April 28, 2011

Kenali Syiah Bhgn. 3: Asal-Usul


Bismillahir rahmaanir rahiim...

Selepas Perang Siffin dan Majlis Tahkim yang menyaksikan kelicikan Muawiyyah dan kesabaran Ali r.a,umat Islam berpecah kepada 4 kelompok secara politik, iaitu pro-Ali, pro-Muawiyyah, Khawarij dan orang-orang Islam yang mengambil sikap berkecuali atau tunggu dan lihat.

Khawarij adalah kelompok yang bencikan kedua-duanya; Ali dan Muawiyyah dan menghalalkan darah mereka untuk ditumpahkan. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’,yang terlibat dalam pembunuhan ‘Usman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta Saidina Hassan r.a.

TRAGEDI KARBALA

Apabila
Mu’wiyyah r.a meninggal dunia, anaknya Yazid bin Mu’awiyyah r.a telah diangkat menjadi pengganti. Perlantikan Yazid ini telah dipersetujui [bai’ah] oleh majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat Islam.

Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru.

Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.

Mendengar sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka Saidina Hussain mengutus Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar pandangan mereka.

Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat Saidina Hussain tersebut.

Ini adalah kerana mereka dapat menghidu helah golongan Syiah (asalnya Khawarij) di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka berpandangan sokongan kuat yang kononnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan merupakan dalih mereka untuk menimbulkan suasana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.

Bahaya fitnah golongan Syiah  

Selain itu, mereka berpendapat bahawa pelantikan Yazid bin Mu’awiyyah sebagai khalifah sah kerana telah dibai’ah oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. sendiri melarang untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah.

Oleh sebab itu, mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai pemberontakan penduduk Kufah tersebut. Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghentikan hasrat beliau untuk ke Kufah.

Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah, maka Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah.

Berikut merupakan pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad: 
"Saya mendapat tahu bahawa Hussain telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangimu dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku".
(Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms. 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala yang ditulis oleh Mawlana Muhammad Asri Yusoff).

PEMBUNUH SAIDINA HUSSAIN R.A

Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi’ah di sana. Sebelum orang-orang Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan golongan Syi’ah. Lalu Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid.

Golongan Syi’ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan terancam.

Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala.

Menurutnya lagi: Sejarah memaparkan bahawa dia (Syits bin Rab’ie seorang Syi’ah dari Kufah) yang mengetuai 40,00 bala tentera untuk menentang Saidina Hussain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain.
(Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 37. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala)

‘Abdullah ibnu ‘Umar r.a ( Ibnu Umar ) seorang sahabat Nabi yang besar kedudukannya telah mempertanggungjawabkan penduduk Kufah atas kematian Saidina Hussain.

Hakikatnya ketika Al Husain datang memenuhi panggilan Syiah Kufah, dan ketika pasukan ‘Ubaidillah bin Ziyad membantai Al Husain dan 17 orang Ahlul Bait di Karbala,tak seorang pun dari orang-orang Syiah itu yang membela beliau.

Ulama’ Syi’ah, Mulla Baaqir Majlisi telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Hussain sebelum syahid di Karbala: "Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat niat-niat jahat kamu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kami di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepada kamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami." 
(Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala).

Saidina Hussain sudah tentu marah atau 'bengang' dengan orang yang disangka jujur dan mahu menolong serta melindunginya tiba-tiba mengkhianatinya. Yazid dan gabenornya sudah tentu tidak disetujui awal-awal dan Saidina Hussain maklum segala penyelewengan dan kemungkaran mereka,namun orang-orang Kufah yang mengaku 'Syiah' kepada cucu Nabi itu (menyokong dan sanggup berdiri di belakang beliau) tiba-tiba tidak mahu datang menolong seorang pun padahal jarak antara Kufah atau Najaf dengan Karbala amat dekat.Bayangkan tentera Ubaidillah boleh tiba dari Basrah yang jauh,bagaimana pula penduduk Kufah hampir dengan tempat kejadian,yang mengaku sehidup semati dengan keturunan Ali r.a itu boleh mengkhianati cucu nabi tersebut dan tidak datang menolong pun. Hal ini disahkan oleh sejarawan Syiah sendiri dan jika kita baca kisah-kisah Karbala mereka pun diceritakan jumlah korban di pihak Saidina Hussain ialah 70-80 orang sahaja (kesemuanya kaum keluarga,kerabat dan pengikut yang datang bersama-sama beliau).

