Semasaku kecil, aku melihat siswa/siswi dalam televisyen, “Wah, kagumnya, kakak tu, abang tu. Mesti mencabar belajar di sana. Semua pakai labtop. Hebatnya!”. Bila dah bergelar mahasiswa “ah! biasa sajalah. Makan, minum, belajar, basuh baju, ‘assignment’ (istilah masa sekolah: kerja rumah)”.
Tengok orang menembak seronok dan kagum “hebatnya dia!”, tapi bila sudah berpeluang menembak, mencuci, mengusung M16 ke hulu hilir “ah! biasa sajalah”.
Begitulah lumrahnya, manusia cepat menaruh persepsi dan penilaian terhadap perkara yang dilihat dan didengar. Tetapi apabila sudah beramal atau mengalami sendiri, persepsi pasti berubah!. Cepat kagum dan benci ‘mencelik dengar’. Walhal, penilaian setiap manusia itu terlalu rumit tidak cukup dengan hanya tidak ‘membuta tuli’ malahan Allah sahajalah yang Maha Mengetahui apa yang terlintas di dalam nurani setiap hambanya.
Oh, saya terfikir, adakalanya perasaan kagum dan benci kepada seseorang (termasuk terhadap diri sendiri) berupaya menjerat kita kepada tipu muslihat syaitan. Seperti apa yang berlaku kepada iblis yang enggan taat kepada Allah kerana “aku lebih baik daripada dia (Adam)”. Sebenarnya, apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini, samada dipandang berupa kebaikan dan kejahatan (kejayaan dan kegagalan) semuanya adalah atas rahmat Allah SWT.
Di sekolah, kita diajarkan dalam subjek pendidikan islam/moral/sivik berteraskan al-Quran dan Sunnaturrasul, bahawa kita diseru berusaha melaksanakan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran (melakukan apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan laranganNya). Namun, kita juga harus ingat bahawa selaku hamba kepadaNya, apa yang menjadi ikrar setiap muslim iaitu kalimat syahadah “Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad adalah rasul Allah” meletakkan kebergantungan kita kepada Allah sepenuhnya kerana Dia adalah Tuhan kita.
“Katakalah: Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allahlah kamu boleh bergembira, dan itulah yang lebih baik (berguna) bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri”
(Yunus:58)
~tukang taip~ (~snm~)
Pembetulan:
ReplyDeletemakna laa ilaaha illallah:
Tiada Tuhan YANG LAYAK DISEMBAH melainkan Allah.
wallahu'alam~
okess noted. syukran atas teguran kak =)
ReplyDelete