July 14, 2011

Kenali Syiah Bhgn. 8: Ada Apa dengan Revolusi Iran?

Bismillahir rahmaanir rahiim...

Salah satu fitnah besar yang melanda kaum muslimin di era 80-an adalah fitnah Revolusi Iran. Bagaimanakah hakikat revolusi Iran tersebut? Siapakah tokoh-tokohnya? Benarkah Iran adalah negara Islam? 

PRA-REVOLUSI IRAN

Sebelum tercetus revolusi tahun 1979, Iran berada di bawah kekuasaan Shah Muhammad Reza Pahlevi yang menjalankan pemerintahan kuku besi. Walaupun Iran merupakan negara pengeluar minyak ketiga dunia, yang mengaut keuntungan 40 juta USD lebih setiap tahun dari penjualan minyaknya,  rakyat negara yang diselia sepenuhnya oleh Amerika Syarikat ini hidup menderita. Pemerintah Iran ini menggaji 50 ribu orang AS sebagai penasihat, dengan nilai keseluruhan gaji 4 juta USD setahun. Walhal pada masa yang sama, rakyatnya hidup dalam kemunduran sebagaimana yang digambarkan oleh Dr. Musa Al Musawi (tokoh Syiah yang akrab dengan Khomeini tetapi telah bertaubat) iaitu: 

- 70 % rakyat Iran tidak boleh membaca dan menulis, dan tidak mempunyai kemudahan berkaitan pembelajaran dan pengajaran. 

- 80 % rakyat Iran masih kekurangan tenaga kedoktoran. 

- 85 % bandar dan perkampungan kecil di Iran masih memerlukan sistem jalan raya serta kemudahan air, elektrik dan perumahan moden.

- Jumlah pengangguran mencapai 1.5 juta orang dan mereka berkeliaran di jalan-jalan atau berhijrah ke negara-negara teluk demi mencari sesuap nasi.

Shah Pahlevi
Setelah Presiden AS yang baru, Jimmy Carter dari Parti Demokrat dilantikbeliau berpidato di hadapan rakyat AS tentang hak asasi manusia. Beliau berjanji bahawa sepanjang pemerintahannya, beliau akan menolong rakyat-rakyat yang ditindas oleh penguasanya, dan tidak akan menolong seorang penguasa pun yang menindas rakyatnya, meskipun AS terikat hubungan baik dengan mereka. 

Carter menasihati Shah Pahlevi, sahabat lama Amerika ini agar memberikan sedikit kebebasan kepada rakyat Iran. Shah Pahlevi pun menurut, dan hal ini secara tidak langsung telah memberitahu rakyat Iran bahawa perubahan politik Shah Pahlevi tidak lain kerana tekanan dari ‘tuan’-nya, yaitu AS. 

Rakyat Iran juga faham bahawa mereka harus segera memanfaatkan situasi ini sebelum semuanya berubah dan kembali seperti sebelumnya.

MENGAPA KHOMEINI YANG MEMIMPIN REVOLUSI? 

Menyedari Shah Pahlevi mula menuruti kemahuan rakyat, maka rakyat harus menuntut hak-hak mereka yang selama ini dirampas. Inilah saat yang sesuai bagi kelompok-kelompok anti Shah Pahlevi bersatu melawan musuh bersama mereka. 

Shah Pahlevi pernah bermusuh dengan banyak tokoh agama, dan di antara tokoh yang paling kuat menentangnya adalah Khomeini yang ketika itu sedang berada di Iraq. Kelompok-kelompok politik yang bersekutu ini telah sepakat untuk mengangkat Khomeini sebagai pemimpin revolusi. 

Khomeini pada mulanya diharap sebagai pemimpin revolusi akan mengobarkan semangat persatuan bagi rakyat Iran dalam perjuangannya, sekaligus menyatukan pelbagai kelompok dan unsur yang berbeza ideologi. Khomeini pernah  bersumpah demi Allah di hadapan dunia bahawa beliau dan kelompoknya tidak menginginkan keuntungan apa-apa dari revolusi tersebut jika berjaya, bahkan mereka menyatakan akan kembali ke madrasah-madrasah keagamaan mereka di Qum, untuk mengkaji, menulis buku, dan mengajar. Tidak ada seorang pun yang menyangka bahawa apabila revolusi ini terjadi, maka pemimpinnya akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat kepadanya, lalu melakukan pengkhianatan besar dengan memonopoli kekuasaan untuk kepentingan peribadi dan golongannya.

