May 19, 2011

Kenali Syiah Bhgn 5: Ahmadinejad Pemimpin Idola?


Bismillahir rahmaanir rahiim...


Anda sudah tentu kenal dengan raut muka ini bukan? 


LATAR BELAKANG

Beliau adalah Presiden Iran iaitu Mahmood Ahmadinejad. Nama sebenar beliau ialah Sabourjian.  Lahir di sebuah perkampungan Aradan, dalam wilayah Semnan berdekatan Garmsar, sebelah timur kota Teheran pada 28 Oktober 1956, Ahmadinejad adalah anak keempat daripada tujuh adik-beradik. 

Bapanya seorang tukang besi, tukang emas, dan juga seorang tukang gunting rambut dan mengajar Al-Quran. Ibunya, Khanom, ialah seorang ‘saiyidah’, satu pangkat yang dimuliakan kerana dikatakan mempunyai salasilah terus dari nabi Muhammad s.a.w. 

Ketika berusia empat tahun, beliau berpindah ke Tehran bersama keluarganya. Nama Ahmadinejad dipilih menggantikan Sabourjian untuk mengelak diskriminasi kerana nama tersebut menggambarkan taraf rendah dalam masyarakat. Sabour bermaksud pelukis dalam bahasa Parsi, iaitu satu pekerjaan biasa dalam masyarakat Semnan. 

Pada tahun 1976, Ahmadinejad mengambil peperiksaan kemasukan ke university di Iran. Beliau memperoleh tempat ke 132 daripada 400,000 calon dan dimasukkan ke Iran University of Science and Technology (IUST) sebagai mahhasiswa bagi kursus kejuruteraan awam. Beliau mengambil PhD (1997) dalam bidang kejuruteraan dan perancangan pengangkutan(pengurusan trafik) dari IUST, bertempat di Tehran

Beliau berkahwin dengan wanita bernama Azam al-Sadat Farahi dan dikurniakan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

GAMBARAN KEPERIBADIAN

1) Semasa pertama kali menduduki pejabat Presiden beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid di Teheran dan menggantikan dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2) Beliau menutup ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu menggantikan dengan ruangan biasa dengan 2 kerusi kayu.

3) Di banyak kesempatan beliau beramah mesra dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat Presiden.

4) Menteri-menteri beliau diminta menandatangani dokumen arahan, terutama yang menekankan hidup sederhana, penyata peribadi hatta kerabat dekat pun diawasi.

5) Langkah pertama ambil-alih pentadbiran adalah mengumumkan kekayaan dan aset. Terdiri dari sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun lalu di daerah Kumuh di Teheran. Penyata bank wang yang berjumlah kecil, dan satu-satunya wang masuk adalah gaji bulanannya.

6) Gajinya sebagai pensyarah disebuah universiti hanya berjumlah US$ 250.

7) Beliau masih tinggal di rumah sendiri. Hanya itulah saja yang dimiliki. Beliau tidak mengambil gaji, alasannya adalah kerana semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.

8) Beg yang selalu dibawa tiap hari hanya berisikan sarapan roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya. Beliau makan dengan gembira, dan menghentikan kebiasaan menerima makanan khas yang disediakan untuk Presiden.

9) Beliau menukar pesawat terbang Presiden kepadai pesawat kargo yang menjimatkan negara. Selain itu, beliau sendiri menggunakaan penerbangan biasa kelas ekonomi.

10) Sentiasa bermesyuarat dengan menteri-menteri, mendapatkan maklumat tentang kegiatan dan tugasan yang sudah dilakukan. Memotong protokol istana sehingga menteri-menteri beliau mudah untuk berjumpa terus dengannya tanpa halangan. Menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi fotografi, publisiti peribadi, atau hal-hal seperti itu ketika mengunjungi pelbagai tempat di negara beliau.

11) Jika terpaksa menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik dengan tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana tidak suka tidur di atas tilam. Beliau lebih suka tidur di atas lantai beralaskan karpet dan selimut. 

12) Beliau tidur di ruang tamu rumahnya setelah selesai diiring oleh pengawal-pengawal peribadi. Menurut akhbar Wifaq, foto-foto diambil oleh adiknya, kemudian disebarkan di seluruh dunia, termasuk Amerika.

