Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

August 12, 2011

Anda Ingin Cemerlang?


Bismillahirrahmaanirrahiim...

Semua orang ingin cemerlang. Kecemerlangan adalah penting dalam hidup malah Islam juga menuntut umatnya untuk cemerlang. Allah swt telah menyebut Rasulullah saw dan para sahabat baginda sebagai model golongan yang cemerlang, iaitu dalam firmanNya dalam Surah Al-Mukminun, ayat 61 yang bermaksud:

“Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.”

Mencapai kecemerlangan memerlukan kerja keras namun ia tidak mustahil bagi individu yang mempunyai jatidiri yang teguh dan sentiasa berusaha gigih ke arahnya. Berikut disenaraikan tips untuk menuju kecemerlangan: 

1. Cemerlang dengan menjadi Jaguh Global (Global Champion)
2. Cemerlang dengan Iman dan Takwa
3. Cemerlang Ilmu serta hikmah
4. Cemerlang ilmu semasa
5. Cemerlang dengan membaca dan meneliti Al-Quran
6. Cemerlang dengan wawasan
7. Cemerlang dengan merancang
8. Cemerlang dengan ikhlas
9. Cemerlang berlandaskan syariat
10. Cemerlang dengan menegakkan ibadah
11. Cemerlang dengan sembahyang
12. Cemerlang dengan zikrullah
13. Cemerlang dengan jihad dan mujahadah
14. Cemerlang dengan tawakal
15. Cemerlang dengan menjaga kualiti
16. Cemerlang dengan menegakkan ihsan
17. Cemerlang dengan memelihara amanah
18. Cemerlang dengan hati dan akhlak yang murni
19. Cemerlang dengan sabar dan sikap positif
20. Cemerlang dengan menegakkan keadilan
21. Cemerlang dengan mengawal emosi
22. Cemerlang dengan memberi maaf
23. Cemerlang dengan bersyukur
24. Cemerlang dengan kosisten
25. Cemerlang bekerja dalam pasukan
26. Cemerlang melalui musyawarah
27. Cemerlang melalui perpaduan
28. Cemerlang dengan membentuk pelapis
29. Cemerlang dengan berhemat dan tidak kikir
30. Cemerlang dengan komunikasi berkesan
31. Cemerlang dengan menjaga pemakanan serta kesihatan
32. Cemerlang dengan pengurusan masa
33. Cemerlang dengan teknologi
34. Cemerlang dengan memanfaatkan pusingan biologi
35. Cemerlang dengan imej positif
36. Cemerlang dengan berdoa


Sumber: Buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Al-Quran, 2006. Danial Zainul Abidin,Dr. PTS Publication, Kuala Lumpur.



Mari koreksi diri. Adakah kita sudah berusaha untuk cemerlang? Jom jadi lebih baik, insyaAllah.

~menuju cintaNya~

June 22, 2011

Bagaimana Mencapai Ikhlas?



Bismillahir rahmaanir rahiim...

Ikhlas adalah melakukan sesuatu perbuatan semata-mata kerana Allah swt. Ikhlas amat sukar dicapai kecuali bagi orang-orang yang bersih hatinya. Maka beruntunglah bagi siapa yang mensucikan hatinya =). 

Terdapat banyak nas yang menceritakan perihal ikhlas, antaranya:

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan apapun dalam beribadat kepada Tuhannya." (Al-Kahfi: 110);

"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (Huud: 15-16);

"Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan bernikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya." (Riwayat Abu Daud);

"Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya maka Allah akan memperbaiki apa yang dizahirkannya (terang-terangan)." (Riwayat Al Hakim).


