Bismillahir rahmaanir rahiim...
Apa itu Syiah?
Syiah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: pembela dan pengikut seseorang.Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara.
(Tahdzibul Lughah, 3/61, karya Azhari dan Tajul Arus, 5/405,karya Az-Zabidi. Dinukil dari kitab Firaq Mu'ashirah, 1/31, karya Dr. Ghalib bin 'Ali Al-Awaji).
Syiah adalah satu kelompok berasaskan politik pada mulanya terutama selepas peristiwa Majlis Tahkim (pertemuan bertujuan mendamaikan perselisihan antara Ali r.a dan Muawiyyah) namun telah meleret-leret kepada masalah aqidah dan hukum Islam termasuk ibadah.
Syiah telah terbahagi kepada banyak cabang seperti Imamiyah atau Itsna 'Asyariah (12 Imam atau juga dikenali sebagai Ja'fariyah), Ismailiyah, Fatimiyah dan Zaidiyah. Kebanyakan perbezaan di antara mereka adalah perbalahan tentang jumlah Imam; iaitu perkara terpenting dalam aqidah Syiah.
Syiah Imamiyah atau Syiah Imam 12 menjadi pilihan kebanyakan pengikutnya di Malaysia juga di dunia; sejak Iran diketahui umum adalah negara yang menganut fahaman Syiah ini. (Huraian di bawah adalah berkenaan Syiah Imamiyah- ancaman tertinggi terhadap Islam)
Kenapa Syiah tertolak?
Syiah mendakwa Saidina Ali r.a lebih utama daripada sahabat-sahabat lain. Mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja iaitu Salman al-Farisi, Abu Dzar al-Ghafari dan al-Miqdad ibn al-Aswad. Definisi sahabat menurut Ibnu Hajar, Ahmad ibn Ali, al-Isabah dalam Maktab al-Kuliyyat Azhariyyat ialah orang yang bertemu dan beriman dengan Nabi saw dan mati di dalam Islam. Mengkafirkan sahabat di sini juga bermaksud menafikan periwayatan (hadis sahih) dan seterusnya menolak hadis Nabi saw. Seperti yang kita ketahui sumber aqidah Islam terdiri daripada Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Jika salah satu daripada sumber utama ini ditolak, maka aqidahnya adalah tidak sah.
Ciri-ciri penganut Syiah?
1) Taksub kepada 12 Imam:
1-Ali bin Abi Thalib (600–661), juga dikenal dengan Amirul Mukminin
2-Hasan bin Ali (625–669), juga dikenal dengan Hasan al-Mujtaba
3-Husain bin Ali (626–680), juga dikenal dengan Husain asy-Syahid
4-Ali bin Husain (658–713), juga dikenal dengan Ali Zainal Abidin
5-Muhammad bin Ali (676–743), juga dikenal dengan Muhammad al-Baqir
6-Jafar bin Muhammad (703–765), juga dikenal dengan Ja'far ash-Shadiq
7-Musa bin Ja'far (745–799), juga dikenal dengan Musa al-Kadzim
8-Ali bin Musa (765–818), juga dikenal dengan Ali ar-Ridha
9-Muhammad bin Ali (810–835), juga dikenal dengan Muhammad al-Jawad atau Muhammad at Taqi
10-Ali bin Muhammad (827–868), juga dikenal dengan Ali al-Hadi
11-Hasan bin Ali (846–874), juga dikenal dengan Hasan al-Asykari
12-Muhammad bin Hasan (868—), juga dikenal dengan Muhammad al-Mahdi
Ilustrasi 12 Imam Syiah |
2)Gemarkan Label
Orang-orang Syiah gemarkan label-label.Apa jua perkataan yang ada bau-bau 'Syiah' samaada 'Syiatihi' atau seumpamanya,dijumpai dalam hadis atau ayat Quran, maka didakwanya merujuk kepada golongan mereka. Padahal perkataan 'Syiah' bukanlah sesuatu yang eksklusif; ia adalah perkataan bahasa Arab biasa yang bermaksud golongan.
3)Mereka-reka Hadis
Golongan Syiah suka mencipta dan bereksperimen dengan hadis-hadis palsu. Hadis-hadis dinisbatkan kepada nama-nama Imam terutama Al-Majlisi dan Al-Kulaini.
Terdapat juga sebuah kitab yang diberi nama Al-Kaafi yang merupakan kitab pegangan mereka yang dianggap setaraf dengan kitab sahih al-Bukhari.
Daripada al-Mughirah r.a., beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya pembohongan ke atasku tidak seperti pembohongan ke atas orang lain, sesiapa yang berbohong atas namaku dengan sengaja, maka tersedialah tempatnya di dalam neraka.” (Sahih Bukhari)
4)Amat menggemari perkara-perkara syirik dan kesesatan.
Golongan Syiah suka mencipta dan bereksperimen dengan hadis-hadis palsu. Hadis-hadis dinisbatkan kepada nama-nama Imam terutama Al-Majlisi dan Al-Kulaini.
Terdapat juga sebuah kitab yang diberi nama Al-Kaafi yang merupakan kitab pegangan mereka yang dianggap setaraf dengan kitab sahih al-Bukhari.
Daripada al-Mughirah r.a., beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya pembohongan ke atasku tidak seperti pembohongan ke atas orang lain, sesiapa yang berbohong atas namaku dengan sengaja, maka tersedialah tempatnya di dalam neraka.” (Sahih Bukhari)
4)Amat menggemari perkara-perkara syirik dan kesesatan.