13) Dikatakan, sepanjang solat, anda jarang dapat lihat beliau duduk di barisan depan. Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau terus bersolat dimana-mana pun, walaupun hanya beralaskan karpet biasa.

14) Beliau juga tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukkan kepala sebagai rasa hormat.

KETOKOHAN

Beliau bergiat aktif menjadi aktivis mahasiswa dan pergerakan politik sejak revolusi Iran pada tahun 1979. Ada yang berpendapat bahawa beliau pernah tinggal di Kedutaan besar Amerika di Teheran pada masa revolusi Islam Iran yang dipimpin Imam Khomeini. Beliau juga pernah menjadi Gabenor Jeneral Ardabil ketika perang Iran-Iraq pada tahun 1980-1988. Puncak karier politik beliau sebelum terpilih menjadi presiden baru Iran ialah sebagai Datuk Bandar Teheran sejak April 2003.

Ahmadinejad disimbolkan sebagai tokoh yang bersih (meskipun keras dan konservatif) berhadapan dengan mantan presiden Rafsanjani yang dianggap oleh banyak kalangan di Iran sebagai korup.

Beliau diharapkan mampu menyuarakan kepentingan rakyat kecil untuk memberantas kemiskinan dan ketempangan sosial di Iran. Masyarakat Iran kurang berpuas hati dengan kepemimpinan presiden-presiden terdahulu dari kaum moderat dan reformis yang mereka anggap gagal meningkatkan taraf hidup ekonomi Iran padahal negara itu merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di dunia.

Selain itu, Ahmadinejad juga dilihat mampu bersikap keras terhadap Barat dan mengembalikan rasa percaya diri bangsa Iran. Di dalam kempen beliau untuk pemilihan presiden, Ahmadinejad dengan lantang mengkritik pemerintah berkuasa yang sangat lembik terhadap tekanan Eropah dan Amerika terutama dalam masalah program nuklear. Kempen beliau telah mendapat sambutan hangat yang luar biasa dari para pendukungnya. Dalam kempen itu juga, Ahmadinejad mengatakan bahawa jika dia terpilih menjadi presiden, beliau akan memastikan bahawa kritikan Barat atau Eropah tidak akan mempengaruhi dasar pemerintahan negara.

Memberi komen berkenaan program nuklear Iran, Ahmadinejad mengatakan: "Nuclear energy is a result of Iranian people’s scientific development, and no one can block the way of a nation’s scientific development". Ahmadinejad dengan penuh percaya diri berkata demikian ketika baru saja dilantik menjadi Presiden Iran. Kritikan Presiden Amerika kepada beliau terhadap isu ini telah dijadikan senjata pembakar semangat beliau dengan mengatakan bahawa, “Setiap suara yang diberikan oleh rakyat Iran sama dengan sebuah peluru untuk menampar Amerika.” Lebih jauh Ahmadinejad mengatakan: “What they (Western countries) have is not democracy, but rule of trickery. It’s parties and capitalists who get the vote of the people in their own favour to fill their pockets.”

PENGIKUT AJARAN SYIAH

Ketokohan dan kesederhanaan beliau wajar dicontohi. Pemimpin `role model' masa kini. Hebat serba-serbi namun tahukah anda bahawa beliau adalah pengikut syiah



Presiden Iran yang disegani ramai ini sebenarnya adalah penganut agama toghut! Yakni ajaran Syiah Imamiyyah atau Syiah Imam 12. Maka berwaspadalah kita semua dalam mengagumi beliau...

Sumber:
http://alinur.wordpress.com/2008/02/04/memahami-kemenangan-ahmadinejad-di-iran/
http://us.dunia.vivanews.com/news/read/94278mahmoud_ahmadinejad_keturunan_yahudi
http://rileksseminit.blogspot.com/2010/03/mahmoud-ahmadinejad.html
http://www.ibnuhasyim.com/2009/10/ahmadinejad-bukan-ganjil-tapi-ikut.html


Video berkaitan:

Sebar-sebarkan demi kesejagatan umat Islam
~menuju cintaNya~

7 comments:

  1. erm..i've the opposite side view bout this syiah.. ;)

    ReplyDelete
  2. ok. feel free to share here kak, maybe it will make our discussion more interesting =)

    ReplyDelete
  3. bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum.

    alhamdulillah. tulisan yg bagus. mmg amat digalakkan tulisan seperti ini. Terutama, dalam keadaan masyarakat kita terlalu mengkagumi sifat luaran tanpa meneliti akar tunjang sesuatu atau seseorg.