Dalam satu hadis nabi saw, baginda ada menerangkan kepada sahabat, Muaz bin Jabal ra tentang cara mencapai ikhlas. Kesimpulan daripada kisah tersebut, langkah yang perlu diambil ialah:

1. Berterusan mengamalkan amal sunnah walaupun sedikit. 
2. Pertanggungkan dosamu ke atas dirimu, jangan menyalahkan orang lain. 
3. Jagalah lidahmu, jangan mengutuk saudaramu 
4. Jangan menganggap dirimu suci daripada dosa. 
5. Jangan mencela orang lain dan jangan memuji dirimu. 
6. Jangan campur adukkan urusan dunia dengan urusan Akhirat. 
7. Jangan menyombong diri terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW serta mereka yang menyambung perjuangan Rasulullah SAW. 
8. Jangan berbisik dengan orang lain ketika dalam satu majlis yang ramai. 
9. Jangan membesarkan diri kerana orang yang membesarkan diri akan terputus daripada kebaikkan di dunia dan Akhirat.


Sumber:

~menuju cintaNya~

March 27, 2011

Nyah STR

Bismillahir rahmaanir rahiim...


Sifat tidak rajin (STR) atau sinonimnya malas adalah umpama penyakit. Perlu diubat atau sebaiknya dicegah. Punca STR banyak. Boleh jadi disebabkan tekanan, kurang motivasi, kurang perancangan atau tabiat negatif dalam diri iaitu suka bertangguh kerja. 

STR perlu dielak. Diri perlu dididik. Guru PM ada berpesan, "Life is so precious for you to waste it." 

Berikut adalah cadangan tindakan yang boleh diambil ketika diserang STR:


Apabila STR mendominasi diri...

1) Disiplinkan diri rancang waktu anda setiap hari. 
Cuba sedaya upaya pastikan setiap ruang masa diisi dengan menyiapkan tugasan atau melakukan aktiviti yang difikirkan betul dan perlu.

2) Berjumpa dan melihat cara kerja rakan-rakan yang lebih aktif dan rajin.
Melihat suasana yang positif akan memotivasikan diri kita untuk turut menjadi lebih proaktif.

3) Jaga kestabilan emosi.
Jika emosi terganggu lalu tidak ditangani segera dengan baik, konsentrasi dan fokus anda akan terjejas. Jadi, sebolehnya elakkan `stress'. Bahaya!

4) Paksa diri.
Lawan! Jangan dilayan STR ni. Rugi. Bangun dan bergerak sekarang.

5) Masa adalah amanah.
Menjaga masa adalah sifat orang beriman. Orang yang tidak amanah pasti sukar mendapat redha Allah. 

Allah swt berfirman dalam surah Al-Asr (ayat 1-3) berkenaan masa:
"Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan- pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."

Betulkan niat. Jangan putus asa. Selamat Mencuba.

~menuju cintaNya~

p/s: Thank you Syuha (^_^)

March 23, 2011

Ahli Badar: Mukmin Sejati

Bismillahir rahmaanir rahiim...

Perang Badar merupakan peperangan pertama umat Islam, berlaku pada tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah bersamaan 624 Masihi. Nama perang adalah sempena mengambil nama lokasi terjadinya peperangan tersebut iaitu di Lembah Badar, yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera muslimin yang menyertai peperangan ini adalah berjumlah 313 (terdapat riwayat lain mengatakan 314, 317 dan 363), manakala tentera musuh, yakni kafir Quraisy adalah seramai lebih kurang 1000 orang.

Mengikut logik akal, berdasarkan kekuatan (jumlah dan kelengkapan) tentera sudah pasti kemenangan akan berpihak kepada musuh, namun kuasa dan rahmat Allah mengatasi segalanya. Allah swt telah mengurniakan kemenangan yang besar dan mulia ke atas umat Islam dalam peperangan yang digelar Al-Kubra (yang besar) tersebut.