Dalam sejarah, Umar Bin Saad Bin Abi Waqqas (Saad Bin Abi Waqqas adalah sahabat Nabi yang berdakwah ke China,di mana dari China inilah Islam fasa pertama dibawa ke Nusantara) adalah orang yang diutus oleh Muslim bin 'Aqil kepada Saidina Hussain untuk memberitahu pembelotan orang Kufah. Namun jika anda baca kisah-kisah Karbala versi Syiah,anda akan dapati nama Umar Bin Saad Bin Abi Waqqas ini adalah orang yang jahat dan yang memerintahkan tubuh cucu Nabi dipijak-pijak. [Konspirasi Syiah]

Sudah tentu orang Kufah begitu memusuhi Saad bin Abi Waqqas kerana memberitahu Saidina Hussain penyelewengan mereka.

Selepas balatentera Ubaidillah pergi,barulah ada penduduk Kufah yang datang melihat kesan-kesan tragedi ini...betapa menyesalnya mereka melihat kesan pengkhianatan mereka itu sehingga ada yang meraung-raung,menangis dalam penyesalan yang dasyat.

Upacara ratapan karbala

Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Saidina Hussain itu kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Saidina Hussain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.

Rujukan blog:


~menuju cintaNya~

April 27, 2011

Song: I Think of You




When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother's eyes
I think of You...

ربنا الرحمن
مبدع الأكوان
صاحب الجلال
من له الكمال
لا رب سواه
لا رب سواه

Miracles
Are everyday
The moon will come
as the sun will fade
Forever this way

When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother's eyes
I think of You...I think of You

Subhanallah....Subhanallah...
Subhanallah...Subhanallah... 

A seed that grows
From a tiny shell
Becomes a tree
Feeding you and me
Here for our needs

هذه الأطيار
تلكم الأزهار
ونجوم الليل
من صنع الله
لا رب سواه

When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother's eyes
I think of You...I think of You

Subhanallah....Subhanallah...
Subhanallah...Subhanallah...



"Indeed, in the creation of the heavens and earth, and the alternation of the night and the day, and the [great] ships which sail through the sea with that which benefits people, and what Allah has sent down from the heavens of rain, giving life thereby to the earth after its lifelessness and dispersing therein every [kind of] moving creature, and [His] directing of the winds and the clouds controlled between the heaven and the earth are signs for a people who use reason."
(Al-Baqarah: 164)


Mesut Kurtis (featuring Irfan Makki)
Source: http://www.facebook.com/note.php?note_id=83197648620


~towards His love~

April 25, 2011

Be Brave!


Be brave, 
It shows willingness;

Be brave,
It grows confidence;

Be brave,
It speaks truth;

Be brave,
It proves sincerity;

Be brave,
It teaches tawakkal;

Be brave,
It brings peace;

Be brave,
It realizes future;

Be brave,
I'm with you, 
We are with you,
May Allah be with us, insyaAllah.


Trust yourself


"Oh Allah, grant us Your guidance. Ameen.."

~towards His love~

April 22, 2011

Hakikat Bahagia





Bismillahir rahmaanir rahiim...

Ya Allah,
Aku diuji....berkali-kali,
Aku tersungkur malah terbenam dalam lubang yang dalam,

Ya Allah,
Sungguh kutahu ujian ini bukti perhatianMu,
Tersungkurnya aku atas teguranMu dek kealpaanku,

Ya Allah,
Bertuahnya aku dipilihMu untuk diuji,
Terasa diri ini istimewa,

Ya Allah,
Syukurku atas kasih sayangMu,
Atas ajakanMu agar lebih mencintaiMu,

Ya Allah,
Tenangkan aku, lapangkan dadaku dengan aturanMu,
Bimbing aku agar bertambah cintaku...,
..dengan bertambahnya ujian dariMu.

