindarinya jika itu lebih samar dari semut yang merayap?” Baginda bersabda: Katakanlah: 
“Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampunanMu dari apa-apa yang tidak kami ketahui.” 
(Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya No. 19606)

14. MEMBACA DOA: “A’udzu bikalimatillahi taammah min syarri maa khalaq.” 

Berkata kepada kami Yahya bin Musa, telah mengabarkan kepada kami Yazid bin Harun, telah mengabarkan kepada kami Hisyam bin Hassan, dari Suhail bin Abi Shalih, dari ayahnya, dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, baginda bersabda: “Barang siapa yang mengatakan pada petang hari sebanyak tiga kali: “Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari keburukan apa-apa yang Dia ciptakan.” Maka dia tidak akan dicelakakan oleh gigitan beracun pada malam itu. 
(Riwayat Imam At Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Ad da’awat ‘An Rasulillah Bab Fil Isti’adzah No. 3605).

15. MEMBACA DOA : “Allahumma inni a’udzu bika minal hammi wal hazan wa a’udzu bika minal ‘ajzi wal kasal wa a’udzu bika minal jubni wal bukhli wa a’udzu bika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.” 

Telah berkata kepada kami Ahmad bin Ubaidillah Al Ghudani, telah mengabarkan kepada kami Ghassan bin ‘Auf, telah mengabarkan kepada kami Al Jariri, dari Abu Nadhrah, dari Abu Sa’id Al Khudri, dia berkata: Pada suatu hari Rasulullah saw masuk ke masjid, saat itu dia bersama seorang lelaki dari Anshar yang dipanggil Abu Umamah. Lalu baginda bersabda: 
“Wahai Abu Umamah, tidaklah saya melihat engkau duduk di masjid selain di waktu solat saja?” Beliau menjawab: “Saya selalu gelisah dan berhutang ya Rasulullah.” Lalu Nabi bersabda: “Mahukah kamu saya ajarkan ucapan yang jika engkau katakan Allah ‘Azza wa Jalla akan hapuskan kegelisahanmu dan melunaskan hutangmu?” Dia menjawab: “Tentu ya Rasulullah.” Rasulullah bersabda: “Bacalah setiap pagi dan petang: Ya Allah sesungguhnya saya berlindung kepadaMu dari gelisah dan rasa sedih, dan aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung kepadaMu dari rasa takut dan sulit, dan aku berlindung kepadaMu dari lilitan hutang (ghalabatid dain) dan tekanan manusia (qahrir rijaal).” Berkata Abu Umamah: “Lalu saya lakukan hal itu, maka Allah ‘Azza wa Jalla menghilangkan kegelisahan dan hutang saya.” 
(Riwayat Imam Abu Daud, Kitabush Shalah Bab Fil Isti’azah No. 1555).

16. MEMBACA DOA:
“Allahumma ‘aafini fi badani, Allahumma ‘aafini fi sam’iy, Allahumma ‘aafini fi bashariy.” (3X)
“Allahumma inni a’udzubika minal kufri wal faqri, wa a’udzubika min ‘adzabil qabri, laa ilaha illa anta.” (3X)


Bercerita kepada kami Abu ‘Aamir, bercerita kepada kami Abdul Jalil, bercerita kepadaku Ja’far bin Maimun, bercerita kepadaku Abdurrahman bin Abi Bakrah, bahwa dia berkata kepada ayahnya (yaitu Abu Bakrah): “Wahai ayah, saya mendengar engkau berdoa setiap pagi: “Allahumma ‘aafini fi badani, Allahumma ‘aafini fi sam’iy, Allahumma ‘aafini fi bashariy, laa ilaha illa anta.” (Ya Allah berikanlah kesehatan bagi badanku, bagi pendengaranku, bagi penglihatanku, dan tidak ada Ilah kecuali Engkau) diulangi sampai tiga kali ketika pagi dan tiga kali ketika petang. Engkau juga mengucapkan: “Allahumma inni a’udzubika minal kufri wal faqri, wa a’udzubika min ‘adzabil qabri, laa ilaha illa anta.” (Ya Allah sungguh aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefaqiran, Ya Allah sungguh aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, tidak ada Ilah kecuali Engkau) diulangi sampai tiga kali ketika pagi dan tiga kali ketika petang.”
Dia (Abu Bakrah) menjawab: “Benar, wahai anakku, sesungguhnya aku mendengar Nabi saw berdoa dengan semua itu, maka aku suka jika aku berjalan di atas sunnahnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya No. 20430)


[...akan bersambung...]
~menuju cintanya~

June 12, 2011

Hidup jadi...



Hidup jadi susah
Jika tidak mencari keredhaan Allah; 

Hidup jadi resah
Jika lupa bersyukur pada Allah; 

Hidup jadi goyah
Jika tiada keyakinan terhadap Allah; 

Hidup jadi lelah
Jika mula mengharap selain Allah; 

Hidup jadi punah
Jika sudah putus asa dari rahmat Allah; 



Tetapi ketahuilah... 

