February 22, 2011

Buat yang berniqab

Bismillah

Memakai niqab (purdah) memerlukan mujahadah yang tinggi. Menuntut keberanian, kesabaran dan kecekalan. Kini, semakin ramai wanita yang berani tampil di khalayak dengan niqab. Alhamdulillah...teruskan niat dan wawasan murni ini.

Namun ada isu. Apa kita rasa sewaktu melihat wanita yang mengenakan niqab di wajahnya tetapi pada masa yang sama si pemakai tidak menjaga perlakuan dan tutur bicaranya? Janggal benar bukan?

Tentu sekali yang kita semua bayangkan bahawa wanita yang memakai niqab adalah seorang yang alim, lemah lembut,  sopan tingkahlaku juga berhikmah dalam perkataan. Jika ia adalah sebaliknya, maka besar fitnahnya atas agama Islam ini. Na'uzubillah..




Pesan PM, ayuh jadikan bayangan positif itu sebagai ingatan dan inspirasi untuk terus membaiki diri. Pakai niqab, janganlah untuk suka-suka sahaja. Sia-sia. Pakailah kerana tuntutan agama. KeranaNya. Menjadi ibadah. 

"Itulah perintah Allah yang diturunkanNya kepada kamu; dan barang siapa yang bertaqwa kerana Allah nescaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya." (al-Thalaaq:5)

Mudah-mudahan Allah swt akan meneguhkan hati. Semoga terus termotivasi untuk istiqamah melaksanakan tuntutan ini, insyaAllah.

Boleh panjangkan bacaan di niqobgirl.blogspot.com  berkenaan isu (Niqab: Hukum & Perlaksanaan) ini.

~menuju cintaNya~

2 comments:

  1. niqobgirl.blogspot.com = haruman mawar ;)

    ReplyDelete
  2. snm:mmg betul kak! every act come with great responsibility~

    ReplyDelete