February 25, 2011

Burulah Bahagia

Benar..
Fitrah insani inginkan bahagia
Ingin dikasihi dan mengasihi
Ingin disayangi dan menyayangi
Ingin dicintai dan menyintai
Hingga kadangnya terlupa..
Betapa menyintai dan ingin dicintai manusia
Bukanlah kemuncak cinta
Malah bukanlah hakikat bahagia!

Yang sebenarnya..
Bahagia itu ma’nawi
Jua bersifat rohaniah
Lantaran kebahagiaan haqiqi seorang mu’min
Adalah dengan mencintai Tuhannya.

Kerana..
Cinta kepada Allah..
Adalah cinta yang tiada tandingan dan bandingannya
Cinta yang paling memuaskan dan menenangkan
Buahnya amat menghiburkan dan paling membahagiakan
Ya’ni bahagia yang mendasar..
Yang dasarnya lebih dalam dari segala yang dalam.

Justeru wahai insani..
Burulah bahagia, hayatilah zikrullah
Jadikanlah ia cita-cita murni nurani
Agar hatimu tenang dan tiada keluh-kesah.

Percayalah..
Andai kau temui bahagia
Pasti ‘syurga’ sebelum Syurga menjadi milikmu.

Bahagia..
Moga menjadi milikku dunia Akhirat!

Karya Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni
Janganlah bersedih! Setelah kesulitan pasti ada kemudahan.


~menuju cintaNya~

February 22, 2011

Buat yang berniqab

Bismillah

Memakai niqab (purdah) memerlukan mujahadah yang tinggi. Menuntut keberanian, kesabaran dan kecekalan. Kini, semakin ramai wanita yang berani tampil di khalayak dengan niqab. Alhamdulillah...teruskan niat dan wawasan murni ini.

Namun ada isu. Apa kita rasa sewaktu melihat wanita yang mengenakan niqab di wajahnya tetapi pada masa yang sama si pemakai tidak menjaga perlakuan dan tutur bicaranya? Janggal benar bukan?

Tentu sekali yang kita semua bayangkan bahawa wanita yang memakai niqab adalah seorang yang alim, lemah lembut,  sopan tingkahlaku juga berhikmah dalam perkataan. Jika ia adalah sebaliknya, maka besar fitnahnya atas agama Islam ini. Na'uzubillah..




Pesan PM, ayuh jadikan bayangan positif itu sebagai ingatan dan inspirasi untuk terus membaiki diri. Pakai niqab, janganlah untuk suka-suka sahaja. Sia-sia. Pakailah kerana tuntutan agama. KeranaNya. Menjadi ibadah. 

"Itulah perintah Allah yang diturunkanNya kepada kamu; dan barang siapa yang bertaqwa kerana Allah nescaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya." (al-Thalaaq:5)

Mudah-mudahan Allah swt akan meneguhkan hati. Semoga terus termotivasi untuk istiqamah melaksanakan tuntutan ini, insyaAllah.

Boleh panjangkan bacaan di niqobgirl.blogspot.com  berkenaan isu (Niqab: Hukum & Perlaksanaan) ini.

~menuju cintaNya~

February 21, 2011

Cinta itu adalah...

Bismillah…

Pembuka bagi posting pertama blog peribadi PM….CINTA.
Ada apa dengan cinta? Dari mana ia datang? Bagaimana mengurusnya? Cinta itu membahagiakan atau sebaliknya? 

Cinta itu fitrahnya suci dan indah. Cinta itu membahagiakan. Cinta itu harus dicari dan dipelajari. 

Berbicara tentang cinta tidak pernah membosankan malah ia topik hangat sepanjang zaman.


PM sebenarnya bersetuju dengan penulisan saudara Hilal Asyraf (ms.langitilahi.com) berkenaan cinta- “ingin bersama ke syurga”. Realistik. Praktikal. 

Letakkanlah cinta Allah dan RasulNya sebagai yang paling utama. 
Peringatan Allah swt terhadap hambaNya dalam surah at-Taubah ayat 24 bahawa:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

Rasulullah saw juga ada bersabda: "Tidaklah seorang hamba beriman sehingga aku menjadi orang yang lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya dan manusia semuanya." (HR. Bukhari)

~menuju cintaNya~