Ya Allah,
Dulu...
Di tahun yang lalu,
Nafsu menakluk iman
Emosi merajai akal fikiran
Tidak pernah mahu kalah
Astaghfirullah
Di tahun yang lalu,
Jatuh tersungkur dan terdiam
Juga terbenam dalam lubang yang dalam
Letih, lelah dan lemah
Allah...
Di tahun yang lalu,
Keliru dan lupa arah tuju
Malah sesekali berputus asa denganMu
Terasa hidup sudah punah
Na'uzubillah
Namun di sebalik derita itu...
Kau eratkan hubungan kekeluargaanku
Kau hadiahkan begitu ramai teman yang menyokong
Kau datangkan insan-insan untukku tolong
Kau ikatku dengan amanah agar tiada helah
Kau paparkan kisah agar dapat kukutip ibrah
Alangkah baiknya diriMu wahai Allah
Subhanallah
Ya Allah,
Kini setahun telah berlalu...
Di tahun yang baru,
Iman kulatih menuntun nafsu
Akal kutatih mendahului emosi selalu
Indahnya sabar kurniaanMu Allah
Lailaha illallah
Di tahun yang baru,
Diri ringan bermuhasabah
Paksa bangkit walau semangat patah pecah
KeranaMu, aku kembali mengatur melangkah
Alhamdulillah
Di tahun yang baru,
Semakin jelas matlamat yang satu
Luasnya kasih sayangMu meliputi segala sesuatu
Akan kuberjuang agar Cinta terus mekar
Allahu Akbar.
Abu Hurairah ra berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,
“Allah telah menjadikan kasih sayangNya terbahagi kepada seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisiNya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Daripada satu bahagian itulah para makhluk saling mengasihi, sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya.”
(Riwayat Musim)
~menuju cintaNya~
No comments:
Post a Comment