Bismillahir rahmaanir rahiim...
Sifat tidak rajin (STR) atau sinonimnya malas adalah umpama penyakit. Perlu diubat atau sebaiknya dicegah. Punca STR banyak. Boleh jadi disebabkan tekanan, kurang motivasi, kurang perancangan atau tabiat negatif dalam diri iaitu suka bertangguh kerja.
STR perlu dielak. Diri perlu dididik. Guru PM ada berpesan, "Life is so precious for you to waste it."
Berikut adalah cadangan tindakan yang boleh diambil ketika diserang STR:
Apabila STR mendominasi diri... |
1) Disiplinkan diri rancang waktu anda setiap hari.
Cuba sedaya upaya pastikan setiap ruang masa diisi dengan menyiapkan tugasan atau melakukan aktiviti yang difikirkan betul dan perlu.
2) Berjumpa dan melihat cara kerja rakan-rakan yang lebih aktif dan rajin.
Melihat suasana yang positif akan memotivasikan diri kita untuk turut menjadi lebih proaktif.
3) Jaga kestabilan emosi.
Jika emosi terganggu lalu tidak ditangani segera dengan baik, konsentrasi dan fokus anda akan terjejas. Jadi, sebolehnya elakkan `stress'. Bahaya!
4) Paksa diri.
Lawan! Jangan dilayan STR ni. Rugi. Bangun dan bergerak sekarang.
5) Masa adalah amanah.
Menjaga masa adalah sifat orang beriman. Orang yang tidak amanah pasti sukar mendapat redha Allah.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Asr (ayat 1-3) berkenaan masa:
Betulkan niat. Jangan putus asa. Selamat Mencuba.
~menuju cintaNya~
p/s: Thank you Syuha (^_^)
hulala... my name been wrote on your page.. hik3... u r welcome my dear..(^_~)
ReplyDelete