"Bahagia itu adalah suatu ketenangan, kesyukuran, kesabaran..."

~menuju cintaNya~

April 21, 2011

Kenali Syiah: Bhgn. 2


Bismillahir rahmaanir rahiim...


Apa itu Syiah? 

Syiah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: pembela dan pengikut seseorang.Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara. 
(Tahdzibul Lughah, 3/61, karya Azhari dan Tajul Arus, 5/405,karya Az-Zabidi. Dinukil dari kitab Firaq Mu'ashirah, 1/31, karya Dr. Ghalib bin 'Ali Al-Awaji). 

Syiah adalah satu kelompok berasaskan politik pada mulanya terutama selepas peristiwa Majlis Tahkim (pertemuan bertujuan mendamaikan perselisihan antara Ali r.a dan Muawiyyah) namun telah meleret-leret kepada masalah aqidah dan hukum Islam termasuk ibadah. 

Syiah telah terbahagi kepada banyak cabang seperti Imamiyah atau Itsna 'Asyariah (12 Imam atau juga dikenali sebagai Ja'fariyah), Ismailiyah, Fatimiyah dan Zaidiyah. Kebanyakan perbezaan di antara mereka adalah perbalahan tentang jumlah Imam; iaitu perkara terpenting dalam aqidah Syiah. 

Syiah Imamiyah atau Syiah Imam 12 menjadi pilihan kebanyakan pengikutnya di Malaysia juga di dunia; sejak Iran diketahui umum adalah negara yang menganut fahaman Syiah ini. (Huraian di bawah adalah berkenaan Syiah Imamiyah- ancaman tertinggi terhadap Islam)

Kenapa Syiah tertolak? 

Syiah mendakwa Saidina Ali r.a lebih utama daripada sahabat-sahabat lain. Mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja iaitu Salman al-Farisi, Abu Dzar al-Ghafari dan al-Miqdad ibn al-Aswad. Definisi sahabat menurut Ibnu Hajar, Ahmad ibn Ali, al-Isabah dalam Maktab al-Kuliyyat Azhariyyat ialah orang yang bertemu dan beriman dengan Nabi saw dan mati di dalam Islam. Mengkafirkan sahabat di sini juga bermaksud menafikan periwayatan (hadis sahih) dan seterusnya menolak hadis Nabi saw. Seperti yang kita ketahui sumber aqidah Islam terdiri daripada Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Jika salah satu daripada sumber utama ini ditolak, maka aqidahnya adalah tidak sah.

Ciri-ciri penganut Syiah? 

1) Taksub kepada 12 Imam: 
1-Ali bin Abi Thalib (600–661), juga dikenal dengan Amirul Mukminin 
2-Hasan bin Ali (625–669), juga dikenal dengan Hasan al-Mujtaba 
3-Husain bin Ali (626–680), juga dikenal dengan Husain asy-Syahid 
4-Ali bin Husain (658–713), juga dikenal dengan Ali Zainal Abidin 
5-Muhammad bin Ali (676–743), juga dikenal dengan Muhammad al-Baqir 
6-Jafar bin Muhammad (703–765), juga dikenal dengan Ja'far ash-Shadiq 
7-Musa bin Ja'far (745–799), juga dikenal dengan Musa al-Kadzim 
8-Ali bin Musa (765–818), juga dikenal dengan Ali ar-Ridha 
9-Muhammad bin Ali (810–835), juga dikenal dengan Muhammad al-Jawad atau Muhammad at Taqi 
10-Ali bin Muhammad (827–868), juga dikenal dengan Ali al-Hadi 
11-Hasan bin Ali (846–874), juga dikenal dengan Hasan al-Asykari 
12-Muhammad bin Hasan (868—), juga dikenal dengan Muhammad al-Mahdi 

Ilustrasi 12 Imam Syiah

2)Gemarkan Label 
Orang-orang Syiah gemarkan label-label.Apa jua perkataan yang ada bau-bau 'Syiah' samaada 'Syiatihi' atau seumpamanya,dijumpai dalam hadis atau ayat Quran, maka didakwanya merujuk kepada golongan mereka. Padahal perkataan 'Syiah' bukanlah sesuatu yang eksklusif; ia adalah perkataan bahasa Arab biasa yang bermaksud golongan. 