Hidup jadi INDAH, 
Jika segala-galanya hanya kerana ALLAH. 



“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.”
~menuju cintaNya~


June 10, 2011

"Oklah kalau macam tu, I maafkanlah you"


Ibn Abi Al-Dunya menyebutkan dalam kitab “Husnu al-Zan Billah” sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya:

“Ketika Rasulullah SAW sedang duduk pada suatu hari, tiba-tiba aku melihat baginda tertawa sehingga kelihatan gigi tengahnya.

Lalu dikatakan kepada baginda: Mengapakah engkau tertawa ya Rasulullah?

Baginda bersabda: Ada dua orang lelaki dari umatku berlutut di hadapan Tuhanku Yang Maha Agung,

lalu salah seorangnya berkata:Wahai Tuhanku, ambillah untukku penganiayaan terhadapku dari saudaraku ini.

Lalu Allah berfirman: Berikan kepada saudaramu penganiayaannya.

Saudaranya menjawab: Wahai Tuhanku, aku sudah tidak memiliki apa-apa kebajikan lagi.

Saudaranya yang menuntut berkata: Wahai Tuhanku, biarlah dia menanggung dosa-dosaku.

Di saat itu mengalirlah air mata Rasulullah SAW.

Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya hari itu benar-benar hari yang manusia mahukan supaya dosa-dosa mereka ditanggung oleh orang lain.

Kemudian Allah berfirman kepada orang yang menuntut haknya itu: Angkatlah pandanganmu dan lihatlah kepada syurga-syurga itu.

Lalu dia pun mengangkat pandangannya lalu nampaklah dia kebaikan dan kenikmatan yang membuatkannya terpegun.

Lantas dia bertanya: Untuk siapakah semua ini hai Tuhanku?

Allah menjawab: Untuk orang yang sanggup membayar kepadaKu akan harganya.

Orang itu bertanya: Siapakah yang mampu untuk membayar harganya?

Allah berfirman: Kamulah orangnya.

Katanya: Dengan apa?

Kata Allah: Dengan cara engkau memaafkan saudaramu.

Dia menjawab: Sesungguhnya aku telah memaafkannya.

Allah berfirman: Peganglah tangan saudaramu dan bawakan dia masuk ke syurga.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: Bertawakallah kamu kepada Allah dan perbaikilah hubungan sesama kamu kerana sesungguhnya nanti Allah akan memperbaiki hubungan antara orang-orang mukmin pada hari kiamat.”

Maafkanlah saudaramu...

(Mattan dan sanad hadis dipetik daripada buku Pustaka Ilmi: “Detik-detik cemas di Padang Mahsyar” Penyusun Muhammad Ramzi Omar m/s 203-204)

~tukang taip~

Selamat dengan Al-Ma'thurat (2)


Bismillahir rahmaanir rahiim...

Boleh baca secara terperinci di:  http://abuhudzaifi.multiply.com/tag/al%20ma'tsurat

Imam Hassan al-Banna telah menyusun daripada banyak hadis Rasulullah saw di dalam kitab-kitab sunan yang diamalkan oleh Rasulullah dan kelebihan-kelebihan beramal dengannya.  Berikut adalah antara takhrij (sumber) zikir dan doa dalam al-ma'thurat:

1. MEMBACA: “A’udzu billahis samii’il ‘alimi minasy syaithanirrajim.”

Telah berkata kepadaku Muhammad bin Musa Al Bashri, telah berkata kepadaku Ja’far bin Sulaiman Adh Dhuba’i, dari Ali bin Ali Ar Rifa’i, dari Abi Al Mutawakkil, dari Abu Said Al Khudri, katanya: "Jika rasulullah mendirikan solat malam, maka dia bertakbir lalu membaca: Subhanakallahumma wa bihamdika wa Tabarakasmuka wa Jadduka wa laa Ilaha Ghairuka, kemudian membaca Allahu akbar kabira, lalu membaca: A’dzubillahis Sami’il ‘Alimi minasy Syaithanir Rajim min hamzihi wa nafkhihi wa naftsih." 
(Riwayat At Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Ash Shalah Bab Maa Yaquulu ‘Inda Iftitah Ash Shalah, No. 242)

2. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH 

Surat Al Fatihah memiliki banyak keutamaan, diantaranya: 

a. Dia disebut A’zhamus Surah (Surat yang paling agung). 