Tentera Allah

Allah swt telah menggariskan 5 ciri mukmin sejati yang terdapat pada tentera-tentera Muslimin dalam Perang Badar. Antara ciri-ciri tersebut ialah:


1) Hati bergetar ketika disebut nama Allah swt.
Getaran muncul sewaktu dingatkan dengan ancaman, kebesaran dan keagunganNya.
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpin pun.” (Surah Az-Zumar:23)

2) Iman bertambah ketika dibacakan ayat-ayat Allah swt.
Al-Quran adalah bukan sahaja sebagai bacaan yang menyajikan kisah, hukum dan janji Allah swt, malah sumber kekuatan dan roh orang beriman, selain sebagai sumber pahala dan zikir yang paling baik.
Dari Ibn Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah al-Qur'an, maka baginya satu kebajikan, sedang satu kebajikan itu menyamai sepuluh kebajikan. Aku tidak mengatakan: "Alif Lam Mim" satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf dan "Lam" satu huruf dan "Mim" pula satu huruf. (Riwayat at-Thirmidzi).

3) Bertawakkal
Tawakkal berbeza dengan pasrah. Pasrah adalah tidak melakukan apa-apa dan menyerahkan segalanya pada takdir, sedangkan tawakkal itu adalah berusaha bersungguh-sungguh untuk sesuatu kemudian barulah menyerahkan hasilnya kepada Allah swt.
“…Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”       (Surah Ali Imran:159)

4) Mendirikan solat
Melalui solat, umat Islam `berdialog' dengan Allah swt secara langsung. Hal ini akan membuatkan mereka lebih dekat dengan Allah dan pertolonganNya. Solat adalah tiang agama, juga berfungsi sebagai `penghapus dosa'.
Daripada Abu Hurairah r.a.,"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, bayangkan dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu semua ada sebatang sungai. Kemudian dia mandi di sungai itu lima kali sehari. Adakah kotoran masih terlekat pada badannya? Para sahabat menjawab,”Tidak ada lagi kotoran yang terlekat pada badannya.” Baginda bersabda lagi,”Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Apabila ia dilakukan dengan sempurna, Allah akan menghapuskan segala kesalahannya. (Riwayat Muslim)

5) Berinfaq
Tidak ada yang kedekut dan menahan hartanya ke jalan Allah kecuali orang munafik.
"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah:261)

Sumber: Buku `Belajar dari Perang Badar- Strategi Menghadapi Kemenangan'

~menuju cintaNya~

March 16, 2011

A First-Class Muslimah


Bismillahir rahmaanir rahiim...

I am a muslimah. But I don't want to be just an ordinary muslimah. I wish to be a First-Class Muslimah. Are you with me? Let us screen the tips (below) together:

muslimah

1) Never left solah
From Abu Hurairah ra, the Prophet saw says: “Verily, the first practice of a man brought to account on the Judgement Day is his prayer (solah).” (Narrated by Abu Daud and al-Thirmidzi) and
“Successful indeed are the believers, who are humble in their prayers.” (Surah Al-Mu’minun:1-2)

2) Recite the Quran (daily)
Prophet Muhammad pbuh says: “Educate your children with three things: to love your Prophet; loving the ahlul bait; and read the Koran because those who preserve the Koran is in Allah’s protection on the day when there is no protection other than His protection, they are with His prophets and holy people." (Narrated by at-Thabrani).

3) Cover the aurah
“And say to the faithful women to lower their gazes, and to guard their private parts, and not to display their adornment except what is apparent of it, and to extend their headcoverings (khimars) to cover their bosoms (jaybs), and not to display their adornment except to their husbands, or their fathers, or their husband's fathers, or their sons, or their husband's sons, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their womenfolk, or what their right hands rule (slaves), or the followers from the men who do not feel sexual desire, or the small children to whom the nakedness of women is not apparent, and not to strike their feet (on the ground) so as to make known what they hide of their adornments. And turn in repentance to Allah together, O you the faithful, in order that you are successful." (Surah An-Nur:31)

4) Be Patient
Allah Almighty says, “But none is granted it except those who are patient, and none is granted it except one having a great portion [of good]." (Surah Fussilat: 35)

5) High Morals (well-mannered)
The Prophet saw says: “Should you improve morals and to be more in silent, by myself and Him, may all creatures emulate what both.” (Narrated by Abu Ya'ala)