Selama enam bulan pada tahun 1979, dunia tertumpu kepada revolusi Iran. Pelbagai media massa antarabangsa berusaha menemubual Khomeini yang pada masa itu bermukim di Perancis –setelah diusir dari Iraq-. Media massa banyaknya menceritakan tentang kezuhudan, kewara’an, dan ‘ketaqwaan’ Khomeini; dan berhubung janjinya untuk menerapkan syariat Islam apabila revolusinya berjaya.

KHOMEINI & KEPENTINGAN AS

Perlu diketahui bahawa berjayanya revolusi Iran di bawah pimpinan Khomeini dalam menggulingkan Shah Pahlevi adalah agak mustahil jika tanpa dokongan AS sendiri. 

Khomeini- pemimpin Revolusi

Berdasarkan pengakuan pengikut Khomeini, AS ternyata mengubah strategi politiknya terhadap Shah Pahlevi pada bulan-bulan terakhir menjelang jatuhnya pemerintahan Shah Pahlevi, dan telah mula menghubungi Khomeini dan pengikutnya. Terdapat kemungkinan bahawa AS telah mengetahui penyakit kanser yang dihidapi oleh Shah Pahlevi dan meramalkan bahawa hidupnya tidak akan lama lagi. AS merasakan bahawa belum ada pengganti yang kuat dan taat seperti Shah Pahlevi. Dari sini, kita harus mengakui bahawa strategi politik yang akan Khomeini dan pengikutnya terapkan setelah terjadinya revolusi adalah mengikut kehendak AS. Selain itu, kita juga harus tahu bahawa target  politik AS yang utama ialah untuk mengalahkan komunisme di Timur Tengah, disebabkan kedudukan strategik Iran.

Penyingkiran Shah Pahlevi sebagai sekutu yang ‘sakit’ apabila digantikan dengan penguasa agama yang konservatif dan kaku, yang dapat menumpas komunisme dengan pedang Islam, telah dianggap sebagai sekutu kuat AS. Hakikatnya, menumpas komunisme hingga ke akar-akarnya atas nama agama dan keimanan –sebagaimana yang diketahui oleh dunia- tidak lain termasuk sebahagian dari senario utama politik AS di wilayah yang memiliki 70% dari cadangan minyak dunia yang menjadi bahan bakar peradaban Eropah dan Amerika ini.

KRONOLOGI REVOLUSI IRAN

Terdapat beberapa kumpulan yang bersatu dan bekerjasama untuk menggulingkan Shah Pahlevi pada waktu yang tepat. Kumpulan-kumpulan tersebut mampu melakukan penyatuan media di semua tempat, contohnya adalah: 

1. Pasukan Kebangsaan (الجبهة الوطنية) di bawah pimpinan Dr. Mushaddiq. 

2. Gerakan Perlawanan Rakyat (نهضة المقاومة الشعبية), yang didirikan oleh ‘Imam’ Az Zinjani dan Ir. Bazarkan setelah keduanya memisahkan diri dari Pasukan Kebangsaan. Kedua kelompok ini memiliki pengaruh yang besar ke lingkungan kampus dan Bazar (pusat-pusat perdagangan). 

3. Mujahidin Kholq (مجاهدين خلق), yaitu parti politik yang didirikan oleh Musa Khayabani, Mas’ud Rajawi, dan lain-lain. Mereka mulai mengganggu pemerintahan Shah dengan pelbagai perlawanan bersenjata. Pemimpin spiritual mereka adalah Ayatullah Ath Thaliqani, dan parti ini didokong oleh para pelajar dan mahasiswa. Shah menjuluki mereka sebagai ‘muslimin Marxis’ dan mereka berperanan besar dalam menjatuhkan kerajaan Shah. 

4. Tokoh-tokoh agama yang sebelumnya diugut di bawah kekuasaan Shah selama bertahun-tahun selepas penentangan berdarah antara Shah dan para pemimpin spiritual. Mereka memiliki pengaruh yang luas di kalangan pemuda, seperti Ayatullah Ath Thaliqani, Imam As Sayyid Hasan Al Qummi, Imam Asy Syaikh Bahauddin Al Mahlaaty, dan Imam Al Khaqani. Mereka semuanya tidak sependapat dengan Khomeini dan pengikutnya baik dalam pemikiran mahupun politik. Akan tetapi mereka disatukan oleh ‘musibah’ yang sama, sehingga sependapat untuk melawan Shah, namun mereka tetap menjaga prinsip-prinsip yang dipegang serta tidak terikat dalam mengambil keputusan. 