(Riwayat Imam Bukhari, Kitab At Tafsir Bab Maa Ja’a fi Fatihatil Kitab, No. 4204, lihat juga Kitab Tafsir Bab Yaa Ayyuhalladzina Amanu Istajibuu Lillahi war Rasul ..., No. 4370, lihat juga Kitab Tafsir Bab Qauluhu Laqad Atainaka Sab’an minal Matsani wal Quranil ‘Azhim, No. 4426, lihat juga Kitab Fadhail Al Quran Bab Fadhli Fatihatil Kitab, No. 4720) 

b. Sebagai Ruqyah. Sehingga dibolehkan membacanya jika kita sedang sakit. 
(Riwayat Imam Bukhari, Kitab Fadhail Al Quran Bab Fadhli Fatihatil Kitab, No. 2156, lihat juga Kitab Fadhail Al Quran Bab Fadhli Fatihatil Kitab, No. 4721) 

c. Surat istimewa yang tidak pernah Allah Ta’ala turunkan sebelumnya dalam Taurat, zabur, dan Injil, bahkan tidak ada yang sepertinya di dalam Al Quran sendiri. 
(Riwayat Imam At Tirmidzi, Kitab Fadhail Al Quran ‘an Rasulillah Bab Maa Ja’a Fi Fadhli Fatihatil Kitab , No. 3036, dari jalur Abu Hurairah)

d. Disebut sebagai induknya Al Quran (Ummul Quran atau Ummul Kitab). 
(Riwayat Imam Bukhari, Kitab Tafsirul Quran Bab Qauluhu Laqad Ataina sab’an minal Mastani ..., No. 4427)

e. Bersama akhir surat Al Baqarah, dia disebut dua cahaya yang belum pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad saw. 
(Riwayat Imam Muslim, Kitab Ash Shalah Al Musafirin wa Qashruha Bab Fadhli Al Fatihah wa Khawatim Al Baqarah ..., No. 806)

3. Membaca 10 ayat dari surat Al Baqarah, yakni ayat 2-5, lalu ayat kursi tambah dua ayat setelahnya (ayat 255-257), dan 3 ayat terakhir (ayat 284-286). 

Tentang keutamaan membaca surat Al Baqarah tersebut, telah ditegaskan oleh Rasulullah saw, dalam hadisnya berikut: 

Dari Abdullah bin Mas’ud ra secara marfu’: 
“Sesungguhnya pada segala sesuatu memiliki puncak, dan puncak Al Quran adalah surah Al Baqarah. Sesungguhnya syaitan jika mendengar surah Al Baqarah dibacakan, dia akan keluar dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah Al Baqarah.” 
(Riwayat Imam Al Hakim, Al Mustadrak ‘Alash Shahihain, Kitab Fadhailul Qur’an Bab Akhbaru fi Fadhli Surati Al Baqarah, No. 2060)

4. MEMBACA AL-IKHLAS, AL-FALAQ DAN AN-NAS

Dari Abdullah bin Khubaib, dia berkata: 
Kami keluar pada malam hari yang hujan dan sangat gelap agar Rasulullah saw solat bersama kami, dan kami bertemu dengannya. Dia bertanya: “Sudahkah kamu solat?” Aku tidak menjawab apa-apa. Beliau bersabda lagi: “Katakanlah!” Aku juga tidak mengatakan apa-apa. Lalu dia bersabda lagi: “Katakanlah!” Aku juga tidak mengatakan apa-apa. Lalu Beliau bersabda lagi: “Katakanlah!” maka aku berkata: “Ya Rasulullah apa yang aku katakan?” Beliau bersabda: katakanlah “Qul Huwallahu Ahad, dan Al Mu’awwidzatain (Al Falaq dan An Nas) pada petang hari dan pagi hari tiga kali, maka hal itu telah mencukupimu dari segala sesuatu.” 
(Riwayat Imam Abu Daud, Kitab Al Adab Bab Ma Yaqulu Idza Ashbah, No. 5082) 

5. JIKA PAGI MEMBACA: “ Ashbahna wa Ashbahal Mulku Lillahi wal hamdu lillahi Laa Syarika Lahu Laa Ilaha Illa Huwa waIilaihin nusyur” 
JIKA PETANG MEMBACA: “Amsayna wa Amsal Mulku Lillahi wal Hamdu Lillahil Laa Syarika Lahu Laa Ilaha Illa Huwa wa Ilaihil mashir.” 

Hadisnya adalah: 
Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah saw bahawa baginda jika di pagi hari berkata: “ Ashbahna wa Ashbahal Mulku Lillahi wal hamdu lillahi Laa Syarika Lahu Laa Ilaha Illa Huwa wa ilaihin nusyur” Jika petang membaca; “Amsayna wa Amsal Mulku Lillahi wal Hamdu Lillahil Laa Syarika Lahu Laa Ilaha Illa Huwa wa Ilaihil mashir.” 
(Riwayat Imam Al Bazzar, sanadnya Jayyid (baik). )

6. MEMBACA: “Ashbahna ‘ala Kalimatil Islam wa ‘ala Kalimatil Ikhlash wa ‘ala Dini Nabiyyina Muhammad Shallalahu ‘Alaihi wa Sallam wa ‘ala Millati Abina Ibrahima Hanifa wa Maa Kaana minal Musyrikin.” 