3)Mereka-reka Hadis
Golongan Syiah suka mencipta dan bereksperimen dengan hadis-hadis palsu. Hadis-hadis dinisbatkan kepada nama-nama Imam terutama Al-Majlisi dan Al-Kulaini.
Terdapat juga sebuah kitab yang diberi nama Al-Kaafi yang merupakan kitab pegangan mereka yang dianggap setaraf dengan kitab sahih al-Bukhari.

Daripada al-Mughirah r.a., beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya pembohongan ke atasku tidak seperti pembohongan ke atas orang lain, sesiapa yang berbohong atas namaku dengan sengaja, maka tersedialah tempatnya di dalam neraka.” (Sahih Bukhari)


4)Amat menggemari perkara-perkara syirik dan kesesatan.
Perayaan-perayaan mereka penuh dengan amalan syaitan, pagan dan jahiliah.Yang paling popular sudah pasti Upacara Ratapan Karbala.Mereka berlumba-lumba mencederakan diri sendiri. Padahal Nabi Muhammad saw sendiri melarang perbuatan jahiliah itu: 

Maksudnya: “Tidak termasuk di dalam golongan kami orang yang memukul-mukul pipinya, mengoyak-ngoyak koceknya, berteriak-teriak seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah.”  (Muttafaq ‘alaihi) 

5)Bersembahyang di makam-makam (`shrine') dan meletakkan gambar-gambar termasuk gambar Hassan dan Hussein r.a (yang dilukis mengikut imaginasi Syiah).

6)Memakihamun para Sahabat Nabi saw.
Melaknat para sahabat merupakan zikir yang bermain dibibir Syiah di waktu pagi dan petang. Syiah Malaysia pula adalah kurang ekstrim. Mereka sekurang-kurangnya ada menyimpan rasa KURANG SENANG dan CURIGA dengan Sahabat Nabi saw. 

Daripada Abu Hurairah ra. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan kamu mencaci sahabat-sahabatku, demi Allah yang nyawaku berada dalam kekuasaan-Nya, sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud (maka perbelanjaan itu tidak dapat menyamai) secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh para sahabat ". (Bukhari dan Muslim) 

Al-Imam Malik bin Anas berkata: "Mereka itu adalah suatu kaum yang merancang untuk menghapuskan Nabi namun tidak mampu. Maka akhirnya mereka cela para Sahabatnya agar kemudian dikatakan bahawa dia (Nabi Muhammad) adalah seorang yang jahat, kerana kalau memang dia orang soleh, nescaya para Sahabatnya juga adalah orang-orang soleh." 
(Ash-Sharimul Maslul 'ala Syatimirrasul, hal. 580) 

7)Mencaci maki isteri-isteri nabi saw.
Amalan mencaci isteri-isteri Nabi terutamanya AISYAH r.a.  bagaikan amalan para malaikat bagi mereka dan lebih besar ganjarannya dari pahala selawat (Fitnah yang telah dibawa oleh Abdullah bin Ubai bin Salul terhadap Aisyah r.a dan sahabat Rasulullah saw; Safwan bin Mu'attol , namun telah turun ayat Al-Quran menafikan fitnah tersebut).

"Sesungguhnya orang-orang yang datang membawa
berita bohong itu adalah golongan kamu juga. Janganlah kamu kata bahwa perbuatan mereka itu membawa akibat buruk bagi kamu, bahkan itu adalah mem­baikkan. Setiap orang akan men­dapat hukuman dari sebab dosa yang dibuatnya itu. Dan orang yang mengambil bagian terbesar akan mendapat siksaan yang besar pula." (An-Nur:11)

"S
esungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (dari berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar." (An-Nur:23) 

8)Solat mereka lain dari yan
g ditunjukkan Rasulullah saw.
Mereka melaknat sahabat dalam bacaan tahiyyat, menepuk paha ketika memberi salam dan sujud di atas batu Karbala. Hatta azan syiah juga mengelirukan dan dipercayai mengandungi syirik.

