April 28, 2011

Kenali Syiah Bhgn. 3: Asal-Usul


Bismillahir rahmaanir rahiim...

Selepas Perang Siffin dan Majlis Tahkim yang menyaksikan kelicikan Muawiyyah dan kesabaran Ali r.a,umat Islam berpecah kepada 4 kelompok secara politik, iaitu pro-Ali, pro-Muawiyyah, Khawarij dan orang-orang Islam yang mengambil sikap berkecuali atau tunggu dan lihat.

Khawarij adalah kelompok yang bencikan kedua-duanya; Ali dan Muawiyyah dan menghalalkan darah mereka untuk ditumpahkan. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’,yang terlibat dalam pembunuhan ‘Usman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta Saidina Hassan r.a.

TRAGEDI KARBALA

Apabila
Mu’wiyyah r.a meninggal dunia, anaknya Yazid bin Mu’awiyyah r.a telah diangkat menjadi pengganti. Perlantikan Yazid ini telah dipersetujui [bai’ah] oleh majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat Islam.

Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru.

Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.

Mendengar sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka Saidina Hussain mengutus Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar pandangan mereka.

Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat Saidina Hussain tersebut.

Ini adalah kerana mereka dapat menghidu helah golongan Syiah (asalnya Khawarij) di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka berpandangan sokongan kuat yang kononnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan merupakan dalih mereka untuk menimbulkan suasana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.

Bahaya fitnah golongan Syiah  

Selain itu, mereka berpendapat bahawa pelantikan Yazid bin Mu’awiyyah sebagai khalifah sah kerana telah dibai’ah oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. sendiri melarang untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah.

Oleh sebab itu, mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai pemberontakan penduduk Kufah tersebut. Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghentikan hasrat beliau untuk ke Kufah.

Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah, maka Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah.

Berikut merupakan pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad: 
"Saya mendapat tahu bahawa Hussain telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangimu dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku".
(Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms. 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala yang ditulis oleh Mawlana Muhammad Asri Yusoff).

PEMBUNUH SAIDINA HUSSAIN R.A

Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi’ah di sana. Sebelum orang-orang Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan golongan Syi’ah. Lalu Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid.

Golongan Syi’ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan terancam.

Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala.

Menurutnya lagi: Sejarah memaparkan bahawa dia (Syits bin Rab’ie seorang Syi’ah dari Kufah) yang mengetuai 40,00 bala tentera untuk menentang Saidina Hussain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain.
(Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 37. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala)

‘Abdullah ibnu ‘Umar r.a ( Ibnu Umar ) seorang sahabat Nabi yang besar kedudukannya telah mempertanggungjawabkan penduduk Kufah atas kematian Saidina Hussain.

Hakikatnya ketika Al Husain datang memenuhi panggilan Syiah Kufah, dan ketika pasukan ‘Ubaidillah bin Ziyad membantai Al Husain dan 17 orang Ahlul Bait di Karbala,tak seorang pun dari orang-orang Syiah itu yang membela beliau.

Ulama’ Syi’ah, Mulla Baaqir Majlisi telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Hussain sebelum syahid di Karbala: "Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat niat-niat jahat kamu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kami di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepada kamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami." 
(Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala).

Saidina Hussain sudah tentu marah atau 'bengang' dengan orang yang disangka jujur dan mahu menolong serta melindunginya tiba-tiba mengkhianatinya. Yazid dan gabenornya sudah tentu tidak disetujui awal-awal dan Saidina Hussain maklum segala penyelewengan dan kemungkaran mereka,namun orang-orang Kufah yang mengaku 'Syiah' kepada cucu Nabi itu (menyokong dan sanggup berdiri di belakang beliau) tiba-tiba tidak mahu datang menolong seorang pun padahal jarak antara Kufah atau Najaf dengan Karbala amat dekat.Bayangkan tentera Ubaidillah boleh tiba dari Basrah yang jauh,bagaimana pula penduduk Kufah hampir dengan tempat kejadian,yang mengaku sehidup semati dengan keturunan Ali r.a itu boleh mengkhianati cucu nabi tersebut dan tidak datang menolong pun. Hal ini disahkan oleh sejarawan Syiah sendiri dan jika kita baca kisah-kisah Karbala mereka pun diceritakan jumlah korban di pihak Saidina Hussain ialah 70-80 orang sahaja (kesemuanya kaum keluarga,kerabat dan pengikut yang datang bersama-sama beliau).

Dalam sejarah, Umar Bin Saad Bin Abi Waqqas (Saad Bin Abi Waqqas adalah sahabat Nabi yang berdakwah ke China,di mana dari China inilah Islam fasa pertama dibawa ke Nusantara) adalah orang yang diutus oleh Muslim bin 'Aqil kepada Saidina Hussain untuk memberitahu pembelotan orang Kufah. Namun jika anda baca kisah-kisah Karbala versi Syiah,anda akan dapati nama Umar Bin Saad Bin Abi Waqqas ini adalah orang yang jahat dan yang memerintahkan tubuh cucu Nabi dipijak-pijak. [Konspirasi Syiah]

Sudah tentu orang Kufah begitu memusuhi Saad bin Abi Waqqas kerana memberitahu Saidina Hussain penyelewengan mereka.

Selepas balatentera Ubaidillah pergi,barulah ada penduduk Kufah yang datang melihat kesan-kesan tragedi ini...betapa menyesalnya mereka melihat kesan pengkhianatan mereka itu sehingga ada yang meraung-raung,menangis dalam penyesalan yang dasyat.

Upacara ratapan karbala

Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Saidina Hussain itu kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Saidina Hussain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.

Rujukan blog:


~menuju cintaNya~

6 comments:

  1. bismillah.alhamdulillah. assalamualaikum.

    tulisan yang menarik!

    alhamdulillah.

    sila sambung ye selepas ini:)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam wbt. Alhamdulillah. Dengan sokongan mantap dari akak, pasti insyaAllah. Syukran vry much for yr appreciation =)

    ReplyDelete
  3. "Hakikatnya ketika Al Husain datang memenuhi panggilan Syiah Kufah, dan ketika pasukan ‘Ubaidillah bin Ziyad membantai Al Husain dan 17 orang Ahlul Bait di Karbala,tak seorang pun dari orang-orang Syiah itu yang membela beliau."

    sory ummi, betulke membantai? bukan ubaidillah wakil yazid ke? konfius sikit kat situ

    ReplyDelete
  4. Baik...camni, mengikut yang difahami melalui pembacaan penuh di http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/02/syiah-al-rafidhah.html#more,
    memang Ubaidillah bin Ziyad membantai Al Hussain atas arahan yazid (akibat fitnah golongn syiah). Al Hussain percaya golongan syiah akan membelanya ketika pertempuran itu, namun akhirnya beliau dibelot. Sebab itu walaupun hakikatnya AlHusain dibunuh utusan Yazid, tapi sebenarnya telah dirancang puak syiah. Ok x penjelasan ni `a'?

    ReplyDelete
  5. oo, ok ok. faham. tula, salah akak la, malas sikit nak baca detail2. tapi akak tahu yang yazid sebenarnya mmg kesal atas ape yang terjadi kpd al-hussain. jazakallahu khayr.

    ReplyDelete