    Tulisan ini sebagai ingatan, walaupun seseorg itu zuhd, tapi perlulah diberi perhatian atas dasar apa setiap perbuatan.

    Kita faham setiap amalan perlu atas ikhlas dan ittiba' as sunnah mengikut pemahaman sahabat. lalu bgmana dan apakah kesannya sekiranya sifat baik itu didasarkan kepada sesuatu yg jauh terpesong dari manhaj yg sahih.

    berhati2 dgn apa yang anda baca. kembalikan semuanya kepada timbangan wahyu.

    sememangnya syiah adalah musuh kita ahli sunnah. belajar tentang syiah, saya yakin, anda akan merasakan ianya bukan lagi mazhab, tetapi suatu agama baru ciptaan abdullah bin saba'. agama thagut.

    maka beralihlah kekaguman kita kepada kezuhudan abu dzar radiallahu anhu. atau kepada sahabat2 rasulullah yg lain. kerana mereka lah sebaik2 contoh kerana mereka bersama rasulullah ketika wahyu diturunkan, dan mereka juga diredhai allah 'aza wajalla.

    tidaklah salah juga nak kagum pada sesiapa pun, tp jgn berlebih-lebihan sehingga terlupakan aqeedah mereka. wallahu'alam.

    tulisan yg bagus. harap diperbanyakkan. barakallahu fik.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbt ya ukhti.
    Kebanyakan fakta di atas adalah diceduk dari laman2 web. Saya cume meng`edit'. Semua orang mengagumi Ahmadinejad termasuk saya sendiri, maka terarah utk mencari dan mengenali susuk ini dengan lebih dekat. Beliau memang berakhlak dgn akhlak Islam namun saya meragui pegangan agamanya ketika menemui beliau sgt menghormati imam khomeini padahal imam khomeini terkenal sbgai ulama syiah yang sesat melalui fatwa2nya yang bertentangan dengan aqidah Islam.
    Syukran atas komen ini kak. InsyaAllah saya akan lebih berhati-hati dalam siri `pembongkaran' isu syiah selepas ini.

    ReplyDelete
  5. http://article.wn.com/view/2011/05/25/JAIS_Anjur_Seminar_Beri_Penjelasan_Tentang_Ajaran_Sesat_Syia/

    ReplyDelete
  6. saya ahlussunnah,tp saya bangga dg Ahmadinejad..dia yg masih lantang membela kehormatan Islam dan keras terhadap musuh2 yg ingin menghancurkan Islam,,sementara mereka yg angat gampang meng"kafir"kan (menganggap sesat) suatu paham tdk menyadari, bahwa mereka sebenarnya sudah terjebak pd provokasi yg hanya memperbesar jurang bg kehancuran ummat ini. lalu siapa yg akan kita kagumi?apakah mereka yg membelakangi Ka'bah, atau mereka yg masih bangga dan berjuang u agama Muhammad SAW???msh banyak persoalan eksternal yg kita hadapi,,daripada sibuk mencari celah permusuhan antara saudara seiman.

    ReplyDelete
  7. salam hasanah.

    Suatu ketika dulu saya memg mengagumi ahmadinejad. tapi setelah mengkaji tentang syiah, ape aqidah dan pegangan meraka, pandangan saya berubah. Hasanah, Syiah bukan saudara seiman kita. Dalam isu Syria sekarang, Iran iaitu pemerintah dan ulama Syiah secara terang-terangan menyokong dasar Basyar al-Assad yang mengarahkan penghapusan rakyatnya yang bangkit menuntut keadilan! Masihkah orang sebegini kite kagumi? Iran bersekongkol dengan Israel untuk menentang Islam. Saya ingin mengajak Hasanah kajilah tentang Syiah. Fatwa2 sesata ulama Syiah. Saya yakin anda akan bersetuju dengan pandangan kami ini. Selamat membaca.

    ReplyDelete