9)Kalimah syahadah dan iktiqad mereka lebih mendewakan Ali r.a. 

10)Mengamalkan Taqiyyah 
Taqiyyah ialah doktrin yang membolehkan mereka berpura-pura dihadapan musuh, juga merupakan salah satu `rukun iman’ Syiah. 

Beberapa video berkaitan isu ini (kalau mampu diharap dapat tonton semua):
http://www.youtube.com/watch?v=Q3Jg-rqZovA&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=c1TWoPv9_Ck&NR=1
http://www.youtube.com/watch?v=R711cSQIuHc&NR=1
http://www.youtube.com/watch?v=CDodBItU4h4&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=vvK_zRsSEqc&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=arnwVggQNFU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=pik3V5epnQU&feature=related


Rujukan blog:

...nantikan penjelasan berkenaan asal-usul Syiah dalam Bhgn. 3
~menuju cintaNya~

April 20, 2011

Kenali Syiah: Bhgn. 1

Bismillahir rahmaanir rahiim...
Sumber: http://syiahmalaysia.blogspot.com/2010/11/sahabat-ahli-sunnahku-bacalah.html
***

Pagi tadi selepas kelas Political Science, aku terus pulang ke Mahallah Saffiyah. Cadangnya nak baca Ulum Quran. Esok ada mid term. Berselisih dengan Ameerah si pipi merah bermata biru. Salam dihulur. Pipi bertemu.

“I miss you, ukhti. Sudah lama tak berjumpa”, katanya kepadaku. Aku tersenyum membalas. 

Lantas kutanyakan kepadanya. 

“Sekarang inikan minggu memperingati Al-Quds, Filastin? Kamu tak sertai mereka buka booth?” 

“Ooh..saya ada juga dengar tentangnya.” Jawabnya dengan muka bersahaja. Aku jadi hairan melihat reaksinya itu. Sepatutnya dia perlu bersemangat kerana bukankah Palestin adalah negaranya yang perlu dilindungi? Lalu kutanyakan lagi. 

“Kamu bukankah orang Palestin?” 

“Tidak ya ukhti. Ana min Iraq.” 

Masya Allah.. Aku jadi terlupa bahawa Ameerah sebenarnya berasal dari Baghdad. Ini mesti aku telah tercampur aduk dengan Sameer, Na’il dan David yang dari Palestin itu. Benar. Ameerah berasal dari Baghdad. Lantas cerita-cerita lama tentangnya bermain di fikiranku. Tentang ibunya yang sudah tua tinggal keseorangan di sana. Yang tinggal hanya dia dan adik perempuannya sahaja. Ayah dan saudara-saudara lelakinya telah terbunuh. 

“Isu di Iraq lebih besar, Syakira. Lebih besar daripada isu Palestin” 

Aku terdiam. Membesarkan mata tanda perlukan penjelasan. 

“Puak-puak Syiah membunuh kami orang-orang Sunnah. Mereka bukan membunuh secara biasa, tetapi mereka menyeksa kami dengan seksaan yang dahsyat. Mereka mencungkil mata kami, menggerudi tubuh kami sehingga kami mati.” 

Aku beristighfar. Aku keliru. "Apakah Syiah ini Muslim?" 

Semasa semester satu tahun lepas, Syiah ialah tajuk assignment yang aku pilih untuk subjek Introduction to Fiqh. Mungkin 5 buah buku rujukan yang aku baca masih tidak mencukupi untuk aku memahami situasi sebenar. Aku maklum dengan firqah mereka. Zaidiyyah, Ismailiah, Fatimiyah dan lain-lain lagi, serta 12 imam mereka. Aku maklum dengan ajaran-ajaran mereka yang aneh-aneh lagi gharib itu. Rupanya apa yang aku maklum itu hanyalah makluman yang secebis cuma. Rupanya apa yang aku maklum itu hanya serba berdikit sahaja. 

“Tidak. Mereka bukan Muslim. Asalnya mereka adalah agama dari Parsi.” jawab Ameerah menghilangkan kegusaranku. 