6) Respect the elders
“And your Lord has decreed that you not worship except Him, and to parents, good treatment. Whether one or both of them reach old age [while] with you, say not to them [so much as], "uff," and do not repel them but speak to them a noble word. And lower to them the wing of humility out of mercy and say, `My Lord, have mercy upon them as they brought me up [when I was] small.’" (Surah al-Israa’:23 and 24)

7) Have strong identity
“Do not be a ' yes man’ who often said: “If good people are around me, so I would be good, but if they do wrong, I am all be wrong.” Should you set the soul and your stand point so if a good man, you are good with them, but if they are bad, then you will not be bad and wrong (as them).”(Narrated by Tirmidzi)

8) Generous
“….And whoever is protected from the stinginess of his soul - it is those who will be the successful.” (Surah al-Hashr:9)

9) Remain on a right course (Istiqamah)
“Indeed, those who have said, "Our Lord is Allah " and then remained on a right course - the angels will descend upon them, [saying], "Do not fear and do not grieve but receive good tidings of Paradise, which you were promised.” (Surah Fussilat:30)

10) Aware of being drifted away by non useful things
“Indeed, those who go astray from the way of Allah will have a severe punishment for having forgotten the Day of Account.” (Surah Sad:26)

Sources: Pengisian 1 & 2 (KRU 2011)

~ toward His Love~

March 13, 2011

Sebab untuk Bersangka Baik

Bismillahir rahmaanir rahiim...


husnuzzan

Bersangka baik atau dalam istilah arab `husnuzzan' terhadap sesama makhlukNya adalah sangat dituntut dalam Islam. 

Kenapa kita perlu bersangka baik terhadap semua orang? Mari kita teliti sebab-sebab berikut (sumber dari pelbagai blog dan juga pendapat peribadi PM):

1) Anjuran Islam untuk berbaik sangka dan mengasihi sesama manusia
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Al-Hujurat:12),
 malah Rasulullah saw juga ada berpesan:
“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta.” (Riwayat Muttafaqun alaihi)

2) Mengelakkan permusuhan sesama keluarga dan sahabat handai.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujuraat: 6)
dan
“Dan orang-orang yang menyakiti orang lelaki dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata”. (Al-Ahzab 58)

3) Niat seseorang melakukan sesuatu tidak diketahui melainkan oleh Allah swt.
Sheikh Abdur Razzaq ra telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud katanya: Aku dengar ‘Umar bin Al-Khattab ra berkata: “Bahawa sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah saw diberi penjelasan dengan wahyu dan wahyu telah terputus, kita sekarang hanya boleh mengambil kira perbuatan yang zahir daripada amalan kamu, sesiapa yang menzahirkan kepada kami kebaikan kami akan percaya dan dekat dengannya, tidak ada hak bagi kami mencampuri perkara yang tersembunyi, Allah akan menghisabnya. Sebaliknya sesiapa yang menzahirkan kejahatan kami tidak akan mempercayai dan membenarkannya, walaupun dia berkata niatnya baik”.

4) Bersangka baik memberi rangsangan positif pada minda dan tubuh badan, manakala bersangka buruk adalah sebaliknya.
Law of Attraction  atau Hukum Tarikan menyatakan bahawa  suatu cetusan fikiran akan menarik cetusan fikiran lain yang sama dengannya, atau dengan kata lainnya bermaksud `Fikiran Menjadi Kenyataan'. Jika hal-hal positif yang kita fikirkan maka hal-hal positiflah yang akan menghiasi sekeliling kita. Firman Allah swt dalam hadis Qudsi"Aku akan bersama sangkaan hambaKu padaKu, maka hendaklah ia bersangka dengan apa yang ia inginkan."

5)Setiap orang berpeluang untuk jadi lebih baik, maka kita hendaklah memberinya peluang itu
Maka Kami telah memberi petunjuk (kepada)-nya (manusia) dua jalan mendaki (baik dan buruk)” (Al-Balad:10)
dan
...dan (demi) jiwa dan penyempurnaan ciptaannya, maka Allah mengilhamkan (jiwa manusia) kederhakaan dan ketaqwaan." (As-Syams:7-8) 
Para ulama menafsirkan, kebajikan lebih dahulu menghiasi diri manusia daripada kejahatan, dan bahawa manusia pada dasarnya cenderung kepada kebajikan.

