May 31, 2011

Buat Calon Suami





Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila datang pinangan daripada
orang yang engkau redha agama dan akhlaknya, maka kahwinilah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah  dan kerosakan yang besar di bumi.” (Riwayat at-Thirmidzi)


Kredit buat Humaira Fii Hamra dan MO
~menuju cintaNya~

May 29, 2011

Allah Tidak Kedekut


Bismillahir rahmaanir rahiim...

Pernahkah anda merasa semput yang bukan semput sembarangan malah semput baget?


1: “ Aik, minggu lepas baru aje gaji. Apasal poket dah start kosong? Poket aku bocor ke? Oh,  rim kereta bengkok! Adeii,  semput aku, semput. Pinjam duit mak dulu la nampak gaye.”

2: “Aku keje tukang sapu aje. Anak 10. Tapi dapat sekolahkan anak sampai universiti. Bos aku ni pulak, gaji 10 kali ganda dari aku.  Anak sorang aje, tapi tak cukup juga nak bagi anak ke universiti. Bulan-bulan semput aje bajetnye.”

Mengapakah berlakunya perkara sebegini?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pagi tadi aku pergi ke masjid untuk solat dhuha, melalui laluan alternatif (pintu belakang). Kedengaran suara makcik-makcik sedang bersembang, dan bunyi-bunyi renyutan plastik. Sesampai sahaja aku di ruangan lapang hadapan pintu, kelihatan tiga orang makcik 'cleaner' yang sedang makan secara berjemaah.

“Eh, mari makan, mari,mari makan,” sapa makcik-makcik itu sambil melambai-lambaikan tangan mengajakku datang dekat. 

“Tak ape la makcik, makcik makan la. Takpe… hihi…,” balasku menggangguk-anguk beserta senyuman. Aku menolak sopan ajakan mereka. Kakiku terus maju ke arah pintu masuk masjid. 

“Makan dulu, baru sembahyang. Mari, mari minum ni,” kata makcik-makcik itu lagi.  Aku memberhentikan langkah tanda akur, lalu merapati mereka. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung, seorang makcik membuka bekas makanan untuk diberikan kepadaku. Seorang makcik lagi menuang air Nescafe yang suam-suam panas kedalam gelasnya untuk diberikan kepadaku. Dengan penuh segan aku menjamah hidangan yang dihulurkan. "Rezeki dari Allah," bisikku sendirian. Syukur.

“Ya Allah, saya pula yang makan minum.”

“Tak apelah makan roti ni…”

(…makan dan bersembang…)

Selesai makan, kuangkat bekas makanan dan gelas untuk dibasuh tetapi dilarang oleh makcik-makcik itu. 

“Tinggalkan aje di sini” keluar dari mulut ketiga-tiga makcik itu.

Aku cuba meneruskan niat namun tewas.  Sekali lagi membuatkan aku segan. Setelah itu aku mengucapkan terima kasih dan meminta izin masuk ke ruangan solat. Dalam hati, aku mendoakan kesejahteraan mereka bertiga. "Ya Allah, murahkanlah rezeki makcik-makcik ini, ameen."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pengalaman ini membuatkan aku berasa sangat terharu. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Ingatan rindu terhadap mak di kampung menerjah tiba-tiba.


Hamparkan pancaindara, jom 'extract' nilai-nilai murni dari cerita-cerita ini~

Diriwayatkan dari Wahsyi bin Harb dari bapanya dari atuknya bahawa ia berkata:

“Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami kalau makan tidak merasa kenyang. Beliau bersabda: “Barangkali kamu makan sendiri-sendiri”. Mereka menjawab: “Benar wahai Rasulullah”. Beliau bersabda: “Berkumpullah ketika makan dan sebutlah nama Allah Ta’ala (Bismillah)! Niscaya Dia akan memberkati makanan kamu”.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Baihaqi, Ibnu Majah dan Hakim)


Dari Umar bin Khattab r.a bahawa ia berkata: “Rasulullah saw bersabda:
“Makanlah dengan berkumpul dan jangan sendiri-sendiri! Makanan satu orang cukup untuk dua orang, makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang. Makanlah dengan berkumpul dan jangan sendiri sendiri! Kerana berkat itu ada dalam Jama’ah."
(Soheh Al Jame’ hadis no 1687)