“Di hadapan kamu, mereka mengaku mereka Muslim, tetapi pada hakikatnya, mereka ingin menghancurkan Islam. Mereka ingin menghancurkan Al-Quran. Mereka ingin menghancurkan Sunnah. Mereka menolak Nabi Muhammad saw”, sambungnya lagi dengan penuh semangat. 

Aku mendengar penuh teliti. 

“Mereka menutup isu ini daripada pengetahuan umum. Dahulunya banyak puak Sunni yang tinggal di Iraq. Tetapi sekarang sudah semakin berkurang kerana mereka membunuh kami setiap hari. Cuba kamu bayangkan kami berjiran dengan Syiah, lalu mereka masuk ke dalam rumah kami dan menyeksa kami sebelum membunuh. Kanak-kanak, orang tua dan semua orang-orang Sunni. Sehinggakan kami sangat takut untuk mengaku kami ini Sunni di hadapan mereka. Hatta sekarang kemudahan air puak Sunni sedang dipotong oleh mereka.” 

“Mereka kata Saddam Hussein itu zalim. Sedangkan hak-hak mereka telah Saddam penuhi. Dia memberi kemudahan dan kedudukan kepada mereka. Tapi akhirnya mereka mendakwa Saddam tidak memberikan mereka hak apa pun. Saddam berpemikiran tentera. Walaupun dia tidak begitu Islamic tetapi dia tetap golongan Sunni.” 

“Ramai orang tak tahu, Syakira.” 

“Apabila keadaaan sudah jadi begini, tiada siapakah yang datang membantu kamu, Ameerah?”, tanyaku. 

Perbualan kami menjadi semakin panjang. Campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab melancarkan perbincangan. Berbincang di tengah panas mentari pagi pada jam 1015 di hadapan pondok pengawal Mahallah Saffiyyah, tidaklah sepanas hati Ameerah menceritakan segala kekejaman Syiah kepadaku. 

“Tiada siapa datang membantu. Ini semua hanya permainan politik. Mereka Syiah bekerjasama dengan US. Malah Tanah Arab di sekitarnya turut berkerjasama dengan US. Mereka tidak bisa berkata apa-apa”, jawabnya sambil tersenyum. 

Senyumannya yang kurasakan hanya untuk menyembunyikan perasaannya sebenar. Kagum. Aku kagum melihat dia yang masih mampu tersenyum. Jika aku di tempatnya mungkin sudah basah kain kerudungku menyapu air mata. Apatah lagi mengenang ibunya yang keseorangan di Baghdad. 

“Di Palestin situasinya berbeza. Mereka mendapat simpati dari seluruh dunia. Kerajaan Arab di sekitar datang membantu mereka. Orang-orang Yahudi membunuh hanya segolongan daripada mereka sahaja. Golongan mujahidin yang mempertahankan Al-Aqsa sahaja dibunuh, serta ahli keluarga mereka yang terlibat dihalau dari tanah mereka. Sesetengahnya tidak dibunuh tapi hanya dihalau. Sekiranya dibunuh, mereka akan dibunuh dengan senang menggunakan senapang dengan tembakan sahaja. Tetapi kami? Mereka menyeksa, mencungkil biji mata kami hidup-hidup. Seksaan Yahudi itu lebih ringan jika dibandingkan dengan apa yang Syiah lakukan. Apa yang Yahudi mahukan hanyalah tanah Palestin dan tapak Haikal di Al-Aqsa”, terangnya. 

Aku perhatikan betul-betul butir bicaranya..“Tetapi situasi kami di Iraq sangat-sangat genting. Mereka membunuh SEMUA orang Sunni. Mereka mahu menghapuskan Sunni dari tanah Iraq. Ketahuilah Syakira, apabila mereka sudah selesai di Iraq, mereka pasti akan beralih ke negeri lain pula.” 

“Jadi saya ingin tanyakan kepada kamu, Syakira. Yang mana satu perkara yang lebih berbahaya antara dua keadaan ini? Palestin atau keselamatan Islam dan Sunni di Iraq? Ya Syakira, kamu foreigners. Mungkin kamu tidak tahu. Kami ini orang Arab. Dari tanah Arab. Kami tahu hal yang sebenarnya terjadi,” jelas Ameerah. 

