February 22, 2012

Selamat Ulangtahun Pertama!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..Allahuakbar...

Hari ini 22 Februari 2012, genaplah usia setahun blog Lisan Terjaga. Syukur atas nikmat memiliki blog ini sebagai teman setia diri dan rakan-rakan. Sempena hari istimewa bagi blog ini, ~PM~ ingin berkongsi pencapaian Lisan Terjaga sepanjang setahun jagung beraksi di ruang internet.

Jumlah tatapan
Post yang mendapat rate tertinggi: 250 pageviews
Jumlah peminat ^^
Alhamdulillah. Syabas Lisan Terjaga. Agak memberangsangkan walaupun sebenarnya sangat banyak penambahbaikan perlu dilakukan. Sekarang penulis sedang berusaha untuk menceriakan kembali Lisan Terjaga yang sejak akhir-akhir ini semakin sunyi dan hambar. Mari betulkan niat dan berusaha. Chaiyokk!!

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Pemilik Ilham yang mutlak yakni Allah swt yang mengurniakan idea dan cetusan kepada ~PM~ dan ~snm~ bagi membangunkan blog ini. Sekalung penghargaan juga buat pembaca dan penyokong blog ini. Ziarah dan komen anda amat kami hargai. Semoga kita semua diberkati olehNya. 


~menuju CintaNya~

No comments:

Post a Comment