November 30, 2011

Lagu: Fikirkanlah




Pernahkah ada dalam fikiran
Apa jua segala pengorbanan 
Dan juga yang telah dilakukan 
Bukan untuk meminta balasan 

Namun bila semua telah berlalu 
Kerana itu bukanlah dayamu 
Apa jua yang telah berlaku 
Semuanya patut menyedarkanmu 

Walau betapa tinggi kasihmu 
Pasti hanya tuk sementara waktu 

Kasih Tuhan tidak bertepian 
Kasih insan pastinya bersempadan 
Apa lagi yang kita harapkan 
Kerna itulah kebenarannya 

Namun semuanya tak bermakna 
Jika hanya dipandang sebelah mata 
Pengajaran yang perlu diterima 
Bila sering mengalpakanNya 

Bersyukurlah jika diingatkan 
Sebelum tak punya kesempatan


~menuju CintaNya~

November 21, 2011

F.R.I.E.N.D.S.




"You will see the believers in their mutual kindness, love and sympathy just like one body. When a limb complains, the whole body responds to it with wakefulness and fever"
(Muslim and Bukhari)

November 16, 2011

Bila Diganggu Makhluk Halus..



Bismillahirrahmaanirrahiim...

Syaitan@ jin@ iblis semuanya adalah makhluk Allah. Ia adalah makhluk yang wujud dalam alam ghaib di atas muka bumi ini, dan hal ini telah disahihkan oleh Al-Quran, hadis dan sepakat ulamak.

Allah S.W.T ada berfirman dalam surah Sad ayat 81 yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (wahai iblis), diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat." Dijelaskan bahawa kerja-kerja jin dan syaitan dalam tempoh penangguhan itu termasuklah:
* Menimbulkan permusuhan antara manusia.
* Menghilangkan pertimbangan akal manusia yang waras.
* Menimbulkan perasaan tamak dan hasad dengki.
* Menimbulkan situasi perpecahan antara umat Islam.
* Memesongkan akidah umat Islam.
* Menyeru manusia berbuat kejahatan di atas muka bumi.
* Menjauhkan manusia daripada beribadat dan mengingati Allah.


Sekiranya seseorang itu mengalami gangguan yang berasal dari perbuatan jin dan syaitan, tanda-tanda seperti ini akan dapat dilihat pada orang tersebut:
# Sering sukar untuk tidur malam
# Sering bermimpikan binatang berbisa
# Sering berubah sikap tak tentu pasal
# Sering terjaga dari tidur dan berjalan tanpa sedar
# Menjadi tidak tenteram apabila mendengar bacaan Al-Quran
# Menghidap penyakit yang tidak dapat disahkan oleh seorang doktor


Antara ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengelak dan melindungi diri dari gangguan makhluk halus ialah:
- Al-Fatihah: 1-7
- Al-Baqarah: 1-5, 257, 256, 257, 282, 283, 284 
- At-Taubah: 14
- Asy-Syu'araa': 80
- Yunus: 57
- An-Nahlu: 69
- Al-Israa':82
- Fussilat: 44
- Mukminuun: 115-118
- Al-Hasyri: 21, 22, 23, 24
- Qaaf: 22
- Al-Mulk: 23
- Huud: 44
- Al-Waqi'ah: 19
- Yaasin:36
- Ar-Ra'du: 31

Sumber:
http://www.makhlukhalus.com/
Makhluk Halus & Penyakit. Satu Penjelasan oleh: Y. Bhg. Dato' Dr. Haron Din. [ppt] 

"Ya Allah, lindungi kami dari gangguan syaitan yang direjam."
~menuju CintaNya~

November 4, 2011

Menyambut Hari Raya Aidiladha


Bismillahirrahmaanirrahiim...

.:Bagaimanakah meraikan Hari Raya AidilAdha mengikut adab yang digariskan syariat Islam?:.


1) MENGHIDUPKAN MALAM HARI RAYA

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati.” 
(Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.) 

**Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat-fadhilat amalan. 

Menurut Ibnu ‘Abbas r.a.;  yang dinamakan menghidupkan malam ialah 
sekurang-kurangnya mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. 

Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; 
“Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam Jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban.”


2) MANDI SUNAT HARI RAYA

“Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya.”
 (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’)


3) MAKAN

Diriwayatkan dari Ibnu Buraidah dari bapanya r.a. (seorang sahabat) yang menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan dan baginda tidak makan pada hari raya korban melainkan setelah beliau pulang.” (Riwayat Imam Ibnu Majah dan at-Tirmizi. Hadis ini adalah hasan menurut Imam Nawawi)


4) BERWANGI-WANGIAN DAN MEMAKAI PAKAIAN BARU

Berdalilkan hadis dari Hasan bin Ali r.a. –cucu Rasulullah- yang menceritakan; 
“Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pada dua hari raya supaya memakai pakaian sehabis elok yang kami perolehi, berwangi dengan wangian paling harum yang kami perolehi dan supaya kami menyembelih korban dengan binatang paling gemuk yang kami miliki.” 
(Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani). 

Namun Rasulullah saw berpesan khas kepada wanita melalui sabda baginda yakni; 

“Janganlah kamu menegah hamba-hamba Allah yang perempuan (yakni kaum muslimat) dari mendatangi rumah-rumah Allah. Namun hendaklah mereka keluar dalam keadaan tidak berwangian.” 
(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)


5) KELUAR BERJALAN KAKI DAN MELALUI JALAN BERBEZA KETIKA PULANG

Imam Bukhari meriwayatkan dari Jabir r.a.; “Adalah Nabi s.a.w. pada hari raya baginda melalui jalan yang berbeza (yakni ketika pergi melalui satu jalan dan ketika pulang melalui jalan yang lain).” 
Dari Ibnu ‘Umar r.a.; “Sesungguhnya Rasulullah pada hari raya melalui satu jalan (ketika keluar menunaikan solat hari raya), kemudian baginda pulang dengan melalui jalan yang lain.” 
(Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim)


6) MENGHADIRI SOLAT SUNAT HARI RAYA

Firman Allah;

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ، فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ، إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).” 
(Al-Kauthar: 1-3).

Berkata para ulamak; “Yang dimaksudkan dengan solat di dalam ayat di atas ialah solat ‘aidil-adhha (hari raya korban).”

Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; 

كَانَ النَّبِيُّ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إلَى الْمُصَلَّى، وَأَوَّلُ شَيْء يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاةَ، ثُمّ يَنْصَرِفُ فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ ـ وَالنَّاسُ عَلَى صُفُوفِهِمْ ـ فَيَعِظُهُمْ وَيَأْمُرُهُمْ
“Adalah Nabi s.a.w. keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah menunaikan solat. Kemudian baginda akan berdiri mengadap orang ramai yang masih berada dalam saf-saf mereka lalu ia memberi peringatan dan arahan kepada mereka.” 
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).


7) MENGUCAPKAN TAHNIAH, MENZAHIRKAN KEGEMBIRAAN & BERSALAMAN

Al-Hafidz ibnu Hajar berkata; kami meriwayatkan dengan sanad yang baik (hasan) dari Jubair bin Nufair yang menceritakan; 
“Adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. apabila saling bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain; ‘Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu.”
(Fathul-Bari ‘ala Soheh al-Bukhari)


Salam AidilAdha



~menuju CintaNya~

November 3, 2011

Focus, come to me!


Focus, where are you?
I'm hiding.

Focus, why are you away from me?
Because you didn't care about your achievement.

Focus, how I am going to do without you?
You can do nothing perfectly without me.

Focus, what must I do to get you?
You must be clear with your short-term goals.

Focus, can you come back to me now?
I will, only if you manage to put aside less important things that bothering you.




..."Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves." ...
(Ar-Ra'ad:11)


~towards His Love~