“Jika kamu tanyakan kepada orang Palestin bagaimana kehidupan mereka sekarang, mereka pasti akan mejawab, “Kami hidup dengan tenang.”

Dalam perkara ini mungkin ada benarnya juga. Aku sudahpun singgah di booth Palestin dan bertanya keadaan Palestin sekarang. Mereka menjawab 50-50. 

Sambung Ameerah lagi, “ Gambar-gambar kekejaman yang mereka tunjuk itu adalah gambar-gambar lama. Lihatlah pada tarikhnya. Sekarang ianya sudah tiada lagi. Saya hairan dengan orang Palestin yang mempromosikan hal ini. Mereka kata mereka bersedih. Tetapi jika ditanya, adakah mereka berjuang menentang Yahudi? Mereka menjawab tidak. Akan tetapi, jika kamu tanya mereka tentang Iraq, mereka tidak tahu. Cuba kamu tanyakan mereka tentang gambar-gambar kekejaman yang berlaku sekarang. Mereka tidak ada,” terangnya panjang lebar. 

Sekali lagi mungkin ada benarnya juga kata-kata Ameerah ini. Aku pernah bersembang dengan beberapa brothers Palestin. Aku tanyakan adakah mereka berperang dengan Yahudi? Mereka katakan tidak. Mereka punyai anggota mujahidin tersendiri. Entah lah. Aku pun tak pasti. 

Aku teringin benar melihat gambar-gambar kekejaman Syiah di Iraq. Walaupun akan tahu aku tidak sanggup, mungkin menjeling sikit-sikit boleh lah. 

“Saya ada gambarnya dalam laptop saya. Suatu hari nanti saya akan tunjukkan pada kamu. Syakira, apa yang saya ceritakan ini bukannya mahu menagih simpati atau belas kasihan orang ramai. Tetapi saya berharap benar agar orang ramai akan tahu situasi yang menggugat Islam sedang berlaku,” ujarnya mengakhiri kalam. 

Aku terkejut dan terharu mendengar cerita ini. Tidak tahu apa yang harus dikatakan melainkan berdoa agar mereka dilindungi oleh Allah SWT. Kedua-dua isu Iraq dan Palestin tak boleh diketepikan.
***

Beberapa video berkaitan isu ini:
http://www.youtube.com/watch?v=pINY9yrzPvU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=Sc2TKHfrop8&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=j1fYUT7_3Gw
http://www.youtube.com/watch?v=eb9kIkqGM5s&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=9ZqrlVWkkXM&feature=related

~menuju cintaNya~

April 19, 2011

Lagu: Rimbun Keampunan


Ya Allah
Dengan rahmatMu
Ya Rahim
Ampuni kami…

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan 
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian 
Kukutip sisa-sisa dari segala keruntuhan 
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan 

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan 
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar 
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan 
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda 

Ku minta diberikan sejenak kesempatan 
Untukku ulangi kembali langkah pertama 
Keperitan yang kurasa mengajar erti kesabaran 
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan 

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan 
Melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa 
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya 
Masih kusedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan 

Ohhhh (Ya Rahman) 
Dengan rahmatMu....(Ya Rahim) 
Dengan kasih sayangMu 
Ampuni kami... 

Ku minta diberikan sejenak kesempatan 
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama 
Kepayahan kurasakan mengajar erti kesabaran 
Mengenalkanku insan amat memerlukan Mu Oh Tuhan 

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan 
Melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya 
Masih kusedar ku sedang diperhatikanMu Oh Tuhan


Hijjaz

~menuju cintaNya~

April 17, 2011

Song: Make Me Strong



"Man shabara zhafira. Siapa yang bersabar akan beruntung.
Jangan risaukan penderitaan hari ini, jalani sahaja dan lihatlah apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebab yang kita tuju bukan sekarang, tetapi ada yang lebih besar dan asas, iaitu menjadi manusia yang menemukan misinya dalam hidup." 

