March 3, 2011

Hadiah Setiap Hari

Bismillah...

PM ingin berkongsi satu amalan yang dapat menyuburkan rasa kasih dan sayang antara kita dengan insan-insan istimewa dalam hati kita semua, insyaAllah. Boleh diamalkan setiap hari, pagi-pagi sebelum ke kelas, atau ke tempat kerja, semasa dalam perjalanan, sama ada menaiki kenderaan atau berjalan kaki.

Rasional amalan ini, selain mengisi masa, PM teringat satu hadis berkenaan rasa kasih sesama manusia,
“ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri."

berkenaan sedekah,
"Sedekah itu menghapus kesalahan seperti air memadamkan api" (Riwayat at Tirmidzi) 

dan firman Allah berkenaan doa:
"Berdoalah kepadaKu, (niscaya) akan Kuperkenankan bagimu" (Al-Mukmin:60)


"Bismillahirrahmanirrahim...


1) Ya Allah, aku sedekahkan al-Fatihah ini untuk junjungan besar Nabi Muhammad saw, seluruh keluarga dan sahabat baginda.

Diikuti selawat sebanyak 3x (waktu bila lagi boleh peruntuk untuk berselawat keatas baginda kan?)


<Baca surah Al-Fatihah dari awal sampai habis dengan makhraj yang betul dan jelas. Kemudian, buat perkara yang sama untuk 2) hingga 10)>

2) Ya Allah, aku sedekahkan al-Fatihah ini untuk orang-orang beriman terdahulu dan orang-orang beriman sekarang, pejuang-pejuang agamaMu yang terdahulu dan sekarang, wali-wali Allah, ulama'-ulama' Islam, ilmuan-ilmuan Islam, dan orang-orang yang menghormati agama Islam.

3) Ya Allah, aku sedekahkan al-Fatihah ini untuk kedua ibu bapaku. Engkau golongkanlah mereka dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman. Berikan mereka kebahagiaan, dan janganlah Engkau ambil nyawa mereka sebelum Engkau redha terhadap mereka di atas muka bumi ini ya Allah.

4) Ya Allah, aku sedekahkan al-Fatihah ini untuk adik-beradik, ahli keluarga serta seluruh sanak-saudaraku,sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah, jadikan mereka orang-orang yang beriman.
5) Ya Allah, aku sedekahkan al-Fatihah ini untuk sahabat-sahabat serta semua kenalanku sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah, jadikan persahabatan kami persahabatan yang sejati, dan jadikanlah antara kami rasa rindu, sayang, marah atau benci hanya keranaMu.

6) Ya Allah, aku sedekahkan al-Fatihah ini untuk guru-guru dan pendidikku sejak dari kecil hingga sekarang, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah, berkatilah hidup mereka dan golongkanlah mereka dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman.

7) Ya Allah, aku sedekahkan al-Fatihah ini untuk si fulan bin si fulan (kalau ada suami...mudah-mudahan bertambah rasa kasih dan diredhai Allah swt hubungan yang terbina, insyaAllah. Kalau takde, boleh`skip', atau doakan sahaja agar dipertemukan dengan si dia dalam keadaan terbaik olehNya nanti...ameen).

8) Ya Allah, aku sedekahkan al-Fatihah ini untuk seluruh muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.Ya Allah, berilah kesejahteraan kepada umat Islam seluruhnya.

9) Ya Allah, aku sedekahkan al-Fatihah ini untuk diriku sendiri. Ya Allah jadikan aku hambaMu yang taat. Jadikan aku lebih baik dan bertambah baik dari hari ke hari.

10) Ya Allah, aku sedekahkan al-Fatihah ini untuk urusan kami pada hari ini. Ya Allah jadikan hari ini lebih cemerlang dari hari semalam. Bantulah kami capai apa yang ingin kami capai pada hari ini, dan berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami.

Ameen...ameen..ya Rabbal 'alameen.."


* Boleh senaraikan sesiapa sahaja yang anda sayang dan cinta, mudah-mudahan mendapat perhatian dan rahmatNya, insyaAllah. Doa di atas cuma cadangan dari PM. Anda boleh pendekkan, panjangkan atau `detail'kan doa ikut citarasa dan kesesuaian ruang waktu yang anda ada. Semoga usaha kecil ini akan lebih mendekatkan kita semua kepadaNya.

~menuju cintaNya~

1 comment:

  1. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    “Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.

    Riwayat at-Tabrani

    ReplyDelete