Perayaan-perayaan mereka penuh dengan amalan syaitan, pagan dan jahiliah.Yang paling popular sudah pasti Upacara Ratapan Karbala.Mereka berlumba-lumba mencederakan diri sendiri. Padahal Nabi Muhammad saw sendiri melarang perbuatan jahiliah itu:
Maksudnya: “Tidak termasuk di dalam golongan kami orang yang memukul-mukul pipinya, mengoyak-ngoyak koceknya, berteriak-teriak seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah.” (Muttafaq ‘alaihi)
5)Bersembahyang di makam-makam (`shrine') dan meletakkan gambar-gambar termasuk gambar Hassan dan Hussein r.a (yang dilukis mengikut imaginasi Syiah).
6)Memakihamun para Sahabat Nabi saw.
Melaknat para sahabat merupakan zikir yang bermain dibibir Syiah di waktu pagi dan petang. Syiah Malaysia pula adalah kurang ekstrim. Mereka sekurang-kurangnya ada menyimpan rasa KURANG SENANG dan CURIGA dengan Sahabat Nabi saw.
Daripada Abu Hurairah ra. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan kamu mencaci sahabat-sahabatku, demi Allah yang nyawaku berada dalam kekuasaan-Nya, sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud (maka perbelanjaan itu tidak dapat menyamai) secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh para sahabat ". (Bukhari dan Muslim)
Al-Imam Malik bin Anas berkata: "Mereka itu adalah suatu kaum yang merancang untuk menghapuskan Nabi namun tidak mampu. Maka akhirnya mereka cela para Sahabatnya agar kemudian dikatakan bahawa dia (Nabi Muhammad) adalah seorang yang jahat, kerana kalau memang dia orang soleh, nescaya para Sahabatnya juga adalah orang-orang soleh."
(Ash-Sharimul Maslul 'ala Syatimirrasul, hal. 580)
7)Mencaci maki isteri-isteri nabi saw.
Amalan mencaci isteri-isteri Nabi terutamanya AISYAH r.a. bagaikan amalan para malaikat bagi mereka dan lebih besar ganjarannya dari pahala selawat (Fitnah yang telah dibawa oleh Abdullah bin Ubai bin Salul terhadap Aisyah r.a dan sahabat Rasulullah saw; Safwan bin Mu'attol , namun telah turun ayat Al-Quran menafikan fitnah tersebut).
"Sesungguhnya orang-orang yang datang membawa berita bohong itu adalah golongan kamu juga. Janganlah kamu kata bahwa perbuatan mereka itu membawa akibat buruk bagi kamu, bahkan itu adalah membaikkan. Setiap orang akan mendapat hukuman dari sebab dosa yang dibuatnya itu. Dan orang yang mengambil bagian terbesar akan mendapat siksaan yang besar pula." (An-Nur:11)
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (dari berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar." (An-Nur:23)
"Sesungguhnya orang-orang yang datang membawa berita bohong itu adalah golongan kamu juga. Janganlah kamu kata bahwa perbuatan mereka itu membawa akibat buruk bagi kamu, bahkan itu adalah membaikkan. Setiap orang akan mendapat hukuman dari sebab dosa yang dibuatnya itu. Dan orang yang mengambil bagian terbesar akan mendapat siksaan yang besar pula." (An-Nur:11)
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (dari berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar." (An-Nur:23)
8)Solat mereka lain dari yang ditunjukkan Rasulullah saw.
Mereka melaknat sahabat dalam bacaan tahiyyat, menepuk paha ketika memberi salam dan sujud di atas batu Karbala. Hatta azan syiah juga mengelirukan dan dipercayai mengandungi syirik.
9)Kalimah syahadah dan iktiqad mereka lebih mendewakan Ali r.a.
10)Mengamalkan Taqiyyah
Taqiyyah ialah doktrin yang membolehkan mereka berpura-pura dihadapan musuh, juga merupakan salah satu `rukun iman’ Syiah.
http://www.youtube.com/watch?v=Q3Jg-rqZovA&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=c1TWoPv9_Ck&NR=1
http://www.youtube.com/watch?v=R711cSQIuHc&NR=1
http://www.youtube.com/watch?v=CDodBItU4h4&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=vvK_zRsSEqc&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=arnwVggQNFU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=pik3V5epnQU&feature=related
Rujukan blog:
http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2010/07/pembohongan-syiah-di-dalam-sejarah.html
http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2011/03/jawapan-aisyah.html
http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2011/03/jawapan-aisyah.html
...nantikan penjelasan berkenaan asal-usul Syiah dalam Bhgn. 3
~menuju cintaNya~
12-Muhammad bin Hasan (868—), juga dikenal dengan Muhammad al-Mahdi
ReplyDelete--> dipercayai oleh mereka sebagai imam Mahdi yang keluar di akhir zaman. mereka mendakwa dia tidak mati, sebaliknya ghaib sahaja.
syukran atas tambahan info `a' =)
ReplyDeletewajib tonton!
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=vjVn3J1DwGQ
Pandangan Sheikh Yusof al-Qaradhawi berkenaan Syiah
ReplyDeletehttp://weekly.ahram.org.eg/2008/916/eg5.htm