Bismillahir rahmaanir rahiim...
Aku punya sahabat. Dua, tiga, lima....Lebih. Sahabat adalah salah satu perkara terindah dalam hidupku. Padaku, mereka indah atas sifat setia terutama ketika aku sedang bangkit dari kekalahan. Memerlukan sokongan. Membina kembali semangat juang dalam diri, untuk terus belajar dalam menjalani hidup sebagai hamba Allah swt di atas muka bumi ini.
Aku menyayangi sahabat-sahabatku. Maafkan kekhilafanku. Terima kasih atas kesabaran kalian menegur, membimbing dan memastikan aku menjadi lebih baik setiap hari, setiap masa. Selalu disisiku. Aku bahagia bersama kalian semua. Kalian penting dalam hidupku. Aku senaraikan kalian dalam `Hadiah Setiap Hari', tanda cintaku pada kalian semua.
Semoga Allah merahmati hidup kalian dan memelihara persahabatan kita semua. Hadis ini untuk renungan bersama.
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Engkau hendak ke mana?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Riwayat Muslim)
Menerima sahabat seadanya |
A - amanah
H - hikmah
A - aspirasi
B - bimbing
A - abadi
T - telus
"Ya Allah ya Tuhanku, jadikan kami sahabat sejati antara satu sama lain, dan peliharalah persahabatan kami hingga akhirat. "
~menuju cintaNya~
p/s: Selamat Hari Lahir ke-25 buat salah seorang sahabat kesayanganku, Ukhti Hafiza Syafika Ahmad Fekeri. Kudoakan kesejahteraan dan kebahagiaanmu setiap waktu dan ketika. Semoga diberkati usia dan dimurahkan rezeki. Ameen...Friends forever ya my dear! InsyaAllah. Lagu kat bawah ni untuk awak \(^_^)/
No comments:
Post a Comment