Rasulullah saw bersabda: 
Makanan yang paling disukai Allah adalah makanan yang dijamah banyak tangan”. 
(Riwayat Abu Ya’la, Ibnu Hibban, Baihaqi dan Adh Dhiya)

Usah resah jika anda tidak dapat pangkat tinggi, gaji tinggi walaupun sudah berusaha gigih kerana kadang-kadang Allah mahu memberi sesuatu yang istimewa seperti nikmat ingin memberi. 

Sumber ihsan dari snm (kredit buat kamu lagi ^_^), 
dari blog,
dan suntingan oleh PM.

~menuju cintaNya~

May 27, 2011

Be Genius!


Be calm and respect 
the liars,
Even it's hurting you badly;

Be calm and respect
the betrayers,
Even it's stepping you down;

Be calm and respect
the masqueraders,
Even it's making you give-up;

Be calm and respect
the insulter s,
Even it's crushing your heart;

Be calm and respect
the back stabbers,
Even you feel it's `killing' you;

Forgive everybody,
Forget revenges for Allah's sake
Be happy, be genius!



Abu Hurairah, ra.  reported that a man said to the Prophet, saw:
"Advise me! "The Prophet said, "Do not become angry and furious." The man asked (the same) again and again, and the Prophet said in each case, "Do not become angry and furious."
(Narrated by Al-Bukhari)


Angry is easy, patient is lovely =)
~toward His love~

May 25, 2011

Song: Heart of a Muslim




Purification of Heart

On the authority of Abu 'Abdullah al-Nu'man bin Bashir, ra, who said: I heard the Messenger of Allah, saw says:

"Truly, what is lawful is evident, and what is unlawful is evident, and in between the two are matters which are doubtful which many people do not know. 
He who guards against doubtful things keeps his religion and honour blameless, and he who indulges in doubtful things indulges in fact in unlawful things, just as a shepherd who pastures his flock round a preserve will soon pasture them in it. 
Beware, every king has a preserve, and the things Allah has declared unlawful are His preserves. 
Beware, in the body there is a flesh; if it is sound, the whole body is sound, and if it is corrupt, the whole body is corrupt, and behold, it is the heart."
 
(Narrated by Bukhari and Muslim)


~toward His love~

May 21, 2011

Cinta Terarah


Bismillahir rahmaanir rahiim...

Cinta merupakan perasaan kasih sayang dan belas kasih yang mendalam terhadap sesuatu. Rasa cinta boleh terjadi antara manusia dengan benda atau harta, sesama manusia, sesuatu perkara atau pencapaian. Namun, cinta yang teragung  adalah cinta yang di salurkan kepada Allah dan rasulNya.


Firman Allah dalam surah At-Taubah: 24 yang bermaksud:-
Katakanlah (wahai Muhammad): `Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).’”

dan dalam surah Hud: 90 yang bermaksud:-
Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih".

Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Segala yang diturunkan oleh Allah swt ke dalam hati-hati manusia mempunyai faedah yang adakalanya tidak tercapai oleh tahap analitik manusia untuk membaca fungsi dan peranannya.

Firman Allah dalam surah Saad: 27 yang bermaksud.
“Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.”

Maka, rasa cinta yang diterbitkan di dalam hati manusia pasti mempunyai agenda yang tertentu untuk kemaslahatan manusia sejagat.

Fenomena cinta sesama insan merupakan curahan antara nikmat dan bencana kepada seseorang. Sesuatu perkara yang indah tidak akan dapat dikelaskan sebagai indah tanpa pasangannya iaitu musibah. Sama seperti indahnya berbuka puasa. Sesorang itu tidak akan merasa indahnya makan tanpa rasa lapar. Tanpa musibah cinta sesama insan, manusia tidak akan dapat menganggar dan seterusnya menghargai betapa hebatnya kasih Allah yang Maha Pengasih kepada sekalian hambaNya.


