Bismillahirrahmaanirrahiim...
Hari ini PM ingin berkongsi mengenai salah sebuah buku favourite koleksi peribadi PM. Bagi sesetengah orang, tengok atau dengar sahaja tajuknya semacam kurang menarik. Tetapi sesungguhnya buku ini sangat memikat hati PM dan terasa sangat berbaloi memilikinya.
Ditakdirkan PM menemui buku ini sewaktu berjalan-jalan di MPH Book Store, Alamanda pada April lalu bersama housemate tersayang untuk mencari bacaan bulanan. Kaki meluru laju ke destinasi sambil dalam hati bertanya pada Kekasih hati, buku manakah yang harus dibeli. Tiba-tiba mata terpancing ke arah buku ini - `Negeri 5 Menara'.

Terus sahaja tangan mencapai buku yang terletak di rak teratas di salah satu rak ruangan Novel. Jasad buku dibelek. "Hmm, tebal juga." Merungut, tetapi tetap percaya dengan pilihanNya.
Bahagian belakang buku PM tatap. Ingin menangkap pembayang bagi elemen nilai tinggi yang menjadikan ia bestseller di negara seberang. Antara sinopsisnya:
`Pada hari pertama di Pondok Madani (PM) -"Ahha, ade nama akulah! hehe", Alif terkesima dengan `mantera sakti' man jadda wa jada. Sesiapa yang bersungguh-sungguh, dia pasti berjaya- "Memang biasa dengar ni". Dipertemukan dengan hukuman denda di asrama, -"Eksklusif, sebab cerita pasal kehidupan budak sekolah pondok." Alif bersahabat dengan Raja dari Medan, Said dari Surabaya, Dulmajid dari Sumenep, Atang dari Bandung dan Baso dari Goa. - "Kisah persahabatan, suke ni." ....jangan pernah meremehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar.' -"Setuju dengan kata-kata ni."
Tanpa berfikir panjang, PM terus ke kaunter untuk mengehakmilikkan buku ini.

Setiap hujung minggu yang lapang, tentu sahaja dipenuhi dengan usaha mengkhatamkan`Negeri 5 Menara'. Buku ini ditulis bukan dengan bahasa Melayu, tetapi menggunakan bahasa Indonesia standard, namun PM selesa mengikuti setiap patah perkataan yang disusun. Kagum benar PM dengan kekuatan sastera yang dimiliki A. Fuadi. Pengolahan jalan cerita begitu unik. Masakan tidak, ayatnya kadang-kadang skema tetapi lucu, juga santai tetapi tepat. Subhanallah. Seronok. Begitu mengasyikkan. Khusyuk PM dibuatnya.
Setelah tamat membaca, boleh tahan jugalah halaman-halaman yang dilipat PM rupanya, kerana terpana dek kata-kata penuh inspirasi nukilan penulis yang menghiasi kandungan novel berharga ini. Antaranya ialah:
"Man shabara zhafira. Siapa yang bersabar akan beruntung. Jangan risaukan penderitaan hari ini, jalani sahaja dan lihatlah apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebab yang kita tuju bukan sekarang, tetapi ada yang lebih besar dan asas, iaitu menjadi manusia yang menemukan misinya dalam hidup."
"Seandainya kalian mahu sesuatu dan mahu menjadi sesuatu, jangan hanya bermimpi dan berdoa, tetapi berbuatlah, berubahlah, lakukan saat ini juga. Sekarang juga!"
Bersemangat bukan? Ada banyak lagi `kejutan' dalam buku yang menjadi kesayangan PM ini. Kalau nak tahu, kena bacalah. PM jamin tidak akan mengecewakan, insyaAllah.
Tajuk: Negeri 5 Menara
Penulis: A. Fuadi
Terbitan: PTS Litera Utama Sdn. Bhd
Harga: SeM RM20.00 Sbh/Srwk RM23.00
Selamat membaca. Enjoy it! Mudah-mudahan bermanfaat =)
~menuju cintaNya~
No comments:
Post a Comment