5.Kumpulan Dr. Shariati. Mereka sejak dahulu merupakan golongan akademik yang bersemangat untuk melakukan tajdid (pembaharuan) Islam. Mereka semua telah dibius oleh pemikiran Shariati yang rumit, dan bermatlamat untuk memusuhi kelompok yang terdiri dari tokoh-tokoh agama yang taat kepada Shah Pahlevi. 

6. Khomeini dan pengikutnya yang terdiri dari tokoh-tokoh agama baik di dalam mahupun di luar Iran. 

7. Golongan-golongan ‘kiri’, termasuk di antaranya Parti Komunis Tawdah. 

Pelbagai golongan dan unsur ini bersatu untuk menggulingkan Shah. Walaupun kumpulan masing-masing  menganggap bahawa pihaknya lah yang layak memegang tampuk pemerintahan setelah revolusi tercetus, namun akhirnya mereka sepakat untuk memilih seorang pemimpin untuk mengarahkan pergerakan, dan pemimpin tersebut menurut anggapan mereka ‘tidak tamak’ terhadap kekuasaan, iaitu Khomeini.

Khomeini memainkan peranan yang besar dalam mengaburi rakyat dan pelbagai golongan anti-Shah. Pada ketika itu, Khomeini tidak menunjukkan bahawa dialah yang paling layak memimpin revolusi jika mereka semua bergabung di bawah panji-panjinya. Ketika ini, Bazarkan dilihat sebagai perdana menteri pertama selepas revolusi dan hanya sebilangan kecil dari pengikut Khomeini yang menduduki kekuasaan. Ini merupakan bukti konkrit bahawa Khomeini konsisten dengan sistem yang diinginkan oleh seluruh rakyat. 

Khomeini sendiri tetap berada di neauphle-le-chateau (daerah di Paris, Perancis) dan mendapat kawalan dari Polis Perancis. Pelbagai radio antarabangsa serta surat khabar utama kerap memberitakan kenyataan-kenyataannya yang anti-Shah, sedangkan pengikutnya di Iran menyebarkan kaset-kaset yang berisi khutbah patriotisme Khomeini bagi rakyat Iran. Bahkan BBC London juga turut bersama Khomeini untuk menyiarkan semua perkataan dan permintaannya kepada rakyat Iran. Fungsi yang dimainkan BBC demikian besar dalam menjayakan revolusi, kerana BBC adalah satu-satunya radio bahasa Parsi yang mendapat perhatian rakyat Iran. Rakyat meyakini bahawa BBC adalah jelmaan politik Inggeris, dan sikap BBC yang ‘melindungi’ Khomeini dan revolusinya, adalah sebahagian dari politik Inggeris, dan ini menunjukkan bahawa negara-negara besar itu telah sepakat untuk menyingkirkan Shah. 

Perancis telah mengerahkan seluruh kekuatannya untuk melindungi Khomeini dan memberinya kebebasan untuk bergerak semahunya. Sedangkan Russia sudah tentu tidak sebulu dengan Shah melalui parti komunis Tawdah yang bersahabat dengan Khomeini. 

Yang pasti, semua kuasa besar telah sepakat untuk menggulingkan Shah. Khomeini yang segera kembali ke Teheran disambut umpama pahlawan oleh 6 juta warganya saat tiba di bandar Maharabad. Pertahanan udara Iran sengaja tidak menembak jatuh pesawat Boeing yang membawa Khomeini di atas wilayah udaranya, padahal pemimpin angkata udara Iran waktu itu masih setia kepada kerajaan Shah. 

Khomeini menghukum mati individu yang tadinya mampu menembak jatuh pesawat yang mengangkut dirinya, dan menewaskan bersama seluruh pasukannya termasuk 150 wartawan dari seluruh dunia. 