Seseorang yang terkena panahan cinta sesama insan perlu sentiasa bermuhasabah dengan membandingkan perasaan cintanya dan memikirkan betapa hebatnya kasih sayang Allah yang Maha Pengasih, Raja Segala Pencinta. Orang yang terkena panahan cinta pasti akan mengalami kekecewahan mendalam sekiranya cintanya tidak dibalas. Justeru, dengan adanya ilmu tentang perasaan cinta sesama manusia itu, pastinya mereka dapat menjaga sikap mereka terhadap kasih sayang Allah swt yang teragung.

Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda:
“Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Nasaie)

Cinta sesama manusia tidak terhad kepada cinta berlainan gender. Malahan juga diperluas dengan cinta sesama sahabat. Seperti hebatnya persahabatan Rasulullah s.a.w dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq yang digambarkan menerusi peristiwa Hijrah. Rasullullah saw bersembunyi di Gua Thur setelah diburu oleh musyrikin Mekah. Di dalam gua yang penuh lubang itu, Abu Bakar telah terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat Rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut  dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah saw. Lantaran  menahan kesakitan dipatuk ular air matanya terjatuh ke pipi Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbanannya  ini tercatat di dalam  al Quran dalam Surah At- Taubah, ayat 40.

Sebagai menutup perbicaraan cinta terarah ini, sama-sama kita hayati satu kisah yang sering menyentuh hati setiap manusia yang bergelar umat Muhammad s.a.w. Kisah ini perlu sentiasa disematkan di dalam hati, agar anugerah cinta dari Allah sentiasa terarah ke jalan yang benar, insyaAllah.



Perbanyakkan solat, selawat,  puasa dan segala amal ibadah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah. Menangislah dan berdoalah kepada Allah agar sentiasa dipimpin-Nya menuju ke destinasi cinta yang suci.

Sumber :
Idea asal oleh snm (kredit buat kamu ya ukhti..ini artikel kite bedue yang punye hehe ^_^) dan suntingan oleh PM.

~menuju cintaNya~

May 19, 2011

Kenali Syiah Bhgn 5: Ahmadinejad Pemimpin Idola?


Bismillahir rahmaanir rahiim...


Anda sudah tentu kenal dengan raut muka ini bukan? 


LATAR BELAKANG

Beliau adalah Presiden Iran iaitu Mahmood Ahmadinejad. Nama sebenar beliau ialah Sabourjian.  Lahir di sebuah perkampungan Aradan, dalam wilayah Semnan berdekatan Garmsar, sebelah timur kota Teheran pada 28 Oktober 1956, Ahmadinejad adalah anak keempat daripada tujuh adik-beradik. 

Bapanya seorang tukang besi, tukang emas, dan juga seorang tukang gunting rambut dan mengajar Al-Quran. Ibunya, Khanom, ialah seorang ‘saiyidah’, satu pangkat yang dimuliakan kerana dikatakan mempunyai salasilah terus dari nabi Muhammad s.a.w. 

Ketika berusia empat tahun, beliau berpindah ke Tehran bersama keluarganya. Nama Ahmadinejad dipilih menggantikan Sabourjian untuk mengelak diskriminasi kerana nama tersebut menggambarkan taraf rendah dalam masyarakat. Sabour bermaksud pelukis dalam bahasa Parsi, iaitu satu pekerjaan biasa dalam masyarakat Semnan. 

Pada tahun 1976, Ahmadinejad mengambil peperiksaan kemasukan ke university di Iran. Beliau memperoleh tempat ke 132 daripada 400,000 calon dan dimasukkan ke Iran University of Science and Technology (IUST) sebagai mahhasiswa bagi kursus kejuruteraan awam. Beliau mengambil PhD (1997) dalam bidang kejuruteraan dan perancangan pengangkutan(pengurusan trafik) dari IUST, bertempat di Tehran

Beliau berkahwin dengan wanita bernama Azam al-Sadat Farahi dan dikurniakan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

GAMBARAN KEPERIBADIAN

1) Semasa pertama kali menduduki pejabat Presiden beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid di Teheran dan menggantikan dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2) Beliau menutup ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu menggantikan dengan ruangan biasa dengan 2 kerusi kayu.

