January 26, 2012

Lagu: Cuba



Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

(pre-korus)
Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya

(korus)
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

(ulang pre-korus)

(ulang korus)

Pada baris butir doa
Kau memohon kau berserah
Hanya pada Dia Dia

Cuba (4x)

(ulang korus 2x)

Penyanyi: Aidil

Sumber:

January 19, 2012

Lagu: Bersama (Tribute to Sahabat Seperjuangan...)





Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila cahaya akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang Esa

Bila masanya menjelma
Kejayaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Kini terungkai sudah
Kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya



Tajuk Nasyid : Bersama
Artis : Devotees
Album : Motivasi


Sumber:
http://liriknasyid.net/devotees-bersama#more-462

January 12, 2012

Kaya Jiwa?


Bismillahirrahmaanirrahiim...


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: 
“Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang hamba, maka dia menjadikannya kaya jiwa dan dalam hatinya ada takwa. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap seorang hamba, maka dia menjadikan kefakiran di hadapan matanya." 
(Riwayat Hakim)

Orang yang kaya sebenarnya ialah orang yang kaya jiwanya iaitu tidak bakhil atau kedekut. 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.”

Rasulullah saw. juga bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi).”
(Riwayat Muslim)



Kayalah… Allah tidak melarang kita untuk mengejar kekayaan. Namun kekayaan yang dikejar itu harus benar dan caranya juga harus mengikut landasan yang telah ditetapkanNya.

Niat dan bantulah yang lain dalam keadaan apa jua rezeki yang ada. Pasti nanti dikayakan Allah. Bukan niat untuk jadi kaya terlebih dahulu kemudian baru ingin membantu yang lain. Selalunya orang yang ingin kaya dahulu baru ingin bantu yg lain pasti tidak membantu setelah kaya kerana diri tidak pernah dilatih untuk memberi. Lalu orang ini takut untuk melepaskan hartanya.

Dalam hadith lain juga disebut:
“Orang fakir miskin bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai. Sebaliknya orang miskin adalah mereka yang kedekut atau miskin jiwanya sepertimana orang-orang Yahudi."

Niatlah… mohonlah pada Allah agar jiwa kita ini benar-benar bersih bersama niat untuk membantu yang lain. Kemudian jalankan niat kita dengan benar-benar membantu walaupun dengan rezeki yang ada sekarang ini. Di sinilah bukti bahawa niat kita benar-benar datang dari jiwa. Bukan rekaan fikiran.

Pasti nanti dikayakan kita oleh Allah SWT. Pasti. InsyaAllah.


Sumber:
http://www.fuadlatip.com/v1/2011/11/jom-jadi-orang-kaya/

~menuju cintaNya~

January 3, 2012

Doa Istikharah


Daripada Nabi saw, Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu, maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (mengerjakan solat 2 rakaat dengan niat istikharah) yang selain daripada solat yang fardhu. 
Kemudian hendaklah dia berdoa:

"Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung.
Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah Maha Mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.  
Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan pada waktu ini dan akan datang, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku dalam pilihan ini. 
Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan pada waktu ini dan akan datang, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya."

(Sahih Al-Bukhari)