Bimillahir rahmaanir rahiim...
Al-Ma’thurat ialah himpunan doa ma’thur (wirid di dalam al-Quran dan hadis sahih semata-mata) yang diajar oleh Allah dan Nabi.
Al-Ma’thurat telah diperkenalkan oleh pengasas kepada gerakan Islam pasca kejatuhan khilafah, al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna. Beliau mengesyorkan zikir al-Ma’thurat kepada umat Islam untuk diamalkan pada setiap pagi dan petang sebagai makanan rohani dan penguat jiwa kita semua.
Antara kelebihan membaca zikir Al-Ma’thurat ialah:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Hanya orang-orang yang selalu (istiqamah) mengamalkan zikir ini sahaja yang akan dapat merasai perbezaan hari-hari mereka yang diisi dengan al-ma'thurat dan yang tidak. Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut pahala amalan membaca zikir ma’thurat ini mudah-mudahan Allah swt mendatangkan rasa selamat dan bahagia dalam hati kita dalam menempuh masa depan yang kian mencabar.
"Tidaklah duduk sesuatu kaum itu (berkumpul) berzikir mengingati Allah Azza wa Jall, melainkan dinaungi mereka dengan malaikat, dilimpahi dengan rahmah, dianugerahkan ketenangan dan Allah mengingati mereka terhadap apa yang di sisi mereka." (Riwayat Muslim)
Sumber:
~menuju cintaNya~
Adakah amalan membaca ma'thurat satu bida'ah.
ReplyDeleteJawapan: Ya tetapi ia bida'ah yang dibolehkan kerana tidak bertentangan dengan syara'.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12629.0