Bismillahir rahmaanir rahiim...
Waktu solat sunat Dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk dan berakhir kira-kira setengah jam sebelum waktu solat Zohor (ketika matahari naik tinggi dan panas terik).
Mengamalkan solat sunat Dhuha adalah amat digalakkan Nabi saw seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
"Kekasihku Rasullullah saw telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Solat sunat Dhuha boleh dikerjakan sebanyak 2, 4, 6, 8 atau 12 rakaat.
"Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
(Riwayat At-Thabarani)
Antara keistimewaan solat sunat Dhuha juga adalah seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah saw iaitu menarik rezeki, menolak kepapaan serta menghapuskan dosa-dosa.
Solat sunat Dhuha sebagai magnet rezeki |
Doa solat Dhuha:
"Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahannya adalah keindahanMu, kekuatannya adalah kekuatanMu, kekuasaannya adalah kekuasaanMu dan perlindungannya adalah perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di dalam perut bumi, keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah dan jika haram, sucikanlah dan jika masih jauh, dekatkanlah. Dengan keberkatan waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, kurniakanlah kepada kami segala yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
Selamat Beramal
~menuju cintaNya~
Rujukan:http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/mac99/h_dhuha.htm
ReplyDeleteperkongsian yang bermanfaat. bersama mengamalkan nya...
ReplyDeleteLagu doa solat dhuha
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=8nYdAD2FGAM&feature=player_embedded#at=85