Dari Abdurrahman bin Abza dia berkata: 
Bahawa Nabi saw jika pagi hari dan petang hari baginda berkata: “Ashbahna ‘ala Kalimatil Islam wa ‘ala Kalimatil Ikhlash wa ‘ala Dini Nabiyyina Muhammad Shallalahu ‘Alaihi wa Sallam wa ‘ala Millati Abina Ibrahima Hanifa wa Maa Kaana minal Musyrikin.” 
(Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, No. 14818, 14821, 14822, 14825, 20219, dari jalur Ubai bin Ka’ab r.a.)

7. JIKA PAGI MEMBACA: “Allahumma Inni ashbahtu minka fi nimatin wa ‘aafiyatin wa sitrin, fa atimma ‘alayya ni’mataka wa ‘aafiyataka wa sitraka fid dun-ya wal akhirah.” (3X) 

Telah berkata kepadaku ‘Ubaidilllah bin Syabib bin Abdul Malik, dari Yazid bin Sinan, telah berkata kepadaku ‘Amru bin Al Hushain, telah berkata kepadaku Ibrahim bin Abdul Malik, dari Qatadah, dari Said bin Abu Al Hasan, dari Ibnu Abbas, dari Rasulullah saw: “Ya Allah sesungguhnya aku berpagi hari dariMu dalam kenikmatan, pertolongan, dan perlindungan. Maka sempurnakanlah bagiku nikmatMu, pertolonganMu, dan perlindunganMu, di dunia dan akhirat.” (3x ketika pagi dan petang, maka hak Allah ‘Azza wa Jalla untuk menyempurnakan nikmatNya atasnya) 
(Riwayat Imam Ibnu Sunni, ‘Amalul Yaum wal Lailah, No. 55)

8. MEMBACA: “Allahumma maa ashbaha bi min ni’matin aw bi ahadin min khalqika faminka wahdaka laa syarikalak falakalhamdu wa lakasy syukru” 

Telah mengkhabarkan kepada saya ‘Amru bin Manshur, dia berkata: Berkata kepadaku Abdullah bin Maslamah, telah berkata kepadaku Sulaiman, dari Rabi’ah, dari Abdullah bin ‘Anbasah, dari Abdullah bin Ghannam Al Bayadhi, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang berkata pada pagi hari: “Ya Allah, kenikmatan yang ada padaku atau yang ada pada salah satu hambaMu, yang dengannya aku berpagi hari, maka itu adalah dariMu semata. Engkau tidak ada sekutu, maka bagiMu segala puji dan bagiMu rasa syukur.” Akan dia telah menunaikan syukur pada siang harinya, dan barangsiapa yang membacanya pada petang, maka dia telah menunaikan syukur pada malam harinya." 
(Riwayat Imam An Nasa’i, As Sunan Al Kubra, No. 9835)  

9. MEMBACA: “Ya Rabbi Lakal Hamdu Kamaa Yanbaghi Li Jalali Wajhika wa Li ‘Azhimi Sulthanika.” 

Dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah saw menceritakan ada hamba Allah yang membaca: 
“Ya Tuhanku, Segala puji bagiMu sebagaimana kemuliaan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu.” 
Lalu Dua malaikat tidak sanggup mencatatnya dan tidak tahu cara mencatat pahala ucapan ini. Lalu dua malaikat ini naik ke langit dan mengadu: “Ya Tuhanku, sesungguhnya hambaMu telah mengucapkan perkataan yang kami tidak tahu bagaimana mencatatnya.” Lalu Allah berfirman- dan Dia Maha Tahu perkataan hambaNya- : “Apa yang dikatakan oleh hambaKu?” Dua malaikat itu berkata: “Ya Tuhanku, Segala puji bagiMu sebagaimana seyogyanya kemuliaan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu.” Allah pun berfirman: “Catatlah sesuai apa yang diucapkan hambaKu, hingga dia bertemu denganKu, dan Aku sendiri yang akan membalas ucapannya.” 
(Riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitabul Adab Bab Fadhlu Al Hamidin, No. 3801)

10. MEMBACA: “Radhiitu billahi Rabba wabil Islami Diina wa bi Muhammadin Rasuula.” 

Dari Abu Sallam r.a., pelayan Rasulullah, mengatakan bahwa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang pagi dan petangnya membaca:“Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul.” Melainkan Allah pasti akan meredhainya. 
(Riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya, Kitab Al Adab Bab Ma Yaqulu Idza Ashbaha, No. 5072, dengan lafaz: Radhiina billahi ..)

[akan bersambung...]

~menuju cintaNya~