Setelah berada di Teheran, Khomeini mengumumkan tidak syar’i-nya pemerintahan PM Bakhtiar dan seterusnya menaikkan Ir. Bazarkan sebagai PM yang baru. Iran pun mula memasuki babak baru yang penuh kekacauan dan ketidakstabilan. Krisis ini mesti dihentikan dengan memenangkan salah satu daripada pelbagai golongan yang berseteru. Pada 14 Februari 1979, pemerintahan Bakhtiar mengumumkan darurat ketenteraan dan melarang sebarang sistem komunikasi. Akan tetapi Khomeini menyatakan bangkangan umum hingga berjuta rakyat membanjiri jalan-jalan menuju kem-kem tentera, pengkalan angkatan udara, markas SAFAK (golongan bijakpandai Iran), dan pasukan-pasukan elit yang berada di bawah ketua komander tentera nasional Shah. 

Meskipun peperangan kecil meletus, rakyat dengan pantas menguasai kemudahan-kemudahan ketenteraan beserta seluruh persenjataan dan kelengkapan yang ada di dalamnya. Mereka sempat membunuh sejumlah individu utama di kalangan para tentera serta menawan yang lainnya.

Jeneral Korbaghi yang menjadi pemimpin tertinggi angkata bersenjata telah menyerah diri kepada Khomeini. Beliau menyatakan bahawa Khomeini telah berjaya menakluk seluruh tenteranya setelah menghadapi perlawanan di jalan-jalan Teheran dan di seluruh kota Iran lainnya. Para tentera kembali ke pengkalan mereka atas perintah komandan tertinggi mereka. Khomeini dengan segera mengumumkan lahirnya ‘Republik Islam Iran’, dan dengan begitu berakhirlah  pemerintahan Shah dan bermulalah era Syi’ah.

KHOMEINI SELEPAS REVOLUSI 

Di hari-hari pertama setelah tercetusnya revolusi, Khomeini belum menunjukkan cita-cita  terpendamnya untuk menguasai negara beserta rakyatnya. Beliau justeru mengangkat Ir. Bazarkan sebagai PM dan memberinya kebebasan untuk memilih menteri-menterinya kecuali tiga orang, yaitu Ibrahim Yazdi (warga negara AS), Jumran, dan Shadiq Thabathaba-i. Khomeini kembali ke Qum untuk bertemu dengan media selaku pemimpin revolusi. Beliau menyampaikan khutbah-khutbah hariannya setiap kali terdapat media yang berkumpul. Akan tetapi pada waktu yang sama, pengikutnya menguasai empat badan terpenting, yaitu: Tentara Revolusi, Lajnah Revolusi, Mahkamah Revolusi, dan Stesyen Radio serta Televisyen. 

Pada minggu pertama selepas Revolusi, Mahkamah Revolusi menjatuhkan hukuman mati kepada lima tokoh pemerintahan lama yang salah satunya adalah ketua SAFAK. Pengadilan pun dilakukan secara cepat dan tersembunyi hingga menyebabkan dunia tercengang, kerana kelima-lima individu tadi adalah tokoh-tokoh utama pemerintahan lama yang mampu menjadi sumber informasi berharga tentang pemerintahan yang lalu. Bazarkan menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui langsung tentang pengadilan tersebut dan beliau tidak bersetuju dengannya kecuali diadakan pengadilan yang menepati undang-undang kebangsaan. Akan tetapi tuntutan Bazarkan tidak diendahkan, dan Mahkamah Revolusi meneruskan pengadilannya. Rakyat mulai sedar bahawa Khomeinilah dalang di sebalik semua pengadilan tadi, dan beliau sendiri yang melantik hakim-hakimnya dengan arahan khusus. Dengan itu, semakin jelaslah kuasa baru yang boleh berbuat apa sahaja dan berada di luar kekuasaan negara.

‘BUAH TANGAN’ REVOLUSI

Setelah terjadinya pelbagai kekacauan selepas revolusi yang akhirnya dimonopoli oleh kumpulan Khomeini dan menimbulkan banyak kerosakan dan kematian, Dr. Musawi menyebutkan bahawa Khomeini pernah ditanya oleh wartawan radio sebagai berikut: 

“Apakah mesej yang hendak Anda sebarkan ke seluruh dunia?” 

