Bismillah…
Pembuka bagi posting pertama blog peribadi PM….CINTA.
Ada apa dengan cinta? Dari mana ia datang? Bagaimana mengurusnya? Cinta itu membahagiakan atau sebaliknya?
Cinta itu fitrahnya suci dan indah. Cinta itu membahagiakan. Cinta itu harus dicari dan dipelajari.
Berbicara tentang cinta tidak pernah membosankan malah ia topik hangat sepanjang zaman.
PM sebenarnya bersetuju dengan penulisan saudara Hilal Asyraf (ms.langitilahi.com) berkenaan cinta- “ingin bersama ke syurga”. Realistik. Praktikal.
Letakkanlah cinta Allah dan RasulNya sebagai yang paling utama.
Peringatan Allah swt terhadap hambaNya dalam surah at-Taubah ayat 24 bahawa:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
Rasulullah saw juga ada bersabda: "Tidaklah seorang hamba beriman sehingga aku menjadi orang yang lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya dan manusia semuanya." (HR. Bukhari)
~menuju cintaNya~
Semakin kita ingin belajar dan memahami hakikat sebenar cinta, semakin kita termotivasi untuk mengakui bahawa hanya cintaNya yang sejati...
ReplyDeleteYa Allah, kurniakan kami secebis cintaMu. Ya Allah, bimbinglah kami mencapai redhaMu dalam setiap perkara yang kami lakukan. Ameen..ameen..ameen
snm:ameen ya rabb...
ReplyDelete