April 24, 2012

Kereta: Abnormaliti dan Kemungkinan Kerosakan


Bismillahirrahmanirrahim...

Lamanya PM tak update blog ni. Haishhh... Maafkan PM atas kurangnya konsistensi dalam meng 'update' blog Lisan Terjaga ni. Meneruskan perjuangan menulis blog adalah amanah yang perlu dijaga. InsyaAllah PM akan 'impruve' diri untuk lebih berdisiplin dalam mengemaskinikan blog ni lepas ni insyaAllah. Semoga Allah beri kekuatan.

Hari ini PM ingin berkongsi sedikit pengetahuan berdasarkan pengalaman semata-mata (seciput je pun pengalaman ni) berkenaan ketidaknormalan yang dirasai pada kereta yang dipandu dan kemungkinan-kemungkinan masalah yang ada pada bahagian kereta anda.

Sebelum PM pergi kepada 'point-point' nya, ingin PM jelaskan sedikit maksud tajuk ini.   "Abnormaliti pada Kereta" bermaksud gejala atau keadaan yang anda dapat rasai ketika memandu kenderaan anda, yang anda dapati lain seperti biasa, yang biasanya menimbulkan rasa tidak sedap hati untuk anda meneruskan perjalanan lagi, manakala "Kerosakan yang Berlaku" merujuk kepada masalah pada komponen-komponen pada kereta (luar atau dalam) yang menyebabkan berlakunya abnormaliti tersebut.

"Wah..biar betul PM nak kongsi pasal benda-benda nih? Macamlah tau sangat. Lagipun ni keje orang lelaki okay.!!"

Hey..sapa kata orang lelaki sahaja yang perlu arif tentang ni? Wanita pun wajib ya. Sebagai persediaan  dan kewaspadaan. Hehe..setuju tak dengan PM? Pasti setuju kan? 'Nowadays' ramai wanita yang memandu/memiliki kenderaan setanding kaum adam. Jadi, sepatutnya wanita juga sepatutnya beri perhatian juga akan perkara ini (ahaks =))

Tetapi seperti yang PM katakan di awal tadi, perkongsian ini hanyalah sekadar yang ter rekod dalam memori (only my 2 cents) sepanjang meminjam kereta milik abah bertahun-tahun lamanya (pinjam ajelah..nak beli sendiri belum mampu huhu~). Pandai guna, pandailah jaga macam hak sendiri,, kan =p

Abnomaliti (A),  Kemungkinan Kerosakan (K) dan Cadangan Penyelesaian (P):


A- Stereng kereta bergegar 

K- Tayar bengkak sebab dah nipis
   - Angin dalam tayar tak seimbang dengan yang lain
   - 'Alignment' tayar lari/ tidak dilakukan terutamanya setelah menukar tayar baru

P- Segera periksa tayar anda andai ada kebocoran, segera tampal tayar atau jika tayar sudah sangat teruk dan tidak selamat untuk terus digunakan lagi, tukar tayar baru. Hal ini penting untuk elak pancit di tengah jalan, meletup dsg. 'Alignment' tayar penting untuk kesesuaian tekanan pada kesemua tayar, juga untuk elak tayar cepat rosak. 



A- Bahagian bawah berdekatan tayar mengeluarkan bunyi ketika anda membelok ke kiri atau ke kanan, terutamanya belok lipat

K- Drive shaft longgar atau hampir tercabut

P- Segera ke bengkel kereta yang berdekatan untuk pemeriksaan. Kalau betul drive shaft yang bermasalah memang confirm kena tukar baru. Mahal! Tapi andai anda berdegil untuk tidak menukarnya, kereta anda bakal tidak boleh berjalan tiba-tiba (gear tak boleh masuk). Ana akan terpaksa menunggu lori/trak tunda datang menarik kereta anda dan seterusnya mengenakan cas bukan sahaja pada kos mengganti drive shaft baru, tetapi juga kos menunda (towing) yang beratus itu.... 



A- Penanda suhu enjin kereta menunjukkan H (normal biasanya tengah-tengah antara C-H)

K- Enjin panas kerana air/coolant tidak mencukupi untuk menyejukkan enjin
   - Tangki air/coolant bocor
   - Kipas enjin rosak

P- Setiap kali sebelum atau setelah memulakan perjalanan jauh, anda harus memastikan air dalam tangki air pada aras sepatutnya. Jika tangki didapati bocor (sama ada tambah air banyak kali tak penuh2 or nampak air mengalir laju membasahi permukaan bawah kereta, yang semestinya bukan dek air yang dituang tertumpah), maka segeralah ke bengkel untuk tampal tangki atau tukar yang baru.Jika setelah masalah ini selesai, namun suhu masih tinggi terutamanya setelah berjalan lama, mungkin disebabkan kipas enjin yang gagal berfungsi, maka haruslah segera menukarkannya, melainkan anda sanggup untuk memberhentikan perjalanan sementara setiapkali suhu didapati naik. Jika tidak awas kerana kereta anda bukan sahaja akan berasap, malah boleh terbakar atau meletup!



A- Kereta tersedak (choking) sewaktu berjalan atau mati tiba-tiba apabila berhenti seketika (cth time kat traffic light or nak bayar tol) setelah lama berjalan

K- Spark plug rosak
   - Contact point tak elok dah

P- Tak boleh nak buat apa, sah kena ke bengkel, tukar!  


Okay..setakat itu sahaja yang PM dapat kongsikan. InsyaAllah jika ada pertambahan PM akan sambung lagi selepas ini untuk manfaat kita bersama =). Semoga dirahmati Allah.

.:Hati-hati di jalan raya:.
~menuju CintaNya~


No comments:

Post a Comment