6)Tak semua orang sedar akan kesilapan yang dilakukannya, bolehjadi seseorang itu melakukan kesalahan tanpa disengajakan. Oleh itu, selagi boleh, kita hendaklah sentiasa berusaha bersangka baik dalam apa jua keadaan.
Kata Saidina ‘Umar bin Al-Khattab ra: “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

7) Semua manusia tidak sama. Setiap orang mempunyai pandangan dan cara fikir yang berbeza. Mereka unik dan kitalah yang perlu meneroka keunikan mereka. 
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya." (Surah al-Hujurat: 13)

8) Sekalipun insan berbuat dosa kepada kita, kita tidak layak menghukum mereka, tugas kita adalah memaafkan mereka. Hanya Allah sebaik-baik penghukum.
“...dan Dia (Allah) adalah sebaik-baik al-Hakim (Penghukum) antara yang menghukum.” (Yusuf:80)

~menuju cintaNya~

March 8, 2011

Bila rasa nak MARAH...


Bismillah...

Marah itu sifat semulajadi semua manusia. Manusia yang tidak ada sifat marah adalah tidak normal. Marah adalah suatu fitrah yang diperintahkan untuk dididik dan diperbaiki agar akhlak yang mulia dalam diri terpelihara.


PM teringat sebuah pesanan Rasulullah saw tentang marah. Baginda saw bersabda: "Jangan marah", yang diulangi baginda sebanyak tiga kali (Riwayat Bukhari). 

Pengulangan kalimat tersebut mengisyaratkan bahawa pelbagai keburukan akan timbul akibat rasa marah yang tidak dikawal.

Contoh keburukan akibat rasa marah ialah:
- berbicara kotor atau memaki hamun
- mencederakan orang lain atau diri sendiri
- menimbulkan pergaduhan dan perpecahan antara keluarga atau sahabat handai
- mudah mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan darah tinggi

Ketika marah, apa yang harus anda lakukan? Anda boleh ambil langkah-langkah yang Allah dan rasulNya ajarkan ini agar terselamat daripada melakukan perkara-perkara yang merugikan diri sendiri:

1) Memohon perlindungan daripada Allah swt seperti mengucapkan isti'adzah (a'udzubillahi minasy syaithanirr rajiim)
"Apabila seseorang marah, kemudian mengucapkan isti'adzah, maka marahnya pasti reda." (as-Sahmi dan Ibnu 'Adi)

2) Diam (pasifkan perbuatan atau percakapan)
"Barangsiapa diam, selamatlah diri." (Riwayat At Tirmidzi)

3) Duduk atau berbaring
"Apabila salah seorang di antara kamu marah dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Bila belum juga mereda, hendaklah berbaring." (Riwayat Abu Daud)

4) Mengambil wudhuk atau mandi 
"Dan sesungguhnya syaitan diciptakan daripada api, sedangkan api dapat dipadamkan dengan air. Kerananya, bila salah seorang di antara kamu marah, hendaklah ia berwudhuk." (Riwayat al-Munawi)

5) Berzikir, membaca atau mendengar bacaan ayat al-Quran
"Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang." (Ar-Ra'ad:28)

6) Mengamalkan sujud syukur terutama setiap kali selepas solat fardhu dan solat sunat
"...Siapa sahaja yang merasakan perkara itu (marah), hendaklah ia segera mendekatkan tubuhnya ke tanah (duduk/sujud)." (Riwayat at-Tirmidzi)
Hikmah daripada sujud syukur ialah agar kita segera ingat akan hakikat kejadian kita sebagai hamba yang lemah, yang hanya mampu bersabar dan berserah diri dengan ketentuanNya. 

Jangan marah-marah ya. Senyum-senyumlah selalu.

~menuju cintaNya~