1. Kekacauan dan kerosakan menyeluruh di semua infrastruktur negara. 

2. Hukuman terhadap remaja yang belum baligh. 

3. Hukuman terhadap golongan yang berusia di atas 80 tahun. 

4. Hukuman terhadap wanita-wanita hamil. 

5. Perang saudara. 

6. Perang terhadap negara jiran dan pembunuhan sesama orang Islam. 

7. Membunuh ribuan rakyat yang berasal dari pelbagai bangsa. 

8. Kemunduran ekonomi di semua aspek kehidupan. 

9. Mahkamah Revolusi yang mengadili 100 orang dalam 100 minit. 

10. Lima jenis penjara dan lima jenis mahkamah serta lima jawatankuasa pelaksana. 

11. Tiga puluh ribu tahanan politik. 

12. Empat juta pengangguran. 

13. Tiga juta korban perang. 

14. Inflasi yang mencapai 400 % dalam dua tahun. 

15. Penutupan institusi pengajian tinggi selama tempoh masa yang tidak diketahui. 

16. Penurunan nilai mata wang negara sehingga 500 % dari nilai rasminya. 

Lalu wartawan tersebut menambah: “Saya kira di dunia ini tidak ada sebuah perkuburan pun yang mahukan revolusi Anda kerana akan mengganggu ketenangan orang-orang yang telah mati, apatah yang masih hidup”.

Setelah 8 bulan tercetusnya revolusi, sumber-sumber dari pihak polis di Scotland, Inggeris ada menyatakan: “Heroin (dadah) Iran adalah laris di London seperti hotdog dan hamburger”. Sumber tersebut juga mengisyaratkan bahawa Iran telah merangkumi 58% dari heroin yang diseludup ke pulau-pulau di Inggeris. 

Maklumat yang diperoleh polis antarabangsa menyebutkan bahawa para mafia narkotik memanfaatkan kekacauan politik yang berlaku di Iran untuk mendirikan beberapa kilang pemprosesan candu menjadi heroin, dan merekrut sejumlah rakyat Iran untuk menyeludup heroin dalam jumlah lebih banyak ke ibukota negara-negara di Eropah. 

Iran diyakini menjadi pengedar ubat bius kedua terbesar setelah Amerika Syarikat jika dilihat dari jumlah pencandu heroin di sana. Bahkan 75% dari jumlah tersebut adalah pemuda yang umurnya  antara 15-30 tahun.

Runtuhnya moral rakyat Iran selepas revolusi syi’ah Khomeini apabila tersebarnya amalan mut’ah yang tidak lain adalah zina atas nama agama. Salah seorang cucu perempuan ulama syiah yang terkenal Ayatullah Al Haa-iry yang bernama Syahla Ha-iry, dalam penelitian akademiknya yang berjudul (المتعة، الزواج المؤقت عند الشيعة، حالة إيران 1978-1982م) mengatakan (hal 24): “Ketika Dinasti Keluarga Pahlevi (1925-1979) memperolok ‘nikah sementara’ dan tidak memperhatikannya, justeru ‘Pemerintahan Islam’ masakini (yakni Khomeini) mendokong dan membelanya terang-terangan”. Beliau juga mengatakan (hal 25): “Pemerintahan Islam melakukan usaha-usaha intensif untuk mempropagandakan lembaga ini (lembaga mut’ah) secara terperinci dan menjelaskan landasannya yang suci serta kepentingannya kepada masyarakat”.

Dari sisi agama, sudah tentu Ahlussunnah Iran lah yang paling tertindas semenjak rejim Syi’ah Rafidhah memegang tampuk kekuasaan. Hal ini terbukti dengan tiadanya sebuah masjid pun bagi Ahlussunnah di Teheran, padahal jumlah mereka lebih dari satu juta di sana. Sedangkan Yahudi yang jumlahnya sekitar 25 ribu orang saja memiliki 76 kuil di seluruh Iran!. 

Sebagaimana yang diberitakan oleh surat khabar The Daily News, ketika salah seorang ulama Syi’ah yang bernama Misbah Al Yazdi ditanya tentang sebab tidak diizinkannya Ahlussunnah mendirikan masjid di Teheran, ia menjawab: “Kalau di Mekkah telah diizinkan untuk membangun Huseiniyyah (hal berkaitan ketaksuban kepada Saidina Husein ra), maka barulah di Teheran boleh didirikan masjid Ahlussunnah”.

Sumber:

~menuju cintaNya~

No comments:

Post a Comment