April 10, 2011

Solat Sunat Witir

Bismillahir rahmaanir rahiim... 

Hukum mengerjakan solat sunat Witir adalah sunat muakkad. Seperti solat sunat Dhuha, solat sunat witir menjadi amalan lazim Nabi Muhammad saw, bahkan diwajibkan ke atas diri baginda sendiri. Baginda saw amat menggalakkan umatnya untuk turut mengerjakannya seperti sabdanya:
“Jadikanlah sembahyang terakhir kamu pada malam hari ialah witir." (Bukhari & Muslim);
"Sesiapa tidak sembahyang dua rakaat fajar sehingga terbit matahari maka sembahyanglah." (Baihaqi);
“Witir itu hak (yang dituntut) ke atas setiap muslim." (Abu Daud).

Witir bermaksud ganjil. Allah swt sendiri menyukai orang-orang yang mengerjakan solat sunat Witir. 
“Sesungguhnya Allah itu witir (Esa), Dia sukakan witir (bilangan ganjil), maka berwitirlah wahai ahli al-Qur’an."  (Abu Daud & Tirmizi).

Waktu untuk mengerjakan solat sunat Witir adalah pada waktu malam iaitu setelah masuk waktu Isya' sehingga sebelum masuk waktu solat Subuh.
"Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla telah menambahkan bagi kamu satu sembahyang, iaitu lebih baik untuk kamu daripada humrin ni‘am (semulia-mulia harta di sisi orang-orang Arab), itulah sembahyang witir. Allah jadikannya (sembahyang witir) untuk kamu di antara Isya’ hingga terbit fajar." 
(Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Rasulullah saw sering mengerjakan solat sunat Witir ini sebanyak sebelas raka'at, dan ada juga yang meriwayatkan bahawa Rasullah saw mengerjakan sebanyak lima raka'at satu salam. Bahkan ada yang meriwayatkan yang Rasulullah saw hanya mengerjakannya sebanyak satu raka'at. Memandangkan ini maka solat Witir ini boleh dilakukan paling sedikit satu raka'at, kemudiannya tiga,lima sehinggalah yang paling afdhal sebelas rakaat. Kalau dilakukan tiga raka'at dan keatas, maka tiga raka'at yang terakhir boleh dilakukan dengan sekali salam, atau dua salam.

`...lebih baik daripada semulia-mulia harta'  

Antara fadhilat solat sunat witir yang disebutkan juga ialah ia lebih afdhal berbanding solat sunat rawatib yang lain serta beroleh kesaksian oleh para malaikat akan kesungguhan  mengerjakannya.

Doa Solat Witir:
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Sumber:
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic1_2002.htm
http://www.scribd.com/doc/15014181/SOLATSOLAT-SUNAT
http://tasekpauh.blogspot.com/2007/03/solat-witir-sunat-yang-bermusim.html
http://hafieyza.tripod.com/witir.html

~menuju cintaNya~

1 comment:

  1. alangkah ruginya manusia yg tidak melaksanakan solat sunat witir. semua rakaat ganjil. 1 rakaat pun xpe. :)

    ReplyDelete