April 16, 2011

Sujud Sahwi


Bismillahir rahmaanir rahiim...

Sujud sahwi adalah nama bagi ‘dua sujud’ yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat disebabkan terlupa. Kekurangan dalam solat yang dimaksudkan adalah apabila berlakunya:

1)Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud,   berdiri atau duduknya. 
2)Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.
3)Mengalami keraguan (syak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat. 

Beberapa riwayat yang merakamkan amalan sujud sahwi ini seperti:

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a.:
Pada suatu ketika Nabi s.a.w. bersolat Zuhur lima rakaat, lalu ditanya: Apakah rakaat solat ini memang telah ditambah? Baginda bertanya: Mengapa demikian? Para sahabat menjawab: Anda telah melakukan solat lima rakaat.
Maka baginda pun sujud dua kali setelah memberi salam itu. (Sahih al-Bukhari);

Daripada Abdullah bin Buhainah r.a.:

Bahawasanya Nabi s.a.w. solat zuhur bersama mereka. Baginda bangkit pada rakaat kedua dan tidak duduk (yakni tidak melakukan tasyahhud awal), para makmum pun ikut berdiri bersama Baginda hingga ketika hendak selesai solat, sedang makmum menunggu salamnya, Baginda bertakbir dalam posisi duduk lalu sujud dua kali sebelum salam, kemudian baru salam. (Sahih al-Bukhari); 

Daripada Abu Hurairah r.a (beliau berkata):

Kami solat bersama Rasulullah saw pada salah satu solat di waktu siang hari tetapi baginda hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Kebetulan di antara mereka terdapat seorang lelaki bernama Dzulyadain, beliau bertanya (kepada Rasulullah): “Ya Rasulullah, adakah anda telah lupa atau solat tadi itu memang telah dipendekkan?” Baginda bersabda: “Aku tidak lupa dan solat tadi tidak pula dipendekkan.” Maka Rasulullah pun bertanya kepada para sahabat, “Adakah benar sebagaimana apa yang dikatakan oleh Dzulyadain?” Para sahabat menjawab: “Benar”.
Maka baginda pun menuju kembali ke tempat semula (tempat solat) dan
 menyempurnakan baki rakaat yang ditinggalkan, kemudian terus memberi salam. Setelah salam itu baginda bertakbir, sujud sebagaimana biasa atau agak panjang sedikit, lalu mengangkat kepala dan bertakbir. Seterusnya baginda bertakbir lagi lalu bersujud seperti biasa atau agak lama sedikit, kemudian mengangkat kembali kepalanya. Kemudian baginda memberi salam.
(al-Bukhari).

Cara melaksanakan sujud sahwi seperti yang disebut oleh Imam Nawawi r.a. ;

"Sujud sahwi dilakukan dua kali dan dipisahkan antara kedua-duanya dengan duduk istirasy (duduk antara dua sujud). Sebelum salam, dia hendaklah duduk tawarruk (duduk tahiyyah akhir). Cara sujud dan bacaannya adalah sama seperti sujud dalam solat fardhu." 
(Kitab al-Majmu’).

Apabila diteliti hadis-hadis Rasulullah s.a.w. berkaitan sujud syahwi, Baginda s.a.w. tidak pernah mengajarkan bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Dalam hadis sahih dinyatakan bahawa bacaan-nya adalah sama seperti bacaan ketika sujud di dalam solat.
Namun, di dalam masyarakat kita mereka selalunya mengamalkan bacaan seperti ini:




“Maha suci Tuhan yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa” 


Rujukan atau baca selanjutnya di: 

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/08/perihal-tatacara-sujud-syahwi-yang.html
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2009/07/157-melakukan-sujud-sahwi-jika.html


~menuju cintaNya~

1 comment:

  1. Kak Midah, harap entri ni dapat bantu jawab persoalan akak =)

    ReplyDelete