3) Di banyak kesempatan beliau beramah mesra dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat Presiden.

4) Menteri-menteri beliau diminta menandatangani dokumen arahan, terutama yang menekankan hidup sederhana, penyata peribadi hatta kerabat dekat pun diawasi.

5) Langkah pertama ambil-alih pentadbiran adalah mengumumkan kekayaan dan aset. Terdiri dari sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun lalu di daerah Kumuh di Teheran. Penyata bank wang yang berjumlah kecil, dan satu-satunya wang masuk adalah gaji bulanannya.

6) Gajinya sebagai pensyarah disebuah universiti hanya berjumlah US$ 250.

7) Beliau masih tinggal di rumah sendiri. Hanya itulah saja yang dimiliki. Beliau tidak mengambil gaji, alasannya adalah kerana semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.

8) Beg yang selalu dibawa tiap hari hanya berisikan sarapan roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya. Beliau makan dengan gembira, dan menghentikan kebiasaan menerima makanan khas yang disediakan untuk Presiden.

9) Beliau menukar pesawat terbang Presiden kepadai pesawat kargo yang menjimatkan negara. Selain itu, beliau sendiri menggunakaan penerbangan biasa kelas ekonomi.

10) Sentiasa bermesyuarat dengan menteri-menteri, mendapatkan maklumat tentang kegiatan dan tugasan yang sudah dilakukan. Memotong protokol istana sehingga menteri-menteri beliau mudah untuk berjumpa terus dengannya tanpa halangan. Menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi fotografi, publisiti peribadi, atau hal-hal seperti itu ketika mengunjungi pelbagai tempat di negara beliau.

11) Jika terpaksa menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik dengan tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana tidak suka tidur di atas tilam. Beliau lebih suka tidur di atas lantai beralaskan karpet dan selimut. 

12) Beliau tidur di ruang tamu rumahnya setelah selesai diiring oleh pengawal-pengawal peribadi. Menurut akhbar Wifaq, foto-foto diambil oleh adiknya, kemudian disebarkan di seluruh dunia, termasuk Amerika.

13) Dikatakan, sepanjang solat, anda jarang dapat lihat beliau duduk di barisan depan. Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau terus bersolat dimana-mana pun, walaupun hanya beralaskan karpet biasa.

14) Beliau juga tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukkan kepala sebagai rasa hormat.

KETOKOHAN

Beliau bergiat aktif menjadi aktivis mahasiswa dan pergerakan politik sejak revolusi Iran pada tahun 1979. Ada yang berpendapat bahawa beliau pernah tinggal di Kedutaan besar Amerika di Teheran pada masa revolusi Islam Iran yang dipimpin Imam Khomeini. Beliau juga pernah menjadi Gabenor Jeneral Ardabil ketika perang Iran-Iraq pada tahun 1980-1988. Puncak karier politik beliau sebelum terpilih menjadi presiden baru Iran ialah sebagai Datuk Bandar Teheran sejak April 2003.

Ahmadinejad disimbolkan sebagai tokoh yang bersih (meskipun keras dan konservatif) berhadapan dengan mantan presiden Rafsanjani yang dianggap oleh banyak kalangan di Iran sebagai korup.

Beliau diharapkan mampu menyuarakan kepentingan rakyat kecil untuk memberantas kemiskinan dan ketempangan sosial di Iran. Masyarakat Iran kurang berpuas hati dengan kepemimpinan presiden-presiden terdahulu dari kaum moderat dan reformis yang mereka anggap gagal meningkatkan taraf hidup ekonomi Iran padahal negara itu merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di dunia.

Selain itu, Ahmadinejad juga dilihat mampu bersikap keras terhadap Barat dan mengembalikan rasa percaya diri bangsa Iran. Di dalam kempen beliau untuk pemilihan presiden, Ahmadinejad dengan lantang mengkritik pemerintah berkuasa yang sangat lembik terhadap tekanan Eropah dan Amerika terutama dalam masalah program nuklear. Kempen beliau telah mendapat sambutan hangat yang luar biasa dari para pendukungnya. Dalam kempen itu juga, Ahmadinejad mengatakan bahawa jika dia terpilih menjadi presiden, beliau akan memastikan bahawa kritikan Barat atau Eropah tidak akan mempengaruhi dasar pemerintahan negara.

Memberi komen berkenaan program nuklear Iran, Ahmadinejad mengatakan: "Nuclear energy is a result of Iranian people’s scientific development, and no one can block the way of a nation’s scientific development". Ahmadinejad dengan penuh percaya diri berkata demikian ketika baru saja dilantik menjadi Presiden Iran. Kritikan Presiden Amerika kepada beliau terhadap isu ini telah dijadikan senjata pembakar semangat beliau dengan mengatakan bahawa, “Setiap suara yang diberikan oleh rakyat Iran sama dengan sebuah peluru untuk menampar Amerika.” Lebih jauh Ahmadinejad mengatakan: “What they (Western countries) have is not democracy, but rule of trickery. It’s parties and capitalists who get the vote of the people in their own favour to fill their pockets.”

PENGIKUT AJARAN SYIAH

Ketokohan dan kesederhanaan beliau wajar dicontohi. Pemimpin `role model' masa kini. Hebat serba-serbi namun tahukah anda bahawa beliau adalah pengikut syiah



Presiden Iran yang disegani ramai ini sebenarnya adalah penganut agama toghut! Yakni ajaran Syiah Imamiyyah atau Syiah Imam 12. Maka berwaspadalah kita semua dalam mengagumi beliau...

Sumber:
http://alinur.wordpress.com/2008/02/04/memahami-kemenangan-ahmadinejad-di-iran/
http://us.dunia.vivanews.com/news/read/94278mahmoud_ahmadinejad_keturunan_yahudi
http://rileksseminit.blogspot.com/2010/03/mahmoud-ahmadinejad.html
http://www.ibnuhasyim.com/2009/10/ahmadinejad-bukan-ganjil-tapi-ikut.html


Video berkaitan:

Sebar-sebarkan demi kesejagatan umat Islam
~menuju cintaNya~

May 18, 2011

For Those Who Inspire Me...





Thank you teacher,
For sharing knowledge;

Thank you teacher,
For own-child-like treat;

Thank you teacher
For being a teacher;

Thank you, thank you, thank you...may Allah bless you. 






"And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful. " (Surah 'Ali-'Imran:104)



~toward His love~

May 17, 2011

Terapi Solat


Bismillahir rahmaanir rahiim...

Solat sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam. Hasil kajian saintifik oleh tiga pensyarah Universiti Malaya dari Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam sebanyak lima kali setiap hari ini, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. 

Penggerak kajian ini ialah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM). Matlamat kajian adalah menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.


MANFAAT GERAKAN DALAM SOLAT

Takbiratul ihram 
Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat yang maksimum dan mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi. 

Rukuk 
Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang dan melegakan sakit pinggang. 

I‘tidal selepas rukuk
Keadaan berdiri seketika sebelum sujud adalah peringkat paling tenang ketika bersolat. 

Sujud 
Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat dan membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan. 
Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. 

Duduk tahiyyat akhir 
Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala. Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat. 

LAGI INFO MENARIK

1) Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang

2) Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah

3) Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapi dalam aktiviti harian. 

4) Solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang amat takuti lelaki. Terapi adalah dilakukan dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit 

5) Terapi solat dipercayai berpotensi merawat penyakit jantung. Pakar jantung gembira dengan hasil kajian ini kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari. 

6) Orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. 
Apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. 
Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. Hal ni yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. 

7) Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. 
Sebelum Ramadan bermula, komposisi badan diukur. Selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol berkurang akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukosa yang semakin rendah

8) Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan dan manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat. 

**Para penyelidik berkenaan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. Kajian tersebut adalah bertujuan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat; adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana menjangka ulama lebih memahami bahasa al-Quran. 

Sumber: 


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud 
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin.." (Riwayat Muslim)


~menuju cintaNya~

May 14, 2011

Lucky to have a Mom and Dad





And lower to them the wing of humility out of mercy and say, "My Lord, have mercy upon them as they brought me up [when I was] small." (Surah al-Isra':24)


~toward His love~

May 12, 2011

Mimpi Al Mazi


Bismillahir rahmaanir rahiim...


Pada suatu malam Jumaat, Salih Al Mazi pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sebentar sambil berzikir sementara menunggu waktu solat tiba. 

Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazi ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul bersama ahli-ahli kubur yang lain.Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian, datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan sapu tangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang kecuali si pemuda itu yang tidak mendapat apa-apa. 

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazi yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih. Mengapa ?" tanya Salih Al Mazi. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazi lagi. Si pemuda menerangkan bahawa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri daripada pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang pada setiap  hari Jumaat.

Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia mempunyai seorang ibu yang masih hidup. Ibunya telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati dirinya. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila tidak menerima sebarang hadiah. Al-Mazi sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar dapat ia sampaikan keadaannya. Si pemuda menerangkan sifat-sifat ibunya. Kemudian Al Mazi terjaga. Pada sebelah paginya Al Mazi terus pergi mencari  ibu pemuda tersebut. Setelah berjumpa dengan ibu si pemuda tersebut, beliau lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibu pemuda itu menangis mendengar keterangan Al Mazi mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzakh. Kemudian ia berkata: "Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Mazi turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerana mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu," kata Al Mazi lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya dan berkata, "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. InsyaAllah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya selama aku masih hidup."

Salih Al Mazi mengambil wang itu lalu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak ada dari seribu dirham itu yang tinggal. Pada suatu malam Jumaat selepas peristiwa itu, Al Mazi berangkat ke masjid untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan, ia terlena sebentar dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing-masing. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta wajahnya kelihatan sangat gembira.

Jumaat hari yang mulia

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Mazi seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Mazi. "Ya, aku tahu." "Apakah tandanya ?" ..."Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat, selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Mazi terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda itu telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
Sumber: Pengalaman Salih Al Mazi. Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas. 

Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda : "Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat." (At-Tabraani)

Marilah sama-sama kita doakan kesejahteraan saudara-mara dan sahabat-sahabat kita yang telah meninggal dunia. Semoga ruh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Ameen.

~menuju cintaNya~

May 8, 2011

Trust!


Trust
Is a faith
Not a feeling;

Trust
Is to be given
Not to be asked;

Trust
Is from heart
Not from thought;

Trust
Is to believe
Not to assess;

Trust
Is strengthen by love
Not by amazement;

Trust
Is gone by betrayal
Not by painful truth;

Trust
Is only on Allah swt
Not on others.





~toward His love~

Song: Patience is Light



"O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient." (Al-Baqarah:153)


~toward His love~

Selamat dengan Al-Ma'thurat


Bimillahir rahmaanir rahiim...

Al-Ma’thurat ialah himpunan doa ma’thur (wirid di dalam al-Quran dan hadis sahih semata-mata) yang diajar oleh Allah dan Nabi.


Al-Ma’thurat telah diperkenalkan oleh pengasas kepada gerakan Islam pasca kejatuhan khilafah, al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna. Beliau mengesyorkan zikir al-Ma’thurat kepada umat Islam untuk diamalkan pada setiap pagi dan petang sebagai makanan rohani dan penguat jiwa kita semua. 

Antara kelebihan membaca zikir Al-Ma’thurat ialah:

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan. 

Hanya orang-orang yang selalu (istiqamah) mengamalkan zikir ini sahaja yang akan dapat merasai perbezaan hari-hari mereka yang diisi dengan al-ma'thurat dan yang tidak. Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut pahala amalan membaca zikir ma’thurat ini mudah-mudahan Allah swt mendatangkan rasa selamat dan bahagia dalam hati kita dalam menempuh masa depan yang kian mencabar. 

"Tidaklah duduk sesuatu kaum itu (berkumpul) berzikir mengingati Allah Azza wa Jall, melainkan dinaungi mereka dengan malaikat, dilimpahi dengan rahmah, dianugerahkan ketenangan dan Allah mengingati mereka terhadap apa yang di sisi mereka."  (Riwayat Muslim)

Sumber: 

~menuju cintaNya~