"Jangan pernah mengizinkan diri dipengaruhi oleh unsur luar diri. Oleh siapapun, apa pun dan suasana bagaimanapun. Kalianlah yang berkuasa terhadap diri kalian sendiri. Jangan serahkan kekuasaan kepada orang lain. Pilihlah suasana hati kalian, dalam suasana paling kacau sekalipun. Kerana kalianlah tuan dan penguasa hati kalian. Dan hati yang selalu dapat dikuasai pemiliknya, adalah hati orang yang sukses." 

(Ustaz Salman) ~Negeri 5 Menara; A. Fuadi.


~towards His love~

April 16, 2011

Sujud Sahwi


Bismillahir rahmaanir rahiim...

Sujud sahwi adalah nama bagi ‘dua sujud’ yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat disebabkan terlupa. Kekurangan dalam solat yang dimaksudkan adalah apabila berlakunya:

1)Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud,   berdiri atau duduknya. 
2)Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.
3)Mengalami keraguan (syak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat. 

Beberapa riwayat yang merakamkan amalan sujud sahwi ini seperti:

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a.:
Pada suatu ketika Nabi s.a.w. bersolat Zuhur lima rakaat, lalu ditanya: Apakah rakaat solat ini memang telah ditambah? Baginda bertanya: Mengapa demikian? Para sahabat menjawab: Anda telah melakukan solat lima rakaat.
Maka baginda pun sujud dua kali setelah memberi salam itu. (Sahih al-Bukhari);

Daripada Abdullah bin Buhainah r.a.:

Bahawasanya Nabi s.a.w. solat zuhur bersama mereka. Baginda bangkit pada rakaat kedua dan tidak duduk (yakni tidak melakukan tasyahhud awal), para makmum pun ikut berdiri bersama Baginda hingga ketika hendak selesai solat, sedang makmum menunggu salamnya, Baginda bertakbir dalam posisi duduk lalu sujud dua kali sebelum salam, kemudian baru salam. (Sahih al-Bukhari); 

Daripada Abu Hurairah r.a (beliau berkata):

Kami solat bersama Rasulullah saw pada salah satu solat di waktu siang hari tetapi baginda hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Kebetulan di antara mereka terdapat seorang lelaki bernama Dzulyadain, beliau bertanya (kepada Rasulullah): “Ya Rasulullah, adakah anda telah lupa atau solat tadi itu memang telah dipendekkan?” Baginda bersabda: “Aku tidak lupa dan solat tadi tidak pula dipendekkan.” Maka Rasulullah pun bertanya kepada para sahabat, “Adakah benar sebagaimana apa yang dikatakan oleh Dzulyadain?” Para sahabat menjawab: “Benar”.
Maka baginda pun menuju kembali ke tempat semula (tempat solat) dan
 menyempurnakan baki rakaat yang ditinggalkan, kemudian terus memberi salam. Setelah salam itu baginda bertakbir, sujud sebagaimana biasa atau agak panjang sedikit, lalu mengangkat kepala dan bertakbir. Seterusnya baginda bertakbir lagi lalu bersujud seperti biasa atau agak lama sedikit, kemudian mengangkat kembali kepalanya. Kemudian baginda memberi salam.
(al-Bukhari).

Cara melaksanakan sujud sahwi seperti yang disebut oleh Imam Nawawi r.a. ;

"Sujud sahwi dilakukan dua kali dan dipisahkan antara kedua-duanya dengan duduk istirasy (duduk antara dua sujud). Sebelum salam, dia hendaklah duduk tawarruk (duduk tahiyyah akhir). Cara sujud dan bacaannya adalah sama seperti sujud dalam solat fardhu." 
(Kitab al-Majmu’).

Apabila diteliti hadis-hadis Rasulullah s.a.w. berkaitan sujud syahwi, Baginda s.a.w. tidak pernah mengajarkan bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Dalam hadis sahih dinyatakan bahawa bacaan-nya adalah sama seperti bacaan ketika sujud di dalam solat.
Namun, di dalam masyarakat kita mereka selalunya mengamalkan bacaan seperti ini:




“Maha suci Tuhan yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa” 


Rujukan atau baca selanjutnya di: 

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/08/perihal-tatacara-sujud-syahwi-yang.html
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2009/07/157-melakukan-sujud-sahwi-jika